Header Ads

Disengat Tebuan! Bisanya Tak Boleh Bawak Bincang!



Siapa pernah ada pengalaman kena sengat tebuan? Bonda baru saja disengat tebuan beberapa hari lalu. Bisanya Allah sahaja yang tahu. Sakit tak terperi orang kata. Ada sahabat bertanya macamana boleh kena sengat? Bonda masuk hutan ke?

Tak masuk hutan pun walaupun sebelah kondo ni ada belukar. Tak tahulah macam mana tebuan tu boleh terbang sampai tingkat 14. Takpun naik ikut lift!.. Kemudian dia landing ditali selipar. Kebetulan malam tu Bonda nak kekedai. Macam biasa buka pintu rumah terus sarung selipar. Tiba-tiba terasa macam ada jarum tercucuk di jari kaki.

Bonda pun apa lagi terus kirai kaki. Ingatkan ada paku atau jarum tercacak pada selipar tu, rupanya tebuan. Tempat yang Bonda bulatkan merah itulah tempat yang dia sengat. Sikit saja lukanya. Tapi sakit dan bisanya, siapa pernah kena saja yang tahu.






Kesan sengatan serta merta

Serta merta selepas disengat tu, jari kaki membengkak. Pada awalnya Bonda merasakan tidak perlu ke klinik kerana pada fikiran Bonda ianya hanya tidaklah teruk mana. Dalam tempoh 10 minit jari kaki dah membengkaksampai ke atas. Terus buat keputusan pergi klinik. En. Suami pula out station. Mujur masih boleh memandu kereta. Syukur juga disengat dikaki kanan, jika kaki kiri yang kena, sukar pula nak tekan clucth kereta. Pada saar ini, Bonda dah tak boleh nak tunggu siapapun dan harus bertindak cepat ke klinik.

Sampai di klinik doktor maklumkan ianya tidak begitu serious memandangkan hanya bengkak dan merah dibahagian kaki. Jadi doktor tidak bagai suntikan. Doktor hanya bagi ubat anti kedarangan yang perlu dimakan sebanyak 6 biji sekalgus.






Timbul gegata satu badan

Haaa...part ni memang tragis. Selang sejam balik dari klinik, timbul gegata seluruh badan termasuk muka. Gatalnya nauzubillah. Memang tak boleh bawak bincang. Ruam kemarah-merahan timbul dah macam kena demam campak. Mujur ada cream mengandungi steroid yang dibekalkan oleh doktor pakar kulit yang merawat Bonda sabelum ini. Lumurlah ruam tu dengan cream berkenaan.


Sengatan tebuan mengandungi racun

Ya sengatan tebuan menganduni racun yang boleh membawa maut! Jika lambat bertindak. Racun sengatan akan merebak keseluruh badan dengan serta merta dan aktif selama 72 jam. Kerana itulah perlu rawatan segera apabila disengat tebuan.


Kesan sengatan
1. Bengkak serta merta
2. Bisa ditempat sengatan dan sekitarnya
3. Timbul ruam seluruh badan yang menyebabkan kulit gatal
4. Bisa sendi
5. Tempat sengatan serta merta menjadi kebas

Rawatan ubat-ubatan
1. Ubat anti keradangan
2. Ubat alahan
3. Ubat sapu
4. Suntikan jika keadaan kritikal




 




Berhati-hatilah jika mahu menyarung kasut atau selipar. Rajin-rajinlah melihat kasut atau selipar anda supaya tidak terjadi seperti Bonda. Janganlah tanya soalan macammana tebuan boleh terbang sampai tingkat 14 ya. Nyamukpun terbang tidak sampai setinggu ini. En. Suami kata tebuan yang sengat Bonda ni adalah tebuan tanah yang mana racunnya amat merbahaya dan boleh membawa maut.

Alhamdulillah, Bonda semakin beransur pulih. Ingat ya pesan Bonda. Hati-hati bila nak pakai kasut atau selipar


4 comments:

  1. huhuhuhu menyeramkan, dulutime skolah rendah pernah kena sengat sekali. Time tu nak angkat kain dalam bilik, sebab dah kering. secara tak sengaja terpijak sayap lebah tu, terus dia sengat kat betis. papa terus bunuh & letak perut lebah (klu tak silap) kat bekas sengatan tu, yelah hospital jauh dulu. Sampai ke harini parut tu ada lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...malang xberbaukan....siapa laa nak sangka tebuan tanah tu boleh naik sampai tingkat 14...huuuu...mmg trauma dgn binatang ni...

      Delete
  2. bonda pasti ke gegata tu bukan sebab allergic pada ubat yg doc bagi?
    ammi pernah makan satu antibiotic dan kesan dia camtulah. badan timbul bijik2 bengkak dan gatal. pergi jumpa doctor balik dan dia tukar ubat.

    dan petua dari seorang kawan ammi (she's a medical practitioner), katanya kalau terkena sengat binatang berbisa, sebelum ke klinik letak madu cepat2 dibahagian yang disengat tu. Madu boleh serap bisa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor bg ubat anti radang saja...mmg dh biasa makan ubat anti radang tu...gegata tu mmg kesan dari racun tebuan tu...dr pn ada bgtau...igtkan xdelah naik gatal2 teruk mcm tukan...sekali....dh mcm bdk kena demam campak...after few days baru tau ada kawan ckp letak madu kt tmpat sengat tu..xpe lepas ni dh tau nk bwt apa kalo kena sengat lg...hahahha

      Delete

Powered by Blogger.