KETAHUI & FAHAMI TENTANG DEFAMATION LAW IN MALAYSIA | Memang agak rumit untuk memahami istilah undang-undang ni terutama bagi orang awam. Ramai juga yang masih memandang remeh tentang tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap anda apabila sewenang-wenangnya menyebarkan berita yang belum tentu benar.


Kerana itulah Tuan/Puan, janganlah mudah untuk menceritakan aib orang di laman sosial. Walaupunn ianya mungkin 'betul' pada pandangan anda, tetapiiiii....apabila anda dengan berani bercerita secara terbuka yang  menyebabkan ada unsur fitnah dan memalukan pihak lain seterusnya menjatuhkan nama baik seseorang maka anda bakal berdepan sesuatu yang tak disangka.

Entry kali ini  adalah untuk berkongsi perkara asas tentang Akta Fitnah 1957 atau Defamation Act dan 'kesan fitnah' yang telah dilakukan agar kita semua faham dan tahu bahawa menyebarkan aib pihak lain boleh mendapat mudharat.

Entry KETAHUI & FAHAMI TENTANG DEFAMATION LAW IN MALAYSIA ini juga adalah sebagai perkongsian ilmu kepada anda yang masih kurang faham tentang undang-undang ini. Ianya nampak remeh dan mudah, tetapi tidak semudah yang disangka apabila sesuatu berlaku.

Jika entry sebelum ini Bonda berkongsi tentang [baca] Aibkan Bekas Pasangan Di Media Sosial Selepas Bercerai? Anda Mungkin Dikenakan Tindakan Defamation Act sebagai ingatan kepada pasangan yang telah bercerai yang seringkali menceritakan keburukkan bekas pasangan di media sosial terutama di dalam group-group kekeluargaan. Kali ini kita ambil tahu perkara asas tentang "DEFAMATION LAW IN MALAYSIA" agar kita semua berwaspada dan beringat apabila mahu mengeluarkan sesuatu kenyataan.





Apakah Defamasi (Defamation)?

Defamasi adalah membuat kenyataan palsu mengenai seseorang atau perniagaan yang merosakkan reputasi orang atau perniagaan itu. Sekiranya pernyataan palsu dibuat dan reputasi orang atau perniagaan itu rosak, boleh mengakibatkan kesan undang-undang bagi orang yang membuat kenyataan itu.

Defamasi boleh terjadi kepada banyak perkara. Defamasi terpakai untuk kedua-dua kenyataan bertulis dan lisan yang diterbitkan kepada pihak ketiga. Penerbitan merangkumi penyiaran bahan di Internet. Defamasi boleh menjadi kenyataan yang lisan atau bertulis. Jika pernyataan fitnah dibuat secara lisan, ia dipanggil Slander. Sekiranya kenyataan fitnah diterbitkan secara bertulis, ia dipanggil Libel.

Defamasi termasuk:
  • Merendahkan diri seseorang di mata segolongan masyarakat atau masyarakat umum. 
  • Menyebabkan seseorang tersebut dicemuh, dihina, dibenci atau dikeji. 
  • Merosakkan reputasi diri seseorang dalam mana-mana jawatan, profesion atau perniagaan
  • Merosakkan kredibiliti seseorang

Jenis Fitnah

1. Libel - fitnah dalam bentuk kekal contohnya. perkataan bertulis dalam artikel, akhbar, Facebook atau mesej Whatsapp, gambar, imej, visual.

Elemen berikut perlu dipenuhi:

  • Terdapat pernyataan fitnah yang dibuat atau disampaikan oleh perkataan bertulis atau bercetak atau dalam bentuk tetap lain;
  • Kenyataan fitnah berkenaan dengan plaintif; dan
  • Kenyataan fitnah diterbitkan kepada seseorang selain daripada plaintif

Contoh:
Anda adalah ahli jawatankuasa kejiranan anda. Anda menerima mesej melalui Whatsapp menuduh anda menjadi pengacau dan orang yang tidak jujur, dan kumpulan Whatsapp teridiri daripada jiran-jiran anda.

2. Slander - fitnah dalam bentuk kata-kata yang dituturkan atau melalui komunikasi pendengaran atau penglihatan.
Elemen berikut perlu dipenuhi:
  • Terdapat pernyataan fitnah yang dibuat atau disampaikan melalui perkataan, bunyi atau dalam bentuk lain yang tidak tetap;
  • Kenyataan fitnah berkenaan ditujukan kepada plaintif;
  • Kenyataan fitnah diterbitkan kepada orang lain selain daripada plaintif.


Contoh:
Dalam satu majlis yang dihadiri oleh banyak rakan sekerja anda, seseorang menyatakan dengan tegas bahawa anda adalah pekerja yang malas dan tidak cekap dan anda berada dalam kedudukan semasa anda kerana "keutamaan" tertentu yang diberikan oleh pihak atasan anda.

Di samping itu, untuk saman fitnah boleh dilakukan, secara amnya seseorang dikehendaki membuktikan bahawa dia mengalami kerosakan sebenar atau kerosakan khas.

Seseorang perlu menunjukkan bahawa dia mengalami kerugian atau kerugian kewangan yang dapat dianggarkan secara langsung disebabkan oleh kenyataan fitnah yang dibuat terhadapnya.

6 Elemen yang diperlukan untuk tuntutan fitnah

1. Kenyataan yang disebarkan mestilah palsu.
2. Kenyataan itu tidak boleh diberi keistimewaan.
3. Kenyataan itu tidak boleh menjadi pendapat.
4. Kenyataan itu mestilah "diterbitkan." 
5. Kenyataan itu sebenarnya mesti menyebabkan kerosakan reputasi.
6. Kenyataan itu mesti dipercayai oleh orang yang munasabah.


Apakah undang-undang yang mengawal fitnah di Malaysia?

1. Fitnah Jenayah [Tindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502]
  • Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam.
  • Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda

Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)
  • Hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan
  • Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan
  • Menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia
  • Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya , penjara tidak melebihi 5 tahun.
  • Tindakan hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui individu

2. Fitnah Sivil
  • Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
  • Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.
  • Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi
  • Pihak yang Terlibat
  • Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
  • Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit, pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
  • Dalam kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar dan pembekal maklumat tersebut.


Benarkah tak jadi fitnah jikalau perkara yang disebarkan itu betul?

Tuan/Puan, apabila membuka aib orang lain pada pihak ketiga secara terang-terangan di sosial media, waima perkara itu benar sekalipun, apabila tuan punya badan yang diperkatakan menafikan apa yang telah anda sebarkan dan merasa telah dimalukan dan difitnah, pihak tersebut berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap anda.

Pada ketika ini, ramai yang mempunyai akaun media sosial samaada whatsapp, skype, facebook, blog, instagram, youtube, twitter, sebagai medium untuk berkongsi maklumat. Dan apabila menerima sesuatu berita lebih-lebih lagi berita keburukkan tentang seseorang, kita menjadi teruja untuk terus berkongsi dengan rakan-rakan lain tanpa meneliti kesahihan maklumat itu.

Tanpa kita sedari, dengan tindakan itu kita telah memalukan dan menjatuhkan maruah orang lain. Berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita.

Semoga kita semua sentiasa berhati-hati dalam membuat apa-apa kenyataan secara umum yang melibatkan nama baik dan reputasi orang lain.

Rujukan: PTS Media Group / Mah Weng Kwai Associate / Minc Law

[Baca: Jabatan Bantuan Guaman - Peranan dan Fungsi]

[Baca: 9 Keutamaan Pemberian Nafkah Mengikut Urutan - Tanggunjawab Seorang Lelaki]

[Baca: Mahkamah Syariah -vs- Pejabat Agama - Perbezaan, Peranan, Fungsi]


Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.