PUBLISH LINK BLOG DI FACEBOOK TAK KELUAR LOGO SENDIRI? INI SEBABNYA... | Hi rakan-rakan Blogger semua....Pernah tak rakan-rakan PUBLISH LINK BLOG DI FACEBOOK TAK KELUAR LOGO SENDIRI? 

Bonda pasti ramai rakan-rakan yang mengalami perkara yang sama seperti Bonda. Setelah berbulan-bulan pening memikirkan apakah masalah sebenarnya bila publish link blog di facebook, tapi tak keluar logo sendiri. 

Aduhhh!!...memang rasa tak keruan bila share link blog keluar entah apa-apa gambar. Mungkin ada yang tahu mungkin juga ada rakan blogger yang tidak tahu tentang ini. Pada yang masih buntu dan tertanya-tanya mengapa publish link blog tak keluar logo sendiri tu, Bonda kongsikan disini.



Akhirnya persoalan terjawap bila terfikir sesuatu yang sebelum ini tidak pernah terfikir. Kenapa boleh terjadi sebegitu? Ianya adalah kerana saiz gambar yang kita letakkan sebagai gambar yang kita jadikan sebagai logo itu terlalu kecil. 

Maka, apabila link blog kita dipublishkan di facebook, ianya akan automatik 'detact' mana-mana gambar yang saiznya lebih besar dari gambar yang kita jadikan logo blog kita.




Apabila Bonda cuba menukarkan saiz gambar logo berkenaan dengan lebih besar, dan dipublishkan semula di facebook, automatik logo berkenaan keluar bersama link tersebut.

Jadi inilah sebenarnya rahsia disebalik publish link blog di facebook tak keluar logo sendiri. Pada yang ada masalah yang sema seperti Bonda bolehlah cuba tukarkan saiz logo anda. Selamat mencuba!!!