Kisah Benar: Wang Dicuri Cucu Sendiri

Gambar Google

Kisah ini diceritakan sendiri oleh salah seorang anak kepada mangsa yang telah dirompak oleh cucunya sendiri.


Tuan Haji Amran (bukan nama sebenar) punya sepuluh orang anak. Dalam ramai anak pasti ada seorang yang menjadi kebanggaan dan kesayangan. Azril (bukan nama sebenar) anak kesayangan Tuan Haji Amran seorang pegawai berpangkat tinggi sudah pasti menjadi 'anak bapak'. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Tiga lelaki seorang perempuan. Kesemuanya telah remaja.

Kebelakangan ini, Tuan Haji Amran sering tidak sihat dan perlu berulang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kebiasaannya Azril lah yang akan menemani bapanya ke hospital. Kadangkala anak-anak bujang Azril, Zamri atau Zaini yang membawa datuk mereka menjalani rawatan jika Azril tidak berkesempatan.

Setiap kali pulang ke kampung di Perak, Tuan Haji Amran pasti akan memberikan wang belanja untuk anak kesayangannya walaupun anaknya itu berpendapatan sepuluh ribu ringgit setiap bulan. Pemberian wang saku itu memang telah diamalkan oleh Tuan Haji Amran sejak dahulu lagi agar anaknya itu tidak banyak masalah bila diminta pulang.

Azril walaupun mempunyai gaji sepuluh ribu sebulan, seringkali mengeluh tidak cukup wang. Perbelanjaannya terlalu besar kerana Azril juga memanjakan anak-anaknya dengan perbelanjaan yang tiada had.

Duit dalam bank dicuri



Gambar: Google

Tuan Haji Amran menyedari kad bank miliknya telah hilang. Beliau pergi ke bank untuk mengeluarkan wangnya. Didapati wangnya hanya tinggal tidak sampai tiga ribu ringgit dari ratusan ribu yang dia simpan.

Dicongak di fikirannya segala perbelanjaan perubatan yang telah dikeluarkan oleh anaknya Azril. "Takkan sampai habis kesemuanya" bisiknya dalam hati. Tuan Haji Amran tidak berpuas hati, lalu dikhabarkan berita sedih itu kepada anaknya Mariam. Kerana kasihankan bapanya, Mariam mengambil tindakan membawa bapanya membuat laporan dibank berkenaan dan meminta pihak pengurusan membuka rekod CCTV. 

Bukti jelas menunjukkan transaksi dilakukan cucu Tuan Haji Amran, Zaini mengeluarkan wang dari ATM. Antara transaksi  yang dapat dikesan, pemindahan wang ke syarikat jual beli motorkar di kedai kenderaan terpakai. Terdapat banyak lagi transaksi yang berlaku. Jumlah keseluruhan hampir dua ratus ribu yang telah dikeluarkan oleh cucunya. Baru beliau teringat, beliau pernah menyuruh cucunya mengeluarkan wang ketika membuat rawatan di hospital beberapa bulan yang lalu. Tidak disangka cucunya sanggup menyamun wang datuknya sendiri.

Setelah mendengar nasihat anak-anak yang lain, Tuan Haji Amran membuat laporan dibalai polis. Malangnya, tidak lama selepas laporan polis dibuat, Tuan Haji Amran telah menarik semula laporan terhadap cucunya. Tanpa diketahui, anaknya Azril telah mengugut Tuan Haji Amran untuk menarik balik laporan berkenaan jika tidak anaknya tidak akan pulang kekampung lagi selepas ini. Tindakan Azril menyebelahi anaknya kerana tidak mahu anaknya didakwa dan dipenjarakan.


Akhirnya, kes itu lenyap begitu sahaja. Zaini membeli sebuah kereta secara tunai. Manakala Zamri membeli sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Untuk adik-adiknya dan ibu ayahnya, zaini memberlikan mereka telifon bimbit mahal. Zaini telah menipu ayah dan ibunya dengan mengatakan telah mendapat projek besar.

Sayang anak jangan sampai membinasakan akhlak

Jelas kisah benar diatas menunjukkan bertapa buruknya akhlak anak ini yang sanggup melakukan perkara keji kepada datuknya sendiri. Sanggup mencuri kad bank datuknya kemudian membeli harta. Membohongi orang tuanya mengatakan beliau bekerja dan mendapat keuntungan yang tinggi walhal ianya semua adalah hasil curi.  

Seorang bapa pula melindungi kesalahan anaknya yang terang lagi bersuluh. Datuk yang bimbang kehilangan kasih anak dan cucu terpaksa menerima melupakan yang berlaku. 

Didiklah anak-anak kita dengan ilmu agama yang mencukupi agar besarnya kelak menjadi anak yang berguna kepada kita dan agama. Sayang anak tangan-tangankan biladalan orang tua-tua dahulu ada kebenarannya. Kerana sayang kan anak lah kita sebagai ibu bapa harus tegas dan adakalanya perlu menggunakan rotan untuk mendidik mereka. 

Perkara yang paling kita sebagai ibu bapa takuti adalah, salah mendidik anak-anak hingga mencemarkan nama baik dan maruah keluarga. Bonda harap bersama-samalah kita memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak kita agar menjadi seorang yang berguna dimasa hadapan. Bonda berharap kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua. Wallahualam....




Gambar Google


Sekian

56 comments:

  1. Emmm...Memang tak patut sebenarnya kita mencuri duit orang tua kita.. Tak kira lah milik Ayah Ibu / Datuk Nenek... Apa salahnya minta dengan cara baik, InsyaAllah mereka akan pertimbangkan jika apa yang kita inginkan itu memberi banyak manfaat. Moga anak-anak cucu kita tidak tergolong dalam kalangan yang suka mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain. Eh! Tiber..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...apapun minta laa dengan baik..jgn mencuri

      Delete
  2. Harap kita dapat la mendidik anak-anak dengan baik tanpa berlebih-lebih. Seorang ayah tidak patut melindungi kesalahan anaknya. Teringat pula cerita P Ramlee dalam Anakku Sazali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita Anakku Sazali arahan Tan Sri P Ramli dh lama bg kita peringatan supaya jangan salah didik anak...tp ibu bapa zaman skrg lupa..

      Delete
  3. Sedey nya bila kasih sayang di beli dengan wang ringgit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul tu nina...bila dah diajar dengan wang...maka rosaklah segalanya

      Delete
  4. Replies
    1. Kan rose...orang zaman sekarg akhlaknya semakin hilang...sanggup mencuri duit datuknya

      Delete
    2. Tp mmg ada jenis anak yg masih nak mak bapak support.. Nak bagi bapak haram satu sen pun tak ada. .

      Delete
    3. ya betul tu rose...kebanyakkan sekarang ni, salah mak bapak yang gagal didik anak dengan baik...terlalu memanjakan anak...bila anak buat salah, seharusnya perbetulkan kesalahan anak, bukan subahat melindungi

      Delete
  5. Kisah macam ni la berleluasa zaman skrg, bukan setakat cucu je..adik beradik pun..nak plak bila tau abangnya pencen dan dapat banyak gratuiti, dari tak pernah menjenguk..tiba2 jadi rajin menjenguk sampai la si abang terpedaya dengan skim pelaburan yang ntah apa2..last2 duit ntah kemana, pelaburan ntah kemana

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn SA...kerana duit sanggup buat apa saja kan...

      Delete
  6. We should always be careful and vigilant on scam and skimming.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scan and skimming never differentiate either family members or not...money will make people blind

      Delete
  7. Memang mengaibkan sesiapa yang mencuri, lebih-lebih lagi daripada ahli keluarga sendiri. Harapkan pagar...pagar makan padi. Sebagai ibu-bapa, kita harus lebih tegas terhadap anak-anak kita supaya mereka tidak terpesong daripada akidah hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...Bonda setuju dengan Tekkaus...sebagai ibu bapa seharusnya kita memperbetulkan perilaku anak yang tidak betul...apatah lagi perbuatan mencuri ratusan ribu wang datuk sendiri...

      Delete
  8. Allah...sayu dengar datuk yang terpaksa curahkan wang ringgit semata2 nak tengok anak pulang melawat nya.. sampaikan terpaksa pejam mata dengan sikap dan akhlak buruk cucu2 nya. yang anak dia pulak pi bela pulak anak yg curi duit datuk.. salah cara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tidak pernah Bonda sangka perkara ini berlaku....sedihkan, seorang bapa harus memberikan wang untuk anak dan cucunya pulang...jika tidak, datuknya takut anak dan cucunya tidak menjenguknya

      Delete
  9. Such a sad story that we can only hope is fiction, which unfortunately it is not! Hope this never happens to even our worse enemies!

    ReplyDelete
    Replies
    1. True...this is reality nowadays...people have bad attitude and never learn from their mistake

      Delete
  10. Salah tetap salah kenapalah bapa si anak tu menutup mata sebab itu anak dia mungkin. Mungkin jugak cara didikan awal dia selalu dimanjakan oleh si bapak (datuk) tu.
    Kisah yang penuh iktibar dan pengajaran terutama sekali buat datuk itu sendiri dari awal dah berbahagi kasih sayang terlalu percayakan anak lelakinya yang sorang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mrs.A....Bila anak dah diajar dengan duit, buruk padahnya...betul sayangkan anak, tapi sanggup tutup mata bila anak mencuri duit datuknya...sanggup ugut bapa dia untuk tarik balik report polis

      Delete
  11. Reading this story makes me feel sad! But I believe that he will pay the price of his act in the future!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully they learn from this mistake...unfortunately, they are not...they happy with this bad behavior.....

      Delete
  12. aiyoooo jangan sampai begitu sekali pilih kasih sampai yang jahat buruk dan salah pun sanggup tutup mata. nampak dah jenis anak macam mana tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul siti...ini ankku sazali versi 2018...semoga cerita ini menjadi iktibar kepada kita

      Delete
  13. Betul3.. cara didik mesti betul.. jangan terlalu dimanja. yang salah tidak diperbetulkan segera akan menjadikan masalah yg lebih besar..

    follow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    entry khas : http://ejulz.blogspot.com/2018/07/blogwalking-mood-bonda-chanteq.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih follow blog bonda chanteq...bonda setuju...pokok pangkal ibu bapa yg mencorakkn anak mereka

      Delete
  14. betul setuju sangat. I will always ask for their permission no matter what I do or what I want.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu bapa yg mencorak kan kehidupan anak kan...

      Delete
  15. Alla.. Kisah ini memberikan pengajaran.. Jangan terlalu sayangkan anak smapai kesalahan anak tak nampak dimata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu shahida...semoga kita semua dijauhkan dari sikap buruk ini...

      Delete
  16. semoga dijauhkan buat perkara macam tu...jemput msuk bloglist Del
    http://www.cakapsinilah.com/2018/07/blog-segmen-blog-list-segment-august-by-da.html

    ReplyDelete
  17. sayang anak berpada2..semoga kita dijauhkan dari musibah ini dlm keluarga kita semua amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn...semoga kita semua mendapat pengajaran dari cerita ini

      Delete
  18. kesian dekat datoknya..ayahnya pon sama sanggup menyebelahi anak walaupon terang2 anaknya salah..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...kesian kan...tp nk bwt mcm mana kalo ayh nya dh sebelahkan dia

      Delete
  19. its sad to know about the stealing. There is a saying that 3 days to learn bad, and to teach good and be good need 3 years. It's not right to steal, hope he can repay back all the money soon. It sure sadness to dearest person that he had stolen, knowing that he steals.

    ReplyDelete
  20. Dah cucu sendiri tak boleh dipercayai. Macam mana tu? 200ribu pula tu. Bahagia anak tu hanya di dunia. Macam mana nasib anak dia selepas itu.. alahai macam-macam jenis manusia di dunia ini.

    ReplyDelete
  21. Allah! Benda² mcm ni la yang taknak jadi dekat keluarga kita kan? Rasa risau. Tapi kalau dah salah , sebagai parent, tk boleh backup anak macam tu. Kot² satu hari dia boleh buat benda sama dekat mak ayah dia sendiri. Yelah, dha darah daging , atok pon dia sanggup curi. Inikan mak ayah dia. Hurm ntahlah. Simpang malaikat 44.

    ReplyDelete
  22. I hope that parents will take a good action on their children and raise them with good values. Pity the old folks.

    ReplyDelete
  23. Payah bila ada ibu bapak yang sanggup pertahankan anak walaupun apa yang anak buat tu memang salah. banyak betul nilai yang cucu die curi tu. sampai hati kan. tak fikir ke ape kesannya nanti

    ReplyDelete
  24. Duit memang boleh membutakan. Huhu.
    Pada saya bukan satu pihak sahaja yang bersalah. Atuknya pun ada silap, ayahnya pun ada silap dan cucunya pun ada silap.
    Apa yang penting kita ambil pengajaranlah dari apa yang berlaku ni. Didiklah keluarga untuk tak meletakkan harta di hati tapi di tangan sahaja.

    ReplyDelete
  25. Uishhhh ! Inilah yg dinamakan, harapkan pegar, pegar makan padi. Tak baik sungguh buah warga emas begitu. Susah2 dia kumpul, cucu sndri yg senyap2 keluarkan duit tu. padahal darah daging sndri

    ReplyDelete
  26. Biasa berlaku , dulu selalu tengok dalam filem dan drama sahajakan sekarang depan mana.. sekarang ni dengan sesiapa pun kita tak boleh senang-senang 90 % percaya kena letak 10% rasa ragu juga.. Moga sesiapapun yang berkelaluan macam tu, cepat insaf dengan perbuatannya, takut terbiasa memakan diri

    ReplyDelete
  27. Nauzubillahi minzalik. Mintak dijauhkan la anak keturunan kita dari sifat macam ni kan. Sampai hati buat org tua macam t. Tak berkat hidup nanti.

    ReplyDelete
  28. Allahu,apa yang onie dapat dalam penceritaan ini adalah, walaupun orang yang kita sayang, jangan terlalu percaya sehingga memakan diri sendiri. Kejamnya la cucu dia, mungkin bukan salah cucunya juga, tetapi dari sikap ibu bapa dia sendiri kan? Moga kita semua ini dilindungi dan diperdekatkan dengan orang-orang yang baik sahaja kan :D

    ReplyDelete
  29. Allah.. Benda macam ni perlu jauh dari kita semua. Harap harap kita dapat didik anak anak kita sebaiknya.
    Sebolehnya jika perlukan kewangan sekalipun, minta.. Bukaah dengan cara mencuri..

    ReplyDelete
  30. Aduhhhh kesiannya. Kes macam nilah boleh memutuskan ikatan keluarga. Sanggup ye buat macam tu dekat atuk sendiri.

    ReplyDelete
  31. Betul sayang anak dan cucu kena berpada. Perangai mencuri ni bahaya silap hari bulan melarat di kalangan keluarga, rakan dan masyarakat

    ReplyDelete
  32. Aduhaii..sanggup betul mencuri duit keluarga sendiri..sedih bila duit yg ducuri tu org tua yang dah lama menyimpan. Harap lah anak2 kita..cucu cicit kita tak le macam ni

    ReplyDelete
  33. Orang sekarang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit. Walaupun darah daging saudara rapat sekarang pun sanggup buat macam ni untuk duit. Memang betul sayang anak berpada-pada.

    ReplyDelete
  34. Kena bagi anak-anak kita rasa susah payah dan senang hidup. Itulah namanya kehidupan. Tiada "FREE LUNCH" dalam dunia ni. Semua pencapaian memerlukan usaha daripada diri sendiri. Nak duit, kena tambah usaha untuk mencari nafkah halal sendiri.

    ReplyDelete
  35. Allah teruknya anak anak zaman kini.. seram sekarang halal haram semua bedal mungkin sebab kecik kecik dah masuk banyak kuman dah banyak masuk benda yang syubhah dah banyak masuk hyrolyzed gelatin dah banyak masuk thimerosal lah kot tu sel sel otak tak berkembang hati pun sakit hitam kan... semoga anak anak dan zuriat kita tak buat macam ni la...

    ReplyDelete
  36. cerita lama yang penuh makna, bahwa jaman sekarang ada cara yang lebih aman untuk menyimpan uang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.