Cerekarama TV3 'Mak Nak Peluk Boleh' Realiti Ibu Bapa Zaman Kini




Telefilem 'Mak Nak Peluk Boleh' Realiti Ibu Bapa Zaman Kini | Sabtu 4 Januari 2019 yang lalu, dalam slot cerekarama TV3 menyiarkan telefilem yang penuh dengan pengajaran kepada ibu bapa. Realiti ibu bapa zaman kini. Tanpa kita sedari, kita laluinya dan menganggapkan ianya adalah situasi yang biasa bagi seorang ibu bapa yang bekerjaya dalm melayan kerenah anak.


Telefilem ini diarahkan oleh Rashid Sibir yang kita sememangnya ketahui drama arahan sutradara ini sarat emosi bukan sahaja menyentuh hati penonton bahkan membuatkan penonton mengalirkan air mata.

Sinopsis Mak Nak Peluk Boleh

JUDUL : MAK NAK PELUK BOLEH

WAKTU SIARAN : Sabtu, 4 Januari 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Din
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Ansar Creative Media Sdn Bhd
PELAKON : Rita Rudaini, Nasha Aziz, Norman Hakim, Fizz Fairuz, Ruminah Sidek, Dhia Irdina, Gen Darwish, Ameerul Asyraf


Syakira telah berpindah ke Kuala Lumpur bersama anaknya Nelly Syakira apabila menerima tawaran kenaikan pangkat di sebuah syarikat swasta terkenal dan meninggalkan suaminya, Arul yang bertugas di Sarawak.





Review Mak Nak Peluk Boleh


Plot Cerita : 9/10

Di Kuala Lumpur, Syakira menghantar Nelly ke nursery Cikgu Daisy. Sikap Ego Syakira menjadikan dia terlalu tegas dan garang dalam melayani Nelly. Mendidik Nelly dengan ketegasan menjadikan Nelly seringkali menangis. Nelly seringkali mengadu bahawa mamanya seringkali memarahi dirinya. Syakira seorang ibu yang tidak suka diganggu oleh anaknya ketika sedang melakukan tugasan malah Syakira tidak pernah meluangkan masa untuk Nelly.

Nelly anak kecil yang masih belum mengerti erti kehidupan tepaksa menjadi dewasa untuk memahami sikap mama yang tegas tidak bertempat. Setiap hari dimarahi menjadikan Nelly hidup dalam kesedihan.

Cikgu Daisy, yang pernah kehilangan anaknya Ashman gara-gara bersikap seperti Syakira menjadikan dia hidup dalam penyesalan. Apa yang berlaku kepada Nelly adalah yang sama berlaku kepada dirinya dan Ashman satu ketika dahulu.




Ashman pergi yang takkan kembali. Memberi ruang sepenuhnya untuk Daisy tanpa diganggu. Dihujung hayatnya Ashman meminta untuk memeluk ibunya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir didalam dakapan ibunya Cikgu Daisy. Daisy tidak mahu Syafika menjadi sepertinya yang menyesal sepanjang hidup kerana ego seorang ibu.


Pengajaran dari drama ini. 

Drama yang sarat dengan pengajaran ini benar-benar menyentuh hati dan sarat dengan emosi. Inilah realiti kehidupan zaman kini yang semakin berkembang luas didalam institusi kekeluargaan. Mungkin kita juga melakukan kesilapan yang sama kepada anak-anak kita. 

Cara kita menyantuni anak-anak kita akan meninggalkan kesan memori kepada ingatan dan kehidupan mereka. Ingatlah bahawa Memori Apa Yang Telah Kita Tinggalkan Kepada Anak-Anak akan memberi kesan dimasa akan datang bagai mana anak-anak pula akan melayan dan menyantuni kita sebagai ibu bapa.

Semoga telefilem penuh pengajaran ini membuka mata hati ibu bapa yang ego agar dapat membetulkan kesilapan sebelum terlambat.



Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.




1 comment:

Powered by Blogger.