Jangan Semberono Jatuhkan Martabat Buku Agama!





Jangan Semberono Jatuhkan Martabat Buku Agama! | Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak pengeluaran buku-buku agama yang dicetak dan dijual oleh anak-anak muda dari satu premis pejabat ke satu premis yang lain. Perkara ini sebenarnya telah beberapa tahun berlaku dan dari pengalaman Bonda sendiri.


Persoalannya, apakah wajar buku-buku agama ini dicetak setebal 300 - 500 muka surat dan dijual dengan harga RM350.00! Penjualan buku ini secara 'face to face' atau 'direct marketing' oleh syarikat-syarikat terbabit mempamerkan bertapa martabat buku agama agak tercalar. Maka Jangan Semberono Jatuhkan Martabat Buku Agama!

Setiap orang mengetahui bahawa buku agama adalah buku suci yang martabatnya amat tinggi sekali. Sekiranya pihak-pihak berkaitan yang bergelar Ustaz-ustaz ini memasarkan buku agama dengan cara begini malahan dengan meletakkan harga ratusan ringgit, bimbang ianya tidak mendapat kelulusan yang sah dari pihak berwajib.

Kes 1 tahun 2018.

Didatangi oleh seorang anak muda yang mempromosi Al-Quran dengan terjemahan berserta penerangan ayat yang lengkap. Ditawarkan dengan harga RM350.00  hanya untuk sebuah Al-Quran. Ditawarkan juga sekiranya membeli Al-Quran tersebut beserta sejadah yang didakwa berkualiti berjumlah RM550.00.

Bagi umat Islam, apabila ditawarkan Al-Quran yang cantik dan lengkap itu, tanpa berfikir panjang, akan terus sahaja membeli sungguhpun harganya RM350.00. Pada fikiran kita 'tak apalah beli Al-Quran mahal, barang lain mahalpun boleh beli, kenapa tidak Al-Quran'.


Kes 2 awal tahun 2019

Didatangi oleh anak muda yang dikatakan sedang menjalani latihan industri dan bertugas untuk membuat 'survey' serta menawarkan buku tulisan 'ustaz-ustaz' dengan harga RM350.00 juga. Apabila membeli buku tersebut secara tidak langsung ianya diwakafkan dan didermakan ke badan-badan pertubuhan NGO yang belum tentu sahnya.


Kes 16 Dis 2019

Didatangi oleh anak muda berusia 21 tahun yang dimaklumkan sedang membuat latihan industri dan meminta masa kakitangan pejabat untuk membuat satu penerangan berkenaan sebuah buku Ilmiah.

Oleh kerana Bonda yang kedua senior di organisasi, maka tugas melayan tetamu jatuh kepada Bonda. Dalam hati telah berkata 'ini mesti nak suruh beli buku ni RM350.00 lagi ni". 

Dialog antara anak muda dan Bonda

Penjual : Maaf kak nama saya xxxxxx. Saya dari syarikat xxxx sedang menjalankan latihan industri (praktikal) dalam marketing. Saya nak perkenalkan akak tentang buku 'SOLAT' yang ditulis oleh ustaz xxxxx. 

Tugasan saya adalah saya dikehendakki berjumpa dengan 30 orang untuk berkongsi dan memperkenalkan buku ini.

Bonda: Ok boleh teruskan.

Penjual: Sebelum tu izinkan saya untuk membaca sebuah hadis tentang kepentingan SOLAT. (Beliau membacakan hadis tersebut dan berkata...)

Penjual: Hadis ini berada dimuka surat 21. Boleh akak buka muka surat 21?

(walaupun dalam hati berkata, kenapa pula aku yang kena buka buku ni sedangkan dia yang ingin menjual) Bonda membuka mukasurat tersebut dan beliau ulang membaca hadis tersebut. Sekali lagi beliau menerangkan tentang hadis  & ayat Quran berkenaan kepentingan solat. Disamping itu beliau juga mula berbicara tentang solat yang kiranya perkara asas semua orang Islam faham dan tahu.

Maka Bonda bertanya kepada beliau.

Bonda: Sebenarnya apakah objektif dan tujuan kamu ke sini?

Penjual: Tujuan saya untuk berkongsi pengetahuan tentang SOLAT yang terkandung didalam buku ini kepada 30 orang. Jadi kalau kakak izinkan boleh saya berkongsi dengan staff-staff yang lain.

Bonda: Macam ni, apabila menyebut tentang SOLAT, inshallah semua orang muslim tahu apa itu SOLAT. Apa kepentingan SOLAT dan apa tuntutan SOLAT ke atas orang Islam. Jadi sebenarnya apakah yang kamu ingin sampaikan?

Penjual: Sebenarnya....

Bonda: Berapa harga buku ni? (belum sempat beliau meneruskan kata-kata, direct to the point Bonda ajukan soalan kepadanya)

Penjual: Macam ni kak...harga buku ni RM350.00, jika akak masuk daftar hari ni kami bagai diskaun dan kakak hanya membayar RM250.00. 

Bonda: Maaf dik, tujuan kamu mungkin baik untuk berkongsi ilmu dan manfaat dari buku ini. Apabila bercakp tentang SOLAT, ianya adalah isu yang agak sensitif pada ramai orang...Ianya bukanlah bermakna mereka tidak SOLAT. Tetapi, mereka akan merasakan cara dan tujuan kamu itu kurang sesuai tambahan lagi kami semua tengah bekerja. Kesemua staff disini sedang sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera.

(seperti yang dijangkakan, kerana ini bukanlah sekali modus operandi seperti ini berlaku).

Bertapa sempitnya pemikiran manusia yang ingin mengaut keuntungan dengan memerah keringat anak muda yang sedang mencari pengalaman dalam bekerja, bertapa rakusnya manusia yang mempergunakan agama untuk meraih keuntungan dengan mudah.



Jangan Semberono Jatuhkan Martabat Buku Agama!

Syarikat berkenaan merasakan promosi 'face to face' adalah cara paling mustajab untuk orang ramai membeli buku yang berharga RM350.00 tetapi beliau silap! 

Dengan harga sebegitu, berapa ramaikah yang akan membeli? Sedangkan sumber ilmu tentang SOLAT itu berada di internet dan dimana-mana sahaja. Janganlah Semberono Jatuhkan Martabat Buku Agama!

Mengapa terlalu ramai ustaz-ustaz yang berleluasa mengeluarkan buku-buku agama yang belum tentu mendapat kebenaran kementerian dan berleluasa menjual dengan harga ratusan ringgit? Tambahan pula ada unsur-unsur memujuk dan paksaan dari penjual untuk orang ramai membeli buku tersebut.

Sedihnya masyarakat sekarang ini. Semakin TENAT mempergunakan agama untuk keuntungan diri sendiri. 




Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.

4 comments:

  1. Yelah...masa sy kerja sekitar tahun 2013, ada sorang nak muda jual tafsir dan buku agama..1 set ratus ratus juga... bos saya ambil dan cari kelulusan KDN...tapi takde. boleh pula budak tu berdebat merepek repek dengan bos...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah masalahnya....ustaz2 ni ambil kesempatan publish buku tebal2 lps tu suruh bdk2 lepasan sekolah, uni untuk yakin kan orang ramai untuk beli buku2 yg belm tentu sahnya ada kebenaran KDN atau tak...senang sungguh bwt duit skrg ni..

      Delete
  2. ya Allah. takutnya kita di zaman sekarang. ntah camna lah zaman anak2 membesar ke depan T_T

    ReplyDelete

Powered by Blogger.