Daging HALAL Dicampur Daging Tidak Halal

Harian Metro 8 Disember 2018 - Sah Tak Halal  - JAKIM hanya iktiraf tujuh badan pensijilan HALAL di Jepun
Harian Metro 8 Disember 2018 - Sah Tak Halal 
- JAKIM hanya iktiraf tujuh badan pensijilan HALAL di Jepun

Gempar di seluruh Malaysia berkenaan keberanian empat cef yang membuat keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke Malaysia serta membongkarkan perkara sebenar tentang hidangan tidak halal yang dipromosikan oleh pemilik restoran tempat mereka bekerja di Osaka, Jepun.

Beberapa hari lalu tular di media sosial berkenaan empat cef yang bekerja di sebuah restoran di Osaka Jepun mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana enggan bersubahat dengan pihak pengurusan yang dikatakan mempromosikan restoran dengan menghidangkan masakan halal untuk pelancong khususnya dari Malaysia.

Hari ini, akhbar Harian Metro melaporkan pihak JAKIM mengesahkan hanya mengiktiraf tujuh badan pensijilan HALAL di Jepun dan telah mengesahkan sajian di restoran berkenaan  SAH TIDAK HALAL.

Hafizee Ismail bersama tiga rakannya Megat Danial Aizat Megat Ariffin, Mohamad Rafael Faiq Mohd Jamaluddin dan  Mohd Shazuan Shafiq Mohd Hisham nekad berhenti kerja sebagai chef di restoren berkenaan dan pulang ke Malaysia Selasa lalu kerana enggan bersekongkol dengan pemilik restoren itu.

Mereka memaklumkan amat merasa bersalah kepada rakyat Malaysia yang pernah makan direstoran itu kerana tahu bahan yang disediakan dalam menu masakan seperti daging adalah tidak halal. Menurutnya, pemilik restoran terbabit mengakui tidak mempunyai Sijil HALAL yang diiktiraf JAKIM di Jepun. Malah pemilik restoran berkenaan juga mencetak sendiri "SIJIL HALAL". Restoran ini juga giat mempromosikan makanan halal di Osaka, Jepun.

Bahan yang digunakan untuk menu masakan HALAL
Gambar: Harian Metro
Kami mohon maaf kepada rakyat Malaysia beragama Islam yang pernah makan di restoran itu. Harapan kami tiada lagi Muslim Malaysia tertipu dengan promosi HALAL di situ kerana kami sendiri lihan dan tahu bahan yang diproses dari kilang bercampur dengan Babi.
Perkara ini terbongkar apabila anak muda ini bertemu dengan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di restoran itu minggu lalu dalam rangka lawatan mereka sempena promosi HALAL anjuran pemilik restoran terbabit. Mereka mendedahkan perkara sebenar kerana tidak mahu lagi rakyat Malaysia tertipu dengan promosi HALAL tersebut.

Sejak sebulan lalu mereka mencari jalan untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di Malaysia memandangkan restoran itu menjadi tumpuan pelancong tanahair. Restoran itu dimaklumkan menyediakan menu halal dan menawarkan kepada pelawat khususnya dari Malaysia bagi mendapatkan makanan halal tanpa was-was.

Gambar: Harian Metro


Menceritakan detik mengetahui perkara itu ketika mereka mengambil stok bahan mentah dari kilang di Kobe, mereka dapati daging yang dikatakan halal dicampur dengan daging babi dan dipotong menggunakan mesin yang sama. Setelah itu, mereka berjumpa pemilik restoran berkenaan berbangsa Arab dan beliau berjanji akan memastikan perkara itu tidak berulang dan akan 'sertu' mesin berkenaan untuk kegunaan restorannya tetapi tidak dilaksanakan. (Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya. 2. Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutlak dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali. 3.)

Hafizee Ismail menjadi cef direstoran itu semenjak dua tahun lalu manakala rakan-rakannya yang lain memulakan tugas di restoran berkenaan pada Oktober tahun lalu. Megat Danial memaklumkan, beliau ternampak kotak bahan yang mempunyai label tidak halal dihantar oleh pembekal dan berasa curiga kerana mereka dimaklumkan restoran itu  menyediakan makanan halal.

Apa yang menjadi kerisauan anak muda ini adalah, pemilik restoran berkenaan turut mempromosikan perniagaannya di Facebook dan antara restoran yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia yang datang melawat Osaka.


Setiap bulan restoran itu menerima pelanggan antara 1,500 hingga 2,600 orang mengikut musim dan bayangkan bagaimana rasa bersalahnya kami apabila menghidangkan makanan tidak halal kepada orang Muslim.

Anak muda ini berhasrat untuk memastikan tiada lagi rakyat Malaysia ditipu dan mereka tidak mahu bersubahat dengan pemilik restoran terbabit. Mencerita detik pertemuan dengan aktivis PPIM hujung bulan lalu ketika restoran tersebut mengadakan promosi halal khusus untuk Malaysia dan menceritakan perkara sebenar serta meminta bantuan. Sementara itu, aktivis PPIM Nadzim akan mengadakan perbincangan dengan JAKIM dalam masa terdekat 

Kita anggap isu ini serius kerana membabitkan soal halal dan restoran itu menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Saya ucap terima kasih kepada empat cef ini yang berani tampil biarpun terpaksa mencari kerja lain. PPIM juga ingin menasihatkan kepada warga Malaysia yang ingin mencari tempat makan halal di luar negara lebih berhati-hati agar tidak ditipu mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Bonda mengucapkan syabas kepada empat anak muda ini yang berani tampil menegakkan kebenaran. Diharap dengan pengakuan mereka ini dapat memupuk kesedaran kepada rakyat Malaysia. Pada mereka yang ingin melancong ke negara matahari terbit itu, diharap lebih berhati-hati.

Sumber: Harian Metro