Header Ads

Langgar, Rompak, Samun - Mangsa Cedera Pendarahan Kepala, Ysuku Dilarikan



Langgar, Rompak, Samun - Mangsa Cedera Pendarahan Kepala, Ysuku Dilarikan | Nasihat kepada pengguna Ysuku, berhati-hatilah ketika menunggang motor anda. Ini kerana kejadian baru sahaja berlaku kemalangan keatas adik kepada abg ipar Bonda dan tidak sedarkan diri ditengah jalan. Mujur tiada kenderaan yang laju, nauzubillah. Mujur ada orang awam yang membantu memanggil ambulans dan menghantar mangsa ke hospital berdekatan.

Mohon bantuan pembaca blog Bonda jika terjumpa motorsikal YSUKU milik mangsa seperti gambar diatas yang hilang dalam kejadian langgar lari 28 September 2019 malam tadi. (Update: motor mangsa telah dijumpai)

Mangsa baru sahaja selesai menjalani pembedahan di siku dan kaki yang luka teruk akibat kemalangan ini.

Dalam kejaidan itu, mangsa dijumpai tidak sedarkan diri oleh orang ramai dan kemudiannya memanggil ambulan dan mangsa dihantar ke HUKM untuk rawatan lanjut.

Laporan polis sedang dilakukan oleh abg mangsa. Mangsa adalah adik kepada abg ipar Bonda dan sekarang ini sedang bertarung nyawa. 

Bonda mohon sekiranya ada saksi kejadian tersebut dapat tampil memberikan kerjasama. Dalam kejadian yang berlaku di hadapan Plaza Cheras sebelum roundabout Cheras Kajang, motosikal mangsa jenis Ysuku telah dilarikan. Turut hilang adalah brangan peribadi seperti dompet dan juga handphone. 

Sekiranya anda mempunyai maklumat boleh hubungi abg mangsa En. Mohd Nasir di talian 012-3935939.


Bersama-sama kita berdoa agar mangsa selamat dari sebarang kemungkinan. Amin.

Nasihat kepada penunggang Ysuku. Berhati-hati apabila anda menunggang motor ini kerana motor ini berkemungkinan menjadi sasaran perompak-perompak.



Update 12:27 am 30/9/2019

Bonda baru sahaja pulang dari Hospital melawat mangsa. Syukur mangsa telah sedar walaupun tidak 100%. Ahli keluarga sempat bertanyakan apa yang mangsa ingat ketika kejadian.

Mangsa memberitahu seorang wanita berbangsa Tionghua menggunakan kereta staria warna hijau telah melanggar mangsa dari belakang dan mangsa sempat melihat wanita tersebut turun dari kereta dan menjengah beliau kemudian wanita itu berlalu pergi. 

Mohon sekiranya pelaku tersebut membaca artikel ini, segera ke balai polis terdekat untuk membuat laporan berkenaan anda telah melanggar seorang lelaki Melayu yang menungang motosikal seperti gambar diatas. Manakala motor beliau, dompet dan handphone telah dicuri.


Sekitar jam 4:00pm motor mangsa dihantar ke didapati berada di PGA oleh seorang yang tidak dikenali. Terima kasih diucapkan kepada individu yang telah menghantar motor mangsa ke tempat selamat. Beg barangan mangsa juga ada bersama-sama motor tersebut. Alhamdulillah. Cuma wallet dan handphone sahaja yang tidak ditemui.








Selain itu, usahlah mengambil barangan peribadi mangsa. Itu akan menyukarkan orang awam atau pihak polis mahupun hospital untuk mengesan ahli keluarga mangsa. 


Kehilangan Ysuku

Update terkini 1 Oktober 2019 - oleh kerana tidak mendpat apa-apa maklumat berkenaan kehilangan Ysuku yang tidak dijumpai di malam kejadian, dan kemudiannya telah dijumpai, abang mangsa telah ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan berkenaan kejadian ini dan mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut berkenaan penemuan motor berkenaan di pejabat PGA. Setelah mendapatkan penjelasan dan keluarga berpuas hati dengan penerangan pegawai bertugas dimana dimalam kejadian anggota polis telah meminta seorang penunggang GrabFood menunda motor berkenaan ke pejabat PGA berdekatan.

Terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menyelamatkan mangsa juga membantu menghatar Ysuku mangsa ke tempat selamat. Sekrianya ini berlaku, mohon pada yang membantu untuk membuat laporan polis berkenaan keberadaan kenderaan yang diselamatkan agar pihak keluarga tidak mengalami kesukaran selain memudahkan pihak keluarga untuk mencari maklumat apabila kenderaan tidak dapat dikesan.


Kehilangan Beg Duit dan Handphone

Kepada hamballah yang telah mengambil beg duit dan handphone mangsa, diharap anda dapatlah bertaubat kerana ianya bukanlah perbuatan yang baik. Hidup ini ada KARMANYA.

Sekian.




No comments

Powered by Blogger.