Header Ads

Ubah Suai Ysuku - Polis Tubuh Unit Khas Skuad 42 Dan Bagi Amaran Kepada Golongan Artis





Masih panas dan hangat berita berkenaan 'ubah suai Ysuku'. Berbagai-bagai komen dan pandangan samada bersetuju atau juga tidak tentang tindakan yang akan dikenakan kepada pemilik Ysuku yang mengubah suai motosikal kegilaan ramai itu secara berlebihan. Dua hari lalu, Polis memberi amaran akan menyita motosikal Ysuku jika didapati melakukan ubah suai melampau yang melanggar undang-undang.


Berikutan itu, seperti dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian, Polis hari ini mengeluarkan satu lagi 'Amaran' kepada mana-mana individu termasuk golonga 'artis' supaya menghentikan aktiviti mempromosi kegiatan mengubah suai motorsikal Ysuku secara haram dan melanggar undang-undang.

Menurut Datuk Azisman Alis, Pengarah Jabatan Siasatan & Penguasaan Trafik Bukit Aman, mendapati kebelangan ini beberapa 'Artis & Selebriti' yang membuat pengubahsuaian motorsikal mereka tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan mempromosi di laman sosial mereka dan menyiarkan video tentang pengubahsuaian haram terutama motorsikal jenis Y15ZR sehingga menjadi ikutan orang ramai. 

Aktiviti tidak sihat itu memberi dorongan kepada pengguna motorsikal lain terutama remaja untuk mengubah suai motorsikal mereka dan terjebak dalam kegiatan seperti lumba haram. Datuk Azisman juga memberi amaran kepada semua pihak samada individu atau golongan artis, akan berdepan tindakan undang-undang jika tidak menghentikan aktiviti mempromosi mengubahsuai motorsikal secara haram yang semakin berleluasa terutama jenis Yamaha Y15ZR.


Polis cawangan trafik diseluruh negara ketika ini sedang memantau aktiviti kumpulan motorsikal yang membuat penguahsuaian dan lumba haram. Unit Khas Skuad 42 yang telah ditubuhkan untuk memerangi kumpulan mat rempit dimana pegawai dan anggota akan menyamar sebagai orang awam termasuk menjadi geng mat rempit sebelum mengekori mereka dan mengambil gambar serta video sebagai bukti kegiatan modifikasi serta lumba haram sebelum mendakwa di mahkamah.

Polis sekarang ini melakukan pendekatan cara begini dan tidak lagi menjalankan operasi secara terang dan terbuka sebalikanya menyamar serta mengumpulkan maklumat lengkap dan seterusnya tindakan undang-undang akan diambil. - Datuk Azisman Alis

[Baca : Ubah Suai Ysuku - Polis Bagi Amaran Sita]


Berhati-hatilah kepada golongan belia yang suka membuat pengubahsuaian motorsikal tanpa mengikut garis panduan dan melanggar undang-udang. Pihak berkuasa ketika ini sedang memantau semua aktiviti-aktiviti pengubahsuaian motorsikal dan juga aktiviti lumba haram. 




Manakala Zizan Razak menerusi laporan Utusan Online menjelaskan pemilik motorsikal Ysuku yang melakukan pengubahsuaian tidak semestinya menunjukkan pemilik motorsikal terbabit tergolong dalam golongan mat rempit. Kebnyakkannya melakukan pengubahsuaian sekadar ingin menonjolkan kecantikkan serta keunikkan motorsikal masing-masing dan bukannya berlumba haram.

Mungkin ada pemilik Ysuku yang berlumba secara haram tetapi jumlahnya terlalu kecil. Tidak patut untuk memberi gambaran negatif seolah-olah pemilik Ysuku ini semuanya mat rempit yang terlibat dalam perlumbaan haram. Pemilik Ysuku ini terdiri daripada latarbelakang yang berbeza mahu 'ride' secara santai. Zizan berpendapat masalah lumba haram dapat diselesaikan sekiranya golongan terlibat dalam gejala ini diberi peluang untuk berlumba di litar lumba yang disediakan.


Sumber : Sinar Harian Online & Utusan Online

1 comment:

  1. Itulah kadang tak faham perangai sesetengah manusia ni benda dah elok lagi nak ubah-ubah suai cantik tang mana pun tak tahu hahahaa...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.