Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Bonda sempat singgah ke Cameron Highlands. Singgah di Abang Strawberry satu-satunya syarikat milikan penuh Bumiputra yang menjalankan perniagaan tanaman Strawberry di Cameron Highland. Ladang yang seluas 3 hektar ini mengeluarkan produk berasaskan strawberry yang menjadi kegilaan masyarakat di seluruh tempat.


Bonda diberi peluang untuk menjamu selera di cafe Abang Strawberry. Antaranya Nasi Lemak Sambal Strawberry, Nasi Lemak Ayam Berempah, Mee Hoon Soto, Lontong, dan Minuman strawberry beraneka jenis.

Mempunyai ladang tanaman strawberry seluas tiga hektar, menjadikan ianya satu-satunya milikan penuh bumiputra. Berbanding dengan beberapa ladang strawberry lain, kebanyakkannya adala perkongksian antara rakan bumiputra dan bukan bumiputera.


Berbagai-bagai produk keluaran Abang Strawberrry yang berasaskan bahan utama dari Strawberry menjadikan Bonda sangat kagum dengan dengan semangat anak muda yang menjadi peneraju pembangunan perniagaan bumiputra di Cameron Highland.









Antarara produk-produk keluaran Abang Strawberry yang menjadi 'signature' di Cameron Highland. Siapa yang tidak mengenali Abang Strawberrry ini? Bonda pasti ramai yang sudah mengetahuinya. 

Jika ada di antara korang yang ke Cameron Highlands dan teringin nak makan nasi lemak sambal strawberry ni, bolehlah cuba makan di Abang Strawberry Farm & Cafe. Nak tahu rasanya? Korang kena lah datang dan cuba sendiri!

Alamat
Kampung Taman Sedia

Waktu Operasi
Isnin 8AM - 8PM
Selasa 8AM - 8PM
Rabu 8AM - 5PM
Khamis 8AM - 8PM
Jumaat 8AM - 8PM
Sabtu 8AM - 8PM
Ahad 8AM - 8PM

No Telefon
019 - 478 1700 

Laman Web

Facebook

Instagram