Judul: Hilang Yang Kembali
Episod : 12 episod
Pengarah: Amor Rizan
Produksi : Padi Picture Sdn Bhd
Pelakon : Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam, Syed Irfan, Nur Auni Zahra, Ameer Imran


Drama Hilang Yang Tak Kembali, disiarkan semula di TV3 untuk tatapan dan tontonan kita semua. Banyak pengajaran yang dapat diambil dari drama ini. Selamat menonton!


Sinopsis



Hilang Yang Kembali mengisahkan konflik keluarga yang berlaku apabila Farra yang kehilangan anaknya Danial berusia 9 tahun ketika bercuti di Pulau Randai bersama anaknya Danish 8 tahun dan suaminya Razif. Puas mereka mencari Danial di serata pulau dan akhirnya Razif meminta Farra pulang ke Kuala Lumpur dan berjanji untuk mencari Danial sehingga ketemu. 

Sebulan kemudian penantian Farra diakhiri dengan kekecewaan apabila Razif pulang ke Kuala Lumpur tanpa membawa Danial bersama. Kehilangan Danial memberikan kesan terhadap perhubungan Farra dan Razif. Farra berdendam dengan Razif yang gagal untuk mengotakan janjinya membawa pulang Danial. Namun, Farra tidak pernah berputus asa untuk mencari Danial dan mengharapkan Danial akan pulang semula suatu ketika nanti. 

Satu hari Farra dikunjungi oleh seorang pemuda yang mengakui dirinya Danial anak mereka yang hilang 10 tahun yang lalu. Keraguan Farra akhirnya hilang apabila Danial menunjukkan parut luka ditangannya dan gelang yang dipakai Danial ketika hilang. Farra bertambah yakin itu adalah anaknya Danial yang hilang satu ketika dulu.

Namun, Razif curiga terhadap Danial dan merasakan itu bukanlah Danial yang hilang 10 tahun dahulu. Siapakah sebenarnya yang telah kembali pulang? Adakah itu Danial yang sebenarnya atau sebaliknya?


Jalan cerita yang tidak disangka.

1. Danial anak Ikmal (Zamarul Hisham)
Tanpa sesiapa menduga bahawa Ikmal menyimpan perasaan terhadap Farra sebelum Farra berkahwin dengan Razif. Kerana inginkan Farra menjadi isteri Ikmal walaupun ketika itu telah berkahwin dengan Sally dan mempunyai seorang anak perempuan, Ikmal tidak berputus asa untuk memiliki Farra dan akhirnya mereka terlanjur. Ikmal berharap Farra membatalkan niat untuk berkahwin dengan Razif selepas semua yang berlaku.


2. Farra mengetahui Danial bukan anak Razif
Tanpa pengetahuan sesiapa, Farra telah membuat ujian DNA terhadap Danial memandangkan banyak perlakuan Danial mirip Ikmal semasa Danial kecil. Dan keputusan DNA telah membuktikan bahawa Danial bukanlah anak Razif sebaliknya anak kepada Ikmal.


3. Kematian Sally
Sally isteri Ikmal meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan setelah mendengar sendiri perbualan Farra bersama doktor yang membuat ujian DNA Danial. Kerana terlalu kecewa dan marah, akhirnya Sallay terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya. Manakala Alisa telah memberitahu Danial bahawa mereka adik beradik tetapi Danial tidak dapat menerima kenyataan.


4. Razif buat ujin DNA Danial
Razif mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA terhadap Danial untuk membuktikan adakah benar yang kembali itu adalah anaknya Danial yang sebenar. Ternyata keputusan DNA terbut membuktikan bahawa Danial bukanlah anak kepada Razif.


5. Pengakuan Ikmal terhadap ketelanjuran bersama Farra
Mendengarkan Razif menerangkan berkenaan keputusan ujian DNA yang baru diperolehi, tanpa sengaja Ikmal telah berterus terang kepada Razif bahawa Danial anaknya bersama Farra dihadapan Danish dan Alisa.


6. Keputusan DNA 
Razif akhirnya menerangkan bahawa keputusan DNA yang diperolehi membuktikan bahawa Danial itu bukan anaknya malah Danial juga bukan anak Ikamal mlah juga bukan anak Farra.


7. Danial adalah Randi
Setelah semua rahsia terbongkar, akhirnya terbukti bahawa Danial itu adalah Randi kawan semasa kecil bersama Bunga yang menjadi pelarian setelah dapat melepaskan diri daripada Ibrahim bapa saudara Bunga yang tamak untuk membolot harta Tuan Ismail. Randi telah membuat parut ditangan agar dapat mengaburi mata Farra. Selama 3 tahun Randi mengikuti perkembangan Farra sekeluarga sebelum benar-benar munculkan diri.


8. Kematian Danial
Razif menyembunyikan kematian Danial daripada pengetahun Farra selama 10 tahun. Segalanya terbongkar apabila Randi mendedahkan perkara sebenar kepada Farra bahawa Razif adalah ketua sindikit penculikan kanak-kanak di Pulau Randai. Kerana dendam Ibrahim kepda Razif yang enggan melunaskan bayaran upah kerja kotor yang dibuat oleh Ibrahim maka Ibrahim merancang penculikan Danial semasa Razif sekeluarga bercuti dipulau Randai.


9. Segalanya berpunca daripada Ikmal

Tanpa penonton dapat meneka siapakah punca kepada kehancuran keluarga Razif, menjadikan drama ini semakin menarik. Tidak menduga sama sekali bahawa semua kejadian selama ini berlaku adalah berpunca daripada Ikmal. Ikmal lah yang telah menjerumuskan Razif ke dalam dunia penculikan kanak-kanak kerana Razif memerlukan duit. Ikmal berharap dengan menjerumuskan Razif ke dalam kegiatan itu menjadikan Farra membenci Razif dan perkahwinan mereka dibatalkan. Namun, sangkaan Ikmal meleset, apabila Razif bijak menyembunyikan kegiatan haramnya dari pengetahuan Farra. Sebenarnya Ikmal adalah ketua paling besar kumpulan penculikan di Pulau Randai dan telah menyerahkan semua kuasanya kepada Razif. 

Segala-galanya berpunca daripada Ikmal!!!...


Syabas kepada pengarah drama ini yang dapat membawa penonton berfikir apakah sebenarnya yang berlaku.