Bonda pasti ramai rakyat Malaysia menonton perlawanan diantara Malaysia dan Indonesia malam tadi samaada di Stadium mahupun dirumah.

Bonda juga tidak ketinggalan menonton perlawanan yang penuh dengan debaran itu. Walaupun Bonda bukanlah peminat sukan bolasepak. Tetapi kerana negara yang memperjuangkan kemenangan, maka Bonda juga turut sama memberi sokongan walaupun hanya dirumah! Tahniah Harimau Malaya! Benamkan Garuda!

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya menewaskan pasukan Indonesia 2-0 seterusnya melayakkan Malaysia menyertai Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.


Bonda berbangga dengan penyerang utama negara Safawi Rashid yang telah berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke 30. Bagaimanapun, jaringan tersebut disambut dingin oleh penyokong lawan apabila berlaku provokasi beberapa minit selepas Malaysia merobek gawang Indonesia. Namun, insiden tersebut tidak menganggu perlawanan, sebaliknya  beberapa cubaan terus dilakukan oleh pemain negara.

Safawi sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 72 menjadikan Indonesia menerima kekalahan lima kali beturut-turut.

Seronok hari ni pagi-pagi pergi kerja berkumandang lagu tentang Harimau Malaya. Betul-betul bersemangat!

Bonda ucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negara. Harimau Malaya tetap mantap dan gagah!!