10 Filem Boxoffice 2019 | 2019 telahpun melabuhkan tirainya. Selamat datang tahun 2020! Berbagi-bagai kenangan pahit manis yang kita semua lalui. Semoga tahun baru ini akan lebih memberikan kebaikan kepada kita semua. 

Sebagai kenangan, jom kita review 10 filem tempatan yang mencatatkan kutipan paling tinggi tahun 2019! 


1. Boboiboy The Movie - RM29.5 juta

Filem animasi yang memecahkan rekod kutipan untuk kutipan tertinggi. Filem ini juga mengatasi jumlah kutipan filem animasi antarabangsa yang pernah ditayangkan diMalaysia. 



2. Ejen Ali The Movie - RM28 juta

Kemuncak filem ini mencetuskan fenomena baru. Ia masih ditayangkan dan kemungkinan kutipannya meningkat lagi terutama apabila mula ditayangkan di 100 pawagam di Indonesia Januari ini.



3. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal - RM26.2 juta

Satu lagi karya animasi tempatan yang berjaya membawa nama negara sehingga luar negara adalah filem terbitan Les' Copaque Production. Filem ini juga meraih kejayaan apabila merangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik dalam Festival Animasi Antarabangsa 2019 yang berlangsung di Montreal, Kanada Setember lalu.



4. Pusaka RM12 juta

Antara filem seram yang mencuri tumpuan ramai. Jalan cerita yang baik di serikan lagi dengan watak-watak lakonan yang hebat.



5. Sangkar - RM12 juta

Filem arahan Kabir Bhatia ini tidak kurang hebatnya sehingga mencipta fenomena dalam kalangan peminat filem tempatan.



6. Misteri Dilaila - RM9.4 juta

Filem lakonan Zul Ariffin bergandingan dengan Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri ini menarik perhatian ramai apabila menampilkan kelainan dengan memiliki dua versi ending berbeza.




7. Bikers Kental 2 - RM7.6 juta

Filem komedi yang menyelitkan elemen permotoran mampu menarik penonton ke pawagam. Dilakonkan oleh Zizan Razak, Dato' Awie, Dato' Afdlin Shauki dan Bront Palarae. 



8. A Journey of Happiness - RM3.5 juta

Filem Kantonis arahan JY Teng ini dibintangi Joyce Cheng, Lo Hoi Pang, Alex Lam, Jerry Lamb ditayangkan di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Hong Kong.




9. Amazing Spring - RM 3 juta

Filem komedi muzikal Kantonis lakonan Cedric Loo, Sharon Yeung Pan Pan, Law Kar Ying, Jack Lim dan Joey Leong. Diarahakan oleh Nick Wong dan ianya antara filem Kantonis tempatan yang berjaya.




10. Anak Perjanjian Syaitan - RM1.2 juta

Filem seram terus menarik perhatian ramai untuk ke pawagam dan menguji aliran adrenalin penonton. Walaupun tidak menampilkan bintang popular tetapi filem ini membuktikan populariti pelakon bukan segala-galanya. Dilakonkan oleh Chacha Maembong dan Nadzmi Adhwa. 




Inilah senarai 10 Filem Boxoffice 2019 yang berjaya menduduki tangga teratas dalam dunia perfileman Malaysia. Filem berkualiti sepanjang tahun 2019 dihasilkan sekaligus membuktikan industri filem tempatan terus meriah. 


Dunia filem tempatan 2019 ditutup oleh 10 Filem Boxoffice terbaik. Syabas semua team produksi!



Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.