Header Ads

Lagenda Rock Yazit Search Meninggal Dunia



Dalam tempoh 24 jam yang lalu, kita dikejutkan dengan berita kehilangan Allahyarham Yazit Ahmad 57 tahun. Bekas pemain dram kumpulan rock lagenda Search telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hopital Kuala Lumpur (HKL) kira-kiram kan 11.53 padi 26 September 2019.

Allahyarham dimasukkan ke wad kecemasan HKL setelah mengadu sesak nafas dan jantungnya didapati terhenti ketika tiba dihospital. Ketika itu allahyarham diberikan bantuan pernafasan (CPR).

Namun, doktor telah mengesahkan allahyarham mengalami kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan dan bergantung sepenuhnya kepada mesen sokongan hayat.

Allahyarham telah mengidap penyakit buah pinggang lebih 10 sejak 10 tahun lalu. Beliau meninggalkan isteri Ramlah Ahamad dan tiga anak. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.


Biodata Yazit Ahamad

Nama: Yazit Ahmad
Asal: Johor
Umur : 57 tahun
Mula bermain dram : sejak berusia 15 tahun
Kerjaya: pemain dram kumpulan Search juga pengasas kumpulan Search - pelopor muzik rock sekitar tahun 1980an


Sumber : Berita Harian Online




1 comment:

Powered by Blogger.