TOYO Proxes TR1 Tayar Pilihan Bonda| Bila tayar kereta sudahpun botak, maknanya wajib ditukar demi keselamatan diri. Dalam banyak-banyak jenama tayar di Malaysia ini, Bonda lebih selesa dan gemar menggunakan tayar jenama TOYO untuk kereta Bonda.



Kenapa dalam banyak-banyak jenama tayar yang ada dipasaran Bonda lebih memilih  jenama TOYO berbanding jenama-jenama lain? Pertama sekali tentulah kerana ciri-ciri keselamatan yang didatangkan dengan tayar ini. 

Selama lebih 10 tahun menggunakan kenderaan, pelbagai jenis tayar telah Bonda gunakan. Antaranya Falken, Silverstone, Goodyear, Dunlop dan Mechelin. Walaupun ada antaranya adalah jenama tayar Premium, namun Bonda lebih memilih TOYO sebagai tayar pilihan untuk kereta Bonda. 

Ternyata jenama TOYO ini memenuhi kehendak dan keutamaan Bonda. Ini tidaklah bermakna jenama-jenama lain itu tidak bagus yaa. Ianya terpulang kepada keselesaan seseorang dan tentulah yang utama adalah bajet yang diperuntukkan. Walaupun jenama TOYO ini mempunyai harga yang agak tinggi dipasaran, namun ia tidak menghalang Bonda untuk menggunakannya kerana terbukti keberkesaan dan kualiti jenama ini. Lebih-lebih lagi Bonda gemar memandu di kelajuan yang tinggi. Ternyata tayar TOYO ini sangat-sangat baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. 

Ciri-Ciri Proxes TR1

Proxes TR1 adalah model terbaru yang dilancarkan oleh TOYO Tires pada April 2019 menggantikan model terdahulu Proxes T1R yang juga telah Bonda gunakan pada tahun 2018. Model tayar ini adalah varian terbaru dalam siri tayar prestasi Ultra Sporty TOYO.

Sebenarnya, varian ini direka untuk kegunaan dilitar perlumbaan atau pemanduan santai hujung minggu menggabungkan reka bentuk unik dengan corak bunga tayar asimetrik. Ianya memberikan prestasi mengagumkan terutama ketika memandu dalam keadaan jalan basah dan kestabilan ketika melalui selekoh.

Mempunyai corak alur panjang terbuka dan celahan sisi untuk aliran air pada dinding tayar, Proxes Sport dengan alur lurus lebar untuk cengkaman dan kestabilan ketika selekoh selain melancarkan aliran air mengggunakan teknologi dari Jepun.

Antara ciri lain pula adalah material yang digunakan pada tayar ini diperbuat daripada Super Active Polymer dengan silica tinggi untuk lebih imbangan dan cengkaman serta mengurangkan rintangan ketika putaran. Tayar ini juga berupaya mengurangkan 16% pengendalian ketika permukaan basah dan membrek selain mematuhi piawaian R117 peringkat dua "United Nations Economic Commission For Europe".



Antara ciri paling utama pada Proxes TR1 ini adalah dia mampu mengesan proses kehausan tayar yang ditunjukkan secara visual melalui indikasi lima bintang seperti gambar diatas yang semakin lama ia akan semakin berkurangaan. Apabila sifar bintang menandakan yang tayar ini perlu ditukar. 




Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita


Kenali erti Kod pada sisi tayar kenderaan kita. Ramai yang tidak mengetahui maksud sebenar yang tertulis pada sisi tayar. Jom Bonda kongsikan kod yang tertera disisi tayar kita. Ini adalah ukuran tayar standard yang digunakan oleh kereta Bonda - Myvi;


Saiz Kelebaran Tayar = 195mm

Ketinggian Tayar = 50mm

Jejari = R

Saiz Rim = 15 inci

Index Muatan = 82 (tayar boleh menampung 475kg)

Kelajuan Maximum = V (240/km/j)



Minggu buatan = minggu ke 114

Tahun buatan = tahun 2019