Luqman Kongsi Pengalaman Pakai Braces - Part 2



Luqman Kongsi Pengalaman Pakai Braces Di Klinik Pergigian Uitm Sg Buloh - Part 2 | Tarikh rawatan 19 November 2018 - Selesai rawatan pertama tentang Luqman Kongsi Pengalaman Pakai Braces Di Klinik Pergigian Uitm Sg Buloh - Part 1, kita sambung lagi tentang pengalaman anakanda Bonda pakai braces di Klinik Pergigian Uitm Sg Buloh fasa ke dua. Nak pakai braces di klinik ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana perlu melalui banyak prosidur dan step yang telah ditetapkan. Lama juga ambil masa untuk menulis rawatan fasa kedua ni. Yerlah, ianya memerlukan penelitian penulisan kerana ia melibatkan rawatan.


Mungkin prosidur memakai braces diklinik swasta sedikit berbeza dengan prosidur memakai braces diklinik UiTM ini.





Aktiviti pertama kali ini adalah membuat 'moul' gigi atas dan bawah. Menggunakan bahan seperti simen berwarna biru yang diletakkan di acuan dan kemudiannya dilekapkan kedalam mulut yang menutupi keseluruhan rahang gigi atas dan bawah seperti gambar dibawah. Semen akan bertukar kepada warna putih apabila telah betul-betul dilekapkan digigi dan mengeras.






Setiap moul akan mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk memastikan semen yang diletakkan mengeras mengikut acuan gigi pesakit.





Inilah hasil moul yang diletakkan pada rahang gigi atas dan bawah. Tujuannya adalah untuk membuat sample gigi pesakit. Pada sessi yang akan datang, satu bracket akan dipasang pada gigi pesakit, dan bracket akan diukur dan dipasang pada  moul gigi terlebih dahulu sebelum memasang pada gigi pesakit. (akan dikongsikan pada entry part 3 & 4 yang akan datang).





Aktiviti kedua hari ini melakukan x-ray rahang anakanda. Gambar hasil x-ray yang akan digunakan sepanjang rawatan brace ini. Satu plate akan dimasukkan di rahang untuk mengambil imbasan gambar ini.



Aktiviti ke3 hari ini adalah Dr Nadia kena mengambil gambar kedudukan gigi anakanda dari sisi depan, atas dan bawah menggunakan alatan seperti gambar diatas.











































Aktiviti ke4, setiap pesakit kena diambil gambar seperti ini. Telinga tidak boleh tertutup oleh rambut. Jadi agak sukar untuk mengambil gambar anakanda ketika ini kerana rambutnya yang panjang. Kedudukan telinga kiri dan kanan diambil kira, kedudukan hidung juga diambil kira. Dari sini kita akan tahu kedudukan gigi hadapan lurus atau senget.









Untuk memakai braces ini bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian Uitm Sg Buluh ini. Setiap prosidur hendaklah dilakukan dengan teliti. Kerana itulah Bonda suka mendapatkan rawatan pergigian disini. 

Jika ditanya tahap kepuasan hati dengan perkhidmatan disini, sudah pasti Bonda amat berpuas hati. Memang Bonda rekomen untuk anda mendapatkan rawatan pergigian di Klinik Pergigian Uitm Sg Buloh ini. 

Selesai untuk rawatan kali ini. Masih panjang lagi prosidur yang akan dilalui. Nantikan entry yang akan datang untuk mengetahui rawatan dan prosidur selanjutnya.


Nota:



Setelah mendapatkan rawatan pertama Luqman Kongsi Pengalaman Pakai Braces Di Klinik Pergigian Uitm Sg Buloh - Part 1 daripada pelajar semester undergraduate iaitu adik Syazwan, kes pemasangan braces anakanda dipindahkan dan diambil alih oleh pelajar Siswazah iaitu pelajar Master Pergigian. Kes anakanda dibawah rawatan Dr Nadia dan dipantau oleh pensyarah beliau.

Untuk pengetahuan anda, pemakaian braces ini dilakukan oleh pelajar Master juga seorang doktor pergigian yang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pakar pergigian. 

Jadi tidaklah mempunyai keraguan terhadap 'workmanship' Dr Nadia ini kena beliau sememangnya seorang doktor pergigian sebelum menyambung pelajaran ke peringkat master.

Untuk pengtahuan, diperingkat ini, sekiranya gigi pesakit mempunyai masalah gigi berlubang atau karies ketika mendapatkan rawatan braces, doktor ini tidak membuat rawatan penampalan ataupun scaling gigi. Sekiranya pesakit mempunyai masalah gigi berlubang atau caries gigi ketika ini, hendaklah berpatah balik ke klinik undergraduates ataupun ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan yang sesuai.



Untuk ketrangan lanjut boleh hubungi:-

Faculty of Dentistry
UiTM Sungai Buloh Campus
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 6126 (ext : 6100/6653/6671/6108)




Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.

22 comments:

  1. Anak Saya berapa kali memikir nak pakai braces ni tapi tak juga pakai, ramai kata sakitlah...nanti nak share kat anak laaa psot ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit tu masa mula2 pakai bracket...nnti Bonda share dalam entry yg akan datang.

      Delete
  2. Bagus juga berkongsi pengalaman begini. Mesti ada sedikit beza utk setiap klinik yang buat braces. Teringin nak buat whitening. Huhu. Kalau gigi cantik, suka orang lain tengok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigi adalah antara tempat yng utama dilihat orang...kalo xcantik atau rongak pasti xcantik..

      Delete
  3. Menarik Kak Ezani. Part 1 pon saya dh baca. Nak tahu kos pemasangan. Murahnya tu berapa ? Tgh survey2 jugak nie harga braces

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah sgt Zhariff...nanti akk kongsikan dalam entty yg akan datang... sedang menyusun bahan...

      Delete
  4. Seram la tgok proses nk pakai braces nie..bnyak proses nk kena buat then nk kna jaga btul2..klu x, xdpat la hasil yg diinginkan nnt..amik masa jgak kan nk cntikkn gigi nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak proses...betul tu...tp puas hati bila go through setiap process

      Delete
  5. Satu pengalaman yang baharu bagi Naim pabila membaca artikel ini. Semoga anda seronok ya. hehe

    ReplyDelete
  6. Bila nampak posting ni, teringat saat pertama kali pakai braces hehe. Aduh lah, rasa tak sabar nak habis treatment dan stop pakai braces

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonda pn rasa x sabar nk tunggu anak habis treatment....lg 10 kali lebih kurang

      Delete
  7. terima kasih atas perkongsian. baru tau ada banyak proses untuk buat braces. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul Aerill....nk pakai braces ni kena banyak sabar..

      Delete
  8. Thanks for sharing your experience, I'm also going to UiTM Sg Buloh the facility there is awesome.

    ReplyDelete
  9. menarik juga info ni. anak saya pun asyik minta nak pakai braces.

    ReplyDelete
  10. Bagus share pengalaman macam ni, walaupun saya tak pakai braces tapi seronok juga baca pengalaman macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu pengalaman yg hanya ada sekali je seumur hidup...

      Delete
  11. Saya dari sekolah teringin nak pakai braces. Tapi tak terpilih pun. Hahaha. Ni dah besar nak pakai, macam ikut trend aje. Sedangkan memang memerlukan pendakap gigi. Seronok tengok braces warna warni dan gigi cantik teratur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruby boleh je pakai....boleh pegi Uitm Dental Sg Buloh....harga pn murah...nnti Bonda update next entry tentang harga n prosidur selanjutnya....yg kaler warna warni tuuu nnti Bonda ceritakan dalam next entry...yg ni mmg exited nk tau...

      Delete
  12. Thanks for sharing ya :).. sy pun sedang buat rawatan di UITM dentistry sg buloh.. boleh sy tahu berapa lama masa menunggu dari siap 1st treatment(done by undergraduate student) dengan rawatan pemakaian braces (done by master student)? p/s : sy sudah siap xray gigi, moulding etc, currently tgh tggu utk dipanggil bagi pemasangan braces..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.