Panduan Bayaran Upah Simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat


Panduan Bayaran Upah Simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat | Rentetan daripada perkongsian pertama berkenaan Ar-Rahnu Bank Rakyat [baca: Celik Ar-Rahnu - Pajak Gadai-i Ar-Rahnu Bank Rakyat], kini Bonda kongsikan pula Panduan Bayaran Upah Simpan Ar-Rahnu Bank Rakyat pula.



Bonda telah menerima pertanyaan daripada Cik Seri Manis melalui email. Soalan beliau berkisar tentang bayaran upah simpan dan bayaran sekaligus.

Assalamualaikum Bondachanteqq,Saya mohon pencerahan bayaran untuk upah simpan dan bayaran balik pinjaman sekali gus. Saya juga mempunyai akaun simpanan di bank rakyat.Sebab akaun pinjaman Ar- Rahnu ada di dalam akaun simpanan.
1)Boleh ke upah simpan saya bayar melalui irakyat online.
2) Boleh  ke jumlah pinjaman saya tu bayar sikit2 di akaun irakyat sebab saya nampak akaun pinjaman ar rahnu ada di situ walaupan jenis bayaran balik bayaran secara sekaligus.- Seri Manis.



Untuk menjawab soalan Cik Seri Manis, Bonda akan kongsikan bagaimana panduan bayaran upah simpan ar-rahnu Bank Rakyat.


Selepas proses penggadaian

Selepas selesai proses penggadaian selesai, peminjam akan menerima satu bentuk perjanjian yang dicetak diatas kertas berwarna hijau. Dikertas tersebut tercatat maklumat-makluman pembiayaan. 





Didalam perjanjian tersebut akan tercatit 

1. No Akaun gadaian atau pinjaman atau pembiayaan
2. No Siri gadaian
3. Cawangan tempat gadaian dibuat
4. Nama pengadai
5. No Kad pengenalan penggadai
6. Alamat surat menyurat
7. Tarikh gadaian
8. Tarikh matang gadaian
9. Cara bayaran
10. No. Kotak
11. Nilai Marhun
12. Pinjaman
13. Upah Simpan Bulanan
14. Jumlah Upah Simpan (untuk 6 bulan)
15. Tarikh bayaran (6 bulan dari tarikh gadaian dibuat)

Pembayaran melalui Bank Rakyat Online

Boleh ke upah simpan saya bayar melalui irakyat online.

Jawapannya Boleh. Apabila anda menggadai emas di Bank Rakyat, anda boleh mengekses maklumat pinjaman anda secara online. Anda juga boleh membuat bayaran upah simpan secara online. Tetapi syaratnya, bayaran mestilah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh akhir bayaran upah simpan terdahulu.

Sekiranya upah simpan tersebut telepas tarikh sepatutnya bayaran dibuat, anda tidak boleh membuat bayaran melalui online. Sebaliknya anda dikehendaki pergi ke mana-mana cawangan terdekat untuk membuat bayaran secara tunai di kaunter bank.









Boleh  ke jumlah pinjaman saya tu bayar sikit2 di akaun irakyat sebab saya nampak akaun pinjaman ar rahnu ada di situ walaupan jenis bayaran balik bayaran secara sekaligus

Jawapanya BOLEH. Walaupun didalam surat gadaian tertulis 'jenis bayaran balik secara sekaligus', ini tidak bermakna anda wajib menebus barang kemas yang anda gadaikan secara sekali gus. 

Anda boleh juga membuat bayaran secara ansuran setiap bulan sebagaimana anda membuat pinjaman bank sehingga jumlah pinjaman anda selesai. Ini adalah serba sedikit tatacara melakukan bayaran melalui online banking. 


Sekiranya tidak dapat menebus dalam tempoh diberikan.

Sekiranya anda tidak dapat menebus barangan gadaian tersebut, jangan risau. Kaedah Ar-Rahnu sangat berbeza dari gadaian konvensional. Anda hanya perlu membayar upah simpan tersebut tepat pada masanya. Disamping itu, anda juga boleh membuat bayaran pinjaman pokok secara ansuran sehingga pinjaman selesai.

Diharap perkongsian ini dapat menjawab soalan yang Cik Seri Manis ajukan.


Update:

Kaedah pembayaran bermula 1 Februari 2020.

Untuk makluman pembaca sekalian, bermula 1 Februari 2020, kaedah pembayaran upah simpan dan penebusan keseluruhan amaun pinjaman telah diselaraskan dan dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia mengikut terma & syarat yang tertera disurat 'hijau' gadaian:-




  • Tempoh maksimum gadaian tidak melebihi 18 bulan.
    • Tempoh maksimum gadaian emas yang di Ar-Rahnu adalah tidak melebihi 18 bulan dari tarikh pinjaman.
    • Ini bermakna penggadai hendaklah melunaskan pinjaman dan menebus kembali emas gadaian dalam tempoh 18 bulan.
    • Sekiranya gagal menebus kembali dalam tempoh yang ditetapkan, gadaian anda akan dilelong.


  • Tempoh memperbaharui upah simpan dihadkan kepada 3kali.
    • Jika sebelum ini, tempoh upah simpan setiap 6 bulan dibayar dan dilanjutkan kepada 6 bulan akan datang dan seterusnya boleh dilanjutkan lagi setiap 6 bulan sehingga pinjaman selesai dilunaskan, tetapi kini tempoh upah simpan hanya dibenarkan diperbaharui sebanyak 3 kali sahaja.
    • Ia bersamaan dengan tempoh maksimum gadaian selama 18 bulan diatas.


  • Bayaran lebihan upah simpan akan dikreditkan ke akaun 'advance payment'.
    • Contoh bayaran Upah simpan untuk 6 bulan (lama)
      • Jumlah Pinjaman - RM1,970.00
      • Tarikh Gadaian - 10/01/2019
      • Tarikh Matang  -  10/07/2019 (6bulan)
      • Upah simpan bulanan - RM23.78
      • Upah simpan 6 bulan - RM142.68 
      • Bayaran sebanyak RM200.00
      • Baki bayaran RM57.32 (akan ditolak pinjaman pokok).

    • Contoh bayaran Upah simpan untuk 6 bulan (bermula 01/02/2020)
      • Jumlah Pinjaman - RM1,970.00
      • Tarikh Gadaian - 10/01/2019
      • Tarikh Matang  -  10/07/2019 (6bulan)
      • Upah simpan bulanan - RM23.78
      • Upah simpan 6 bulan - RM142.68 
      • Bayaran sebanyak RM200.00
      • Baki bayaran RM57.32 (akan dimasukkan ke akaun 'advance payment'. Tidak akan ditolak pinjaman pokok sehingga cukup 18 bulan. Baki ini akan ditarik sekiranya tempoh lanjutan upah simpan 6 bulan yang baharu tidak dibayar dan peminjam hanya perlu menambah 'perbezaan' kadar upah simpan tersebut untuk memastikan tempoh pinjaman masih kekal hidup).

**Diharap mekanisma baharu bagi tempoh pinjaman dan bayaran balik pinjaman gadaian ini akan dilaksanakan bermula 1 Februari 2020, tidak membebankan peminjam.

Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.



No comments

Powered by Blogger.