Ujian Perkahwinan Di Akhir Zaman



Pasangan suami isteri, semoga coretan ini jadi renungan dan muhasabah diri kita sendiri.


Kita ni suami isteri akhir zaman...

Bila disebut suami isteri akhir zaman, maka rumahtangga kita ni akan diuji dgn sehebat-hebat ujian...

Kenapa kita diuji? 

Atas asbab keimanan yang ada dalam diri kita dan pasangan...

Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga dengan pasangan yang tak solat? Ramai...

Berapa ramai yg mendirikan rumahtangga dgn pasangan yang tak puasa? Ramai...

Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi tak dapat nafkah yang secukupnya? Ramai...

Berapa ramai yg mendirikan rumahtangga tapi membiarkan isteri kluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna? Ramai...

Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi curang dan selingkuh dibelakang pasangannya? Ramai...

Berapa ramai yang mendirikan rumahtangga tapi masih tidak melaksanakan kewajipan dan tanggungjawabnya? Ramai...

Sebab tu kita ni suami isteri akhir zaman...sebab pengetahuan agama kita tu kurang dan cetek...suami gagal mendidik isteri dan isteri tidak mampu lagi bertahan dengan suami...

Tanya diri kita sendiri, tahap mana keimanan kita? Banyak? Sederhana? Sedikit?

Iman yang kuat akan menjadikan sesebuah rumahtangga itu bahagia kerana dia tahu apa yang dia perlu buat sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang isteri...pengetahuan dalam ilmu agama yang akan menjadikan kita seorang suami yg soleh dan seorang isteri yang solehah...

Iman akan membezakan baik buruk setiap tindakan dan perbuatan...iman akan menjadi benteng yang menghalang diri kita dari buat dosa...

Rumahtangga kita akan sentiasa berada di landasan yg tepat untuk mencari redha Allah s.w.t selagi kita beriman kepada-Nya...

Pokok pangkalnya = keimanan terhadap Allah s.w.t..

Credit: Penulis Asal

No comments

Powered by Blogger.