Kota Tinggi: Faktor usia tidak menjadi penghalang bagi yang meminati ilmu mempertahankan diri iaitu seni persilatan dan mempertahankan diri. 
Baru-baru ini, satu majlis iaitu Himpunan Seribu Sri Kandi Melayu Edisi 4 (HSSM4) yang diadakan di Tanjung  Balau, Johor pada 10 - 11 Mac 2018 adalah satu program perhimpunan 1,000 peserta Sri Kandi dari pelbagai perguruan silat di seluruh negara dengan membuat persembahan seni silat masing-masing. Majlis yang mendapat sambutan ramai ini dirasmikan oleh Pengarah Biro Tatanegara Datuk Ibrahim Saad selaku wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pengerang manakala Majlis Penutup oleh YB Dato’ Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor.
Malah himpunan berkenaan diiktiraf sebagai perhimpunan terbesar yang pernah diadakan di Malaysia telah diiktiraf didalam Tourism Record oleh MTC membabitkan golongan wanita dan program ini telah berjaya memartabatkan seni silat sebagai ikon pelancongan negara.


Gambar sekitar persembahan silat oleh Srikandi Melayu


Biarpun berlatarbelakangkan perguruan berbeza, namun seni persilatan Melayu menerusi Silat Segerak yang membuka tirai acara membangkitkan semangat kepahlawanan mereka bersama pelapis Sri Kandi berusia muda seawal enam tahun.
Begitulah jiwa seni persilatan Melayu ditampilkan bagi menghimpunkan 1,000 peserta Sri Kandi dari pelbagai perguruan silat sempena program anjuran bersama Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM)

Srikanda-srikanda sedang membersembahkan silat melayu


Wanita hebat Srikandi Melayu

Perhimpunan ini menyaksikan persembahan silat dari 40 jenis perguruan berbeza yang kebanyakkannya adalah terdiri dari srikandi-srikandi. Perhimpunan ini yang telah diiktiraf oleh MTC didalam Tourism Rekod julung-julung kali diadakan dekat ini. 


Kanak-kanak seawal usia 5 tahun telah didedahkan dengan ilmu mempertahankan diri