Header Ads

Celik Ar-Rahnu - Pajak Gadai-i Ar-Rahnu Bank Rakyat





Biasa dengar perkataan Ar-Rahnu? Mungkin sesetengah masyarakat kita masih lagi belum benar-benar memahami apakah Ar-Rahnu. Sejak zaman berzaman, dari tok nenek moyang kita dahulu, apabila menemui jalan buntu berkaitan masalah kewangan, maka pajak gadailah menjadi jalan penyelesaian. Ada seurat benang emas, sejanggut udang emas, itulah yang menjadi sandaran untuk membantu kewangan keluarga ketika itu.

Yaaa itulah yang dinamakan 'MASUK PAJAK' sebab sudah tidak ada jalan lain untuk mencari sumber kewangan. Apa yang dimaksudkan dengan 'MASUK PAJAK?'. Pada yang memahami pasti akan tau bertapa ada suatu perasaan malu apabila kaki dijejakkan di kedai 'PAJAK GADAI'. Apabila gagal menebus didalam masa yang ditetapan, pastinya barang yang digadai akan 'lelap' atau dengan bahasa mudahnya barang gadaian tersebut akan 'dilelong'. Kecewanya perasaan tiada siapa yang tahu.

Kini, Ar-Rahnu atau dengan bahasa mudah difahami adalah Pajak Gadai Islam telah diperkenalkan kepada masyarakat untuk membantu orang ramai keluar dari belenggu gadaian secara konvensional yang mengenakan kadar bunga yang tinggi disamping pinjaman yang rendah.


Ketahui apa itu Ar-Rahnu


Definisi Ar-Rahnu
Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran / cagaram yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya (Surah al-Muddaththir 74:38)
Ar Rahnu adalah satu sistem gadaian yang berlandaskan prinsip muamalat islam, dimana ia adalah satu skim PINJAMAN JANGKA PENDEK YANG BEBAS DARIPADA RIBA.

  • Ar-Rahnu merupakan perkhidmatan pinjaman tunai bercagarkan emas berlandaskan sistem syariah.
  • Produk Ar-Rahnu mula ditawarkan oleh Bank Rakyat pada tahun 1993.
  • Sebuah perkhidmatan mikro kredit menggunakan emas/barang kemas sebagai cagaran.
  • Upah simpan minima dikenakan sebagai yuran simpanan emas/barang kemas untuk tempoh masa tertentu.


Konsep

  • Qard (pinjaman tanpa faedah)
  • Wadi`ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
  • Ujrah (upah simpan)


Peranan Ar-Rahnu

  • Membantu untuk dijadikan sumber modal bagi perniagaan.
  • Sumber keperluan kewangan pendidikan.
  • Membantu masyarakat menyediakan dana kewangan kecemasan berdasarkan cagaran emas.
  • Menukarkan emas kepada tunai sebagai simpanan dan pelaburan.
  • Menyediakan kemudahan kredit mikro kepada ummah khususnya kepada mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai tujuan.
  • Menggalakkan umat Islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam dan membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang mengandungi unsur-unsur riba.
  • Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar yang dikenakan oleh kedai pajak konvensional iaitu 24 peratus.
  • Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada unsur-unsur penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai pajak gadai konvensional.


Pengertian Ar-Rahnu

  • Ahmad Azhar Basyir – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara” sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima”.
  • H.M Arsjad Thalib Lubis – mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai “menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar”.
  • Abdul Rahman Al-Jaziri – menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti ” menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
  • Kesimpulannya – Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman.


Hukum Ar-Rahnu
  • Firman Allah SWT – “Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang (Al-Baqarah : ayat 283) 
  • Dalam sebuah Hadis – “Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Dalam sebuah Hadis – “Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”(Riwayat Al-Bukhari)
  • Dalam sebuah Hadis – “Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya”(Riwayat Tirmidzi).

RUKUN

Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:

1.    Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2.    Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3.    barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan 
       penerima pinjaman
4.    Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5.    Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian





Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu -vs- Pajak Gadai Conventional

Pajak gadai konvensional adalah pajak gadai yang menjalankan operasinya yang tidak mengikut hukum syara’. Pajak gadai konvensional berasaskan kadar faedah dan beroperasi demi keuntungan semata-mata, sementara pajak gadai Islam membawa konsep pinjaman tanpa faedah berasaskan prinsip Qard Al-Hassan, dengan tujuan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Penggadai dikenakan upah menyimpan ke atas nilai barang gadaian (marhun).


9 Perkara tentang pajak gadai konvensional
  1. Nilai gadaian merosot.
  2. Mengenakan kadar faedah yang berlebihan.
  3. Memberi nilai gadaian yang rendah.
  4. Tiket gadaian sukar dibaca atau difahami.
  5. Mengenakan bayaran terhadap salinan tiket gadaian.
  6. Melelong gadaian bernilai lebih RM100 tanpa memberitahu penggadai.
  7. Wang lebih gadaian tidak dipulangkan.
  8. Pemberitahu upacara lelong tidak disebarkan seluasnya.
  9. Pemegang pajak gadai menuntut wang pendahuluan.

7 Syarat barang gadaian

  1. Barang emas yang mempunyai mutu emas (Standard Ketulenan Emas) yang dibenarkan iaitu 999, 950, 916, 875, 835, 750.
  2. Dalam menentukan nilai marhun, batu permata tidak diambil kira dan tidak perlu dikeluarkan, hanya perlu menolak berat batu-batu berkenaan secara anggaran.
  3. Milik sendiri, pasangan, ibu bapa atau keluarga terdekat.
  4. Wujud semasa urusniaga.
  5. Jumlah maksimum pinjaman adalah 60-80% atas nilai marhun.
  6. Setiap ar-rahnu mengemaskini harga emas masing-masing setiap hari
  7. Setiap ar-rahnu mempunyai terma dan syarat yang mungkin berbeza mengikut jenama

Skim Pajak Gadai i- Ar-Rahnu Bank Rakyat

Menawarkan pinjaman tunai segera dan mudah sehingga RM350,000.00 dengan kadar upah simpan yang rendah berdasarkan 3 prinsip Syariah.


Kelayakkan
  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  • Pemastautin tetap
  • Tidak muflis
  • Berumur 18 tahun ke atas

Keistimewaan
  • Bebas dari unsur riba'
  • Tiada yuran proses
  • Kadar upah simpan dikira secara harian
  • Tempoh gadaian yang lama
  • Barang kemas disimpan dengan selamat dengan pelindungan Takaful
  • Urusan niaga telus dan dibuat di hadapan pelanggan di dalam bilik khas


Upah simpan
  • Upah simpan dikira berdasarkan nilai marhun dan tempoh bilangan bulan gadaian ditebus.
  • Kadar upah simpan minimum bersamaan dengan kadar setengah bulan akan dikenakan ke atas barang gadaian yang ditebus bagi tempoh yang kurang daripada 15 hari.
  • Kadar upah simpan adalah seperti berikut


Tempoh Gadaian
  • Tempoh gadaian adalah dari 6 bulan sehingga 36 bulan

Tempoh lanjutan gadaian
  • Tempoh maksimum lanjutan gadaian tidak melebihi tempoh 18 bulan daripada tarikh gadaian
Cara bayaran balik
  • Secara sekaligus atau berperingkat-peringkat

Kini, Ar-Rahnu yang diperkenalkan oleh Bank Rakyat ini amatlah membantu masyarakat. Ar-Rahnu ini juga bukanlah hanya untuk orang Islam sahaja, malah ianya dibuka juga untuk masyarakat bukan Islam untuk sama-sama mendapt manfaatnya. Jadi usahlah segan atau malu untuk ke Bank Rakyat bagi mendapatkan pembiayaan Ar-Rahnu ini sebagai salah satu cara menyelesaikan masalah kewangan anda.

Anda boleh pergi kemana-mana cawangan Bank Rakyat untuk mencagarkan emas menjadikan ianya tunai segera untuk kecemasa atau apa sahaja. Nantikan Proses gadaian emas Ar-Rahnu di Bank Rakyat pada entry yang akan datang.

Sumber: Bank Rakyat / Harimau Mint Gold





18 comments:

  1. Hehe..lama da tau pasal ar rahnu nie..bnyk gk aset nd dok peram dlam tue..xtau la bila nk kluarkan..hihi..

    ReplyDelete
  2. nampak selamat sikit la program macam ini berbanding pajak gadai konvnsional yg selalu tgok dlm tv tu. dah pajak barang, burn pulak barang tu time nk redeem balik. memang sedih !

    nice info. thank you for sharing=)

    ReplyDelete
  3. Pernha gak tau pasal ArRahnu ni dan dah yakin selamat kan..tak macam pajak gadai kat luar tu...bila dah pajak kena la alert utk ambil balik barang tu kan x nak la burn macam tu jer..sayg kot

    ReplyDelete
  4. Wow pengkongsian yang sangat menarik dan banyak manfaat . kengkawan Ty di opis ini rajin la berpajak gadai. tak faham sangat sebenarnya , but with this info boleh nampak picture what is all about.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik bonda, ada banyak ar rahnu kan. semuanya bagus2 memberi manfaat kepada orang ramai. tak payah lagi nak tersepit dengan riba daripada bank konvensional

    ReplyDelete
  6. Pernah dengar pasal ar-rahnu. Masa sekolah menengah pun ada belajar pasal ni juga. Kalau nak pajak gadai, lebih baik ke tempat sebegini sebab banyak faedahnya

    ReplyDelete
  7. Thank you share pasal ar rahnu ni. Dapat ilmu yang bermanfaat

    ReplyDelete
  8. Bsgus buat pinjaman direct ar rahnu. Yang penting tiada riba’. Paling takut kalau loan2 ni ada riba. Bahaya tu. Lagi satu, ar rahnu memang diyakini dari kedai pajak yang lain tu. Takut kena tipu je

    ReplyDelete
  9. Mekasih bonda. Mantap sharing bonda. Nur pun x berapa phm sgt psl pajak gadai & ar-rahnu. Boleh timba ilmu disini. In case nak study balik pun, boleh rujuk sini

    ReplyDelete
  10. salah satu pembiayaan melalui apa yang kita ada dicagarkan. ada baiknya dan ada buruknya juga. tapi kalau kita pandai manage akan jadi baik lah cagaran kita itu. kalau tak pandai manage lebur lah pembiayaan dan barangan kemas kita.

    ReplyDelete
  11. Kalau sebagai seorang pelajar universiti ni, boleh kaa saya nak join ar rahnu ni? adakah boleh dijadikan sumber bisnes jugak?

    ReplyDelete
  12. a good info indeed... memang kita perlu celik dalam hal-hal yang sebegini... yelah kan, langit tidak selalu cerah... thus, kita kena bersedia dalam apa jua keadaan dan sebelum mengambil apa-apa langkah, perlulah kita mengetahui apakah consequencesnya kan... anyhow, terima kasih di atas perkongsian ilmu ini...

    ReplyDelete
  13. Info yang bagus untuk dikongsikan. Ramai yang masih kurang jelas tentang konsep pajak gadai ni. Bagi saya, ar-Rahnu salah satu tempat yang sangat sesuai untuk sesiapa yang perlukan pinjaman atau pembiayaan kerana banyak manfaat dan tiada riba

    ReplyDelete
  14. Yup dulu dulu kalau nak pajak emas mesti cari kedai pajak emas sebba belum didedahkan sepenuhnya konsep ar rahnu. Tapi sekarnag ni bila ar rahnu dah diperkenalkan ramai yang nak pajak emas mereka disini. Lagi terjamin dan berkonsepkan syariahkan.

    ReplyDelete
  15. Masa kerja dulu pernah audit syarikat ar-rahnu ni. Kebanyakan yg guna perkhidmatan pajak gadai ni sebab nk guna duit dlm masa yg terdekat. Dan ramai juga non muslim yg guna pajak gadai ni.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih sebab share paasal ar rahnu ni. Saya sememangnya tak tau langsung pasal benda ni. Ilmu baru untuk hari ini.

    ReplyDelete
  17. Ahrahnu dah selalu sangat dengar. Kalau boleh orang islam yang kesempitan wang pergi lah kedai pajak yang berlandaskan islam.

    ReplyDelete
  18. I've not heard about this before but the plan does seem better than the normal kedai pajak.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.