DAKWAT PENA : BLOG UNDANG-UNDANG REALISASI IMPIAN UNTUK ARWAH SUAMI | Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt yang melimpahkan kurnianya. Akhirnya terlahirlah sebuah blog undang-undang yang pernah diimpikan sekian lama dulu. Yerlah, cumanya masa impian itu hadir, masa pula tiada untuk menguruskannya. 


Setelah beberapa lama tertangguh, kini www.dakwatpena.com sudah memulakan langkah dengan menghasilkan entry-entry berkisarkan perundangan syariah di Malaysia sebagai teraju utama blog ini. Disamping itu juga beberapa maklumat berkenaan undang-undang sivil juga dimuatkan agar orang awam mendapat ilmu yang bermanfaat.

Bagaimana boleh tercetusnya idea untuk membangunkan blog undang-undang Dakwat Pena?

Setelah blog www.bondachanteq.com berjaya berada didalam dunia blogging setelah hampir dua tahun dan mempunyai pembacanya sendiri, BC mula memasang cita-cita untuk membangunkan sebuah blog berkenaan undang-undang sebagai membantu orang awam mendapatkan maklumat.

Memandangkan arwah suami seorang bekas peguam syarie yang pernah berkhidmat didalam Jabatan Biro Bantuan Guaman satu ketika dahulu, kemudiannya bertukar tempat kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah. Arwah pernah berkhidmat sebagai Hakim Syarie dan kerana itulah BC memasang angan-angan untuk menulis tentang prosidur mahkamah syariah.




Impian ini pernah disuarakan kepada sang suami dan mendapat sokongan penuh dari arwah. Pada awalnya takut juga arwah tidak bersetuju kerana BC bukanlah punyai solid law background walaupun pernah belajar undang-undang dari diploma sampai ke master. 

Tapi BC terangkan matlamat dan jelaskan kepada arwah dengan melalui penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang ketandusan fikiran untuk mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berdepan dengan masalah / keretakkan rumahtangga.

Tak sangka pula arwah bersetuju. Tapi dengan syarat BC tidak meletakkan nama arwah dalam mana-mana tulisan. Itu pintanya. Katanya, "Sayang saja yang menulis, Abang support dari belakang dan infor-infor yang perlu".

Tulisan ilmu ini adalah sedekah jariah kami untuk pembaca sekalian. Sayangnya, ketika masih dalam perbincangan untuk membangunkan blog ini, suami terdahulu pergi menemui penciptanya. Semoga ilmu yang dikongsikan di blog ini akan menjadi asbab untuk kami ke syurga Allah. Semoga pahalanya sampai kepada arwah. Aminn...

Walaupun beliau tidak bersama-sama, impian untuk membangunkan blog undang-undang ini akhirnya terlaksana juga setelah beberapa bulan beliau pergi ke alam abadi.

Dibantu oleh sahabat-sahabat arwah suami yang memberikan tunjuk ajar tentang sesebuah isu yang akan ditulis, diharap agar Dakwat Pena akan terus berkembang dalam berkongsi ilmu kepada pembaca. Semoga ilmu dari penulisan ini memberi kebaikan kepada pembaca.

Blog ini adalah sebuah blog perkongsian ilmu kepada semua pembaca dan pemudahcara untuk mendapatkan rujukan pembaca memerlukan maklumat lanjut tentang prosidur-prosidur Mahkamah Syariah khususnya. 

Semoga melalui blog perkongsian ilmu ini, moga-moga kita semua mendapat rahmat dan berkah dan akan memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

BC menjemput anda semua untuk melayari blog Dakwat Pena dan menjadi pembaca setia dengan >>klik disini<< untuk mengikuti setiap entry terbaru.



Alfatehah buat syurgaku;

Surah 1 Al-Fatihah, Ayat 1-7
بِسۡÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ۡÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠۡÙ…ِ ﴿1:1﴾ Ø§َÙ„ۡØ­َÙ…ۡدُ Ù„ِÙ„ّٰÙ‡ِ رَبِّ الۡعٰÙ„َÙ…ِÙŠۡÙ†َۙ‏ ﴿1:2﴾ Ø§Ù„رَّØ­ۡÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠۡÙ…ِۙ‏ ﴿1:3﴾ Ù…ٰÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆۡÙ…ِ الدِّÙŠۡÙ†ِؕ‏ ﴿1:4﴾ Ø§ِÙŠَّاكَ Ù†َعۡبُدُ ÙˆَاِÙŠَّاكَ Ù†َسۡتَعِÙŠۡÙ†ُؕ‏ ﴿1:5﴾ Ø§ِÙ‡ۡدِÙ†َا الصِّرَاطَ الۡÙ…ُسۡتَÙ‚ِÙŠۡÙ…َۙ‏ ﴿1:6﴾ Øµِرَاطَ الَّØ°ِÙŠۡÙ†َ اَÙ†ۡعَÙ…ۡتَ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ ۙ‏ غَÙŠۡرِ الۡÙ…َغۡضُÙˆۡبِ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ ÙˆَÙ„َا الضَّآÙ„ِّÙŠۡÙ†َ‏ ﴿1:7﴾