Resepi Rangka Ayam Berlada | Pernah jumpa rangka ayam? Bonda pasti ramai yang tahu tentang rangka ayam ni. Biasanya rangka ayam akan digoreng dan dijual di pasar-pasar malam sebagai hidangan minum petang yang dicicah dengan sos cili.
Tetapi kali ini Bonda kongsikan resepi Rangka Ayam Berlada. Mungkin kita tidak terfikir bahawa rangka ayam ini boleh dimasak sebagai menu yang boleh dihidangkan untuk keluarga. Semasa membeli barang basah untuk masakan, terjumpa rangka ayam yang banyak isi dagingnya. Secara tiba-tiba terlintas untuk mencipta resepi baru. Memandangkan Bonda suka mencuba sesuatu yang baru, maka terhasilah satu resepi baru yang di olah, dicampur, ditolak, dibahagi dari resepi-resepi lain yang pernah dimasak.
Bahan-bahan Kisar
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Halia
Serai
Belacan
Bahan-bahan
Rangka ayam
Cili kisar/mesen
Daun kunyit
Garam
Gula
Cara Menyediakan Resepi Rangka Ayam Berlada
Cara Menyediakan Resepi Rangka Ayam Berlada
1. Bahan-bahan ini hendaklah dikisar / dimesen sehingga halus seperti gambar dibawah.
2. Rangka ayam dibersihkan dan dipotong kecil.
3. Panaskan minyak. Masukkan serai yang diketuk. Masukkan bahan-bahan kisar (bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, halia, belacan).
4. Tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau. Masukkan cili kisar/mesen kacau rata. Biarkan seketika hingga cili betul-betul masak. Masukkan garam dan sedikit gula.
5. Masukkan rangka ayam yang dipotong kecil kedalam bahan tumis bersama lada kisar/mesen. Gaul rata.
6. Gaul hingga rangka ayam betul-betul masak. Masukkan pula Daun Kunyit sebagai mewangika masakan ini.
7. Menu siap dihidangkan.
Selamat mencuba. Resepi Bonda tidak menggunakan apa-apa bahan perasa tambahan.
10 Comments
ammi tumpang save resepi ni ye bonda
ReplyDeleteboleh2..silakan sheila...
DeleteAnak dara SA paling suka rangka ayam ni...tapi kena goreng salut tepung..2 ketul tu dia sorang bleh habis..sambil tgok tv sambil meratah
ReplyDeletebetul tu...mmg best meratah rangka ayam goreng tepung..rangup gitu..
DeleteWahh nanti asma nak cuba juga lah. memang selalu rangka ayam buat goreng je. Sedapnya tengok masakan bonda :)
ReplyDeleteCuba lah As...sedapp...selalu kita makan ayam berdaging jemu juga...sesekali makan yang kurang daging pula...hehehe
Deleteuih .. sedap ni ...
ReplyDeleteCubalah Tatie...pasti sedap
DeleteSaya biasa rangka ayam msk sup...msk ungkep...msak paprik sambal....goreng jrang laaa..hihihi...
ReplyDeleteSaya biasa rangka ayam msk sup...msk ungkep...msak paprik sambal....goreng jrang laaa..hihihi...
ReplyDelete