Body Shaming - Kesan Dan Akibatnya | Body Shaming seringkali terjadi dalam kehidupan anda tanpa disedari. Ramai masih lagi belum benar-benar faham apakah maksud sebenar 'Body Shaming' dan apakah kesan dan akibatnya kepada kesihatan mental seseorang.




Pengertian Body Shaming

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan 'Body Shaming?' Ianya adalah tindakan atau amalan memalukan seseorang dengan membuat komen mengejek atau mengkritik negatif mengenai bentuk atau saiz badan seseorang. Atau dengan bahasa mudah Body Shaming adalah perbuatan 'membuli' terhadap fizikal seseorang. Body Shaming adalah perbuatan buli secara 'verbal'!

Body shaming spesifik ditujukan pada bentuk badan dan ukuran tubuh seseorang.


Criticism of someone based on the shape, size, or appearance of their body

Penyebab Fenomena Body Shaming

Pemikiran dan anggapan biasa masyarakat bahawa deskripsi “cantik” atau “tampan” adalah individu dengan kulit putih, hidung mancung, tubuh langsing, tinggi semampai dan sebagainya. Maka dari itu, apabila ada seseorang yang tidak memenuhi deskripsi tersebut, ia tidak dikategorikan sebagai “cantik” atau “tampan" sehingga termasuk dalam kategori “jelek”, “kurus”, “gemuk” atau panggilan negatif lainnya.
Penyebab munculnya body shaming adalah pikiran atau pandangan tradisional akibat post-kolonialisme yang memberi standar kecantikan dengan bentuk tubuh ideal, berkulit putih, hingga tubuh yang tinggi. -  Dr. Devie Rahmawati, Ketua Program Studi Vokasi Komunikasi UI


Kesan dan akibat terhadap mental seseorang

Pernyataan orang lain terhadap fizikal seseorang akan terus melekat di fikiran mereka. Ini mengakibatkan mangsa Body Shaming itu menjadi tidak percaya diri, bahkan boleh mengakibatkan 'stress' malah boleh menyebabkan kemurungan kerana seringkali diejek dan dipandang jelek. Ianya boleh memudaratkan kesihatan mental seseorang.






5 Kesan buruk Body Shaming

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Body Shaming boleh menyebabkan mangsa mengalami:

- Tekanan dan gangguan emosi,
- Kehilangan keyakinan,
- Gangguan makan,
- Kemurungan, dan
- Bunuh diri.


Manakala sekiranya Body Shaming dilakukan disosial media, pelaku boleh dikenakan tindakan undang-undang. 


Body Shaming adalah jenayah siber. Mangsa boleh melaporkan kesalahan kepada polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) - MOH

Menurut Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), jika didapati bersalah, pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih daripada satu tahun, atau kedua-duanya.




5 perkara Body Shaming

Pernahkah anda menjadi mangsa Body Shaming? Bonda pasti ramai yang mengalaminya samada sedar atau tidak. Antara Body shaming yang selalu berlaku adalah;


  • Kenapa awak pendek sangat?
  • Kenapa awak gemok sangat?
  • Kenapa awak kurus sangat?
  • Kenapa awak tidak cantik?
  • Kenapa awak berkulit gelap/hitam?


Tuan/Puan, pendek, gemok, kurus, cantik atau tidak itu semua adalah kejadian yang Allah telah tetapkan. Siapa kita untuk mempertikaikan urusan Allah?





Say no to Body Shaming!! 

Stop Bullying and Body Shaming!! 



Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.