Fenomena Kenaikan Harga Bawang




Fenomena Kenaikan Harga Bawang | Sebenarnya Bonda dah lama nak tulis entry tentang kenaikan harga bawang ni. Sebab memang sangat-sangat terasa perbezaan harganya sejak dua bulan lalu. Isu kenaikan harga bawang yang mendadak sejak beberapa bulan lalu sedikit sebanyak memberi kesan kepada surirumah-surirumah, wanita-wanita, ibu-ibu yang suka memasak. Maklumlah, bawang adalah bahan utama masakan. Bonda pula jika memasak memang menggunakan bawang yang banyak. Tidak lengkap rasa masakan jika bawang yang digunakan cuma sedikit. Malah akan memberi kesan terhadap ke enakkan masakan yang kita masak tu.


Memang amat terasa harga bawang sekarang ini amat tinggi berbanding sebelum ini. Bonda mula menyedari harga bawang melambung ni sejak dari bulan November 2019 lagi.

Mulanya sangka ianya hanya sementera. Tapi dah berlanjutan sehingga sekarang. Mahal macamanapun tetap kena beli sebabnya bawang adalah bahan utama masakan.





Bonda sememangnya tidak boleh menggunakan bawang yang sedikit dalam masakan. Mengeluh jugalah apabila harga bawang semakin meninggi. 

Dari sekilo harga bawang RM1.89 kini menjangkau RM4.00 sekilo. Jika dulu bawang Holland lebih mahal dari bawang besar merah, kini bawang merah besar lebih mahal. 

Hari ni seperti biasa Bonda ke NSK dan juga Family Store untuk membeli barang keperluan rumah. Harga bawang masih lagi mahal. 




Mahu atau tidak terpaksalah Bonda membelinya. Tak ada bawang yang cukup, tak sedap pula masakan. Harapnya harga bawang akan turunlah tak lama lagi ya.

27 Disember 2019 lalu kebanyakkan akhbar membuat liputan tentang harga bawang. Nampak ianya benda yang kecil tetapi memberikan kesan kepada rakyat. Sampai bilakah??






Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.

5 comments:

  1. Memang terasa sangat bila harga bawang naik. Tak beli kang tak sedap pulak masakan tu kan bonda. Harapnya tak lama la krisis harga bawang ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kinah....bawang bahan utama dlm masakan kita kan....bawang la penyedap masakan kita...kalo xcukup bawang, makan xsedap plak nnti....sabar je laa...skerg ni Bonda guna bawang Holland jaa...murah sikit dari bawang besar merah yang ada tu

      Delete
  2. Terasa sangat sebba kita masak menggunakan bawmag kan. Hopefully harga bawang ni naik hanya sekejap saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mimie...harap cptlah turun harganya..

      Delete
  3. guna bawang holland pula lepasni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.