7 Perkara Tentang "PENCEN" Terbitan Penjawat Awam Perlu Di Ketahui

"PENCEN" Terbitan Penjawat Awam



Sebelum pergi lebih jauh lagi, Bonda pasti ramai yang tidak mengetahui tetang Pencen Terbitan bagi Penjawat Awam. Mungkin hanya yang bekerja dengan kerajaan atau sektor awam sahaja tahu dan faham tentang ini. Untuk yang bukan bekerja dengan kerajaan, janganlah anggap ianya tidak penting pada anda untuk anda ambil tahu. Ianya mungkin bukan anda yang bekerja dengan kerajaan, mungkin adik beradik anda, ibu bapa anda, rakan-rakan anda atau juga pasangan anda. 

Jom kita ketahui apakah yang dimaksudkan dengan Pencen Terbitan. Mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Pencen Terbitan adalah tertakluk kepada KEDUDUKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PENCEN:

Faedah Persaraan Terbitan di peruntukan dalam semua undang-undang pencen di Malaysia. Kedudukan peruntukan tersebut dalam dua undang-undang pencen utama sektor awam adalah seperti berikut:
  • Ganjaran Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
  • Pencen Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 & 16 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)
  • Pencen Tanggungan di peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 20 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

7 Perkara Tentang "PENCEN" Terbitan 

Soalan 1
1. Adakah pencen boleh difaraidkan / diwasiatkan?

Jawapan
Tidak – pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan
(Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988))

Soalan 2
2. Adakah faedah persaraan boleh dicukaikan?

Jawapan
Ganjaran – tidak dicukaikan 
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan, sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan
(Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)

Soalan 3
3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?

Jawapan
Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 4
4. Penerima pencen dipenjarakan, adakah layak terima pencen?

Jawapan
Tidak – penerima pencen tidak layak menerima pencen sehinggalah mendapat pengampunan 
(Punca kuasa – Seksyen 21 Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 5
5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?

Jawapan
Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan GCR dan faedah perbuatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)

Soalan 6
6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?

Jawapan
Ya – tetapi hanya baki 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.
(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 7
7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?

Jawapan
Ya – bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama
(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))


Bagi yang ada ahli keluarga, pasangan yang bekerja dengan kerajaan, ambillah tahu serba sedikit tentang Pencen Terbitan ini. Ianya untuk mengelakkan pertikaian berlaku dikemudian hari apabila penerima pencen tersebut meninggal dunia. 

Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit pengetahuan bagi yang tidak mengetahuinya. 

Sumber: Perkongsian dari Group Whatsapp & Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)


Share this:

28 comments :

  1. Perkongsian yang bagus.. tak ramai yang tahu info nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benar..tidak ramai yang tahu tentang ini...malah apabila berlaku sesuatu musibah, waris tidak tahu apa yang hendak dilakukan.

      Delete
  2. perkara penting ni.
    patut diketahui oleh semua govt servant & family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aida...ramai yg masih xtaham tetang ini

      Delete
  3. Perkongsian yang bagus! Mungkin ramai tak ambik tahu atau oooo... baru tahu!
    Tapi kita laaa rugi tak keje dok rumah tak de pencen. Huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe nina...kot2 ada adik beradik yg ada kerja gomen..boleh share infor

      Delete
  4. Terima kasih diatas perkongsian ini. Memberi penjelasan teeperinci mengenai pencen

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Ayu...apa yang kita boleh kongsi untuk manfaat bersama kita share

      Delete
  5. Bagusnya info ni... mesti ramai yg cari. Dulu ayah kawin sgn step mum dalam 5 tahun selepas pencen. Pastu ingat dia boleh dpt pencen.. bila baca ni baru tahu ada had yer.. 20’tahun selepas pencen shj layak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul tu...ramai org igt berkahwin dengan org yg dh berpencen boleh menerima pencen sekiranya pesara berkenaan meninggal lebih awal...tetapi tidak sebenarnya...ada tempoh..

      Delete
  6. Untung sape yang ada pencen ni. Macam mak sis..arwah ayah dah meninggal lama, tapi mak masih dapat pencen sampailah mak pun meninggal..swkurang2nya ada lah jugak mak duit utk tampung kitaorg masa kecik2 dulu sb mak bukanya kerja, tu yg bagusnya pencen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...mmg untung siapa yang keje gomen ni...

      Delete
  7. Bagus penerangan dan perkongsian sebegini - insyaAllah akan membantu ramai yang keliru dan tidak tahu fakta berkenaan pencen. Thanks for the sharing ye.

    ReplyDelete
  8. Bagus ada informasi pasal pencen ni kak. At least yang tak tahu pasal pencen alert bab bab penting macam ni kan. Masih ramai yang tak tahu pasal pencen ni kak

    ReplyDelete
  9. Ohhh baru tahu pasal ni. Bagus juga ambik tahu kan pasal pencen. Kurang2 di masa hadapan tak ada la terpinga. Good sharing kak

    ReplyDelete
  10. Hehe bab pencen bagai ni memang emi tak tahu. Bila ada artikel macam ni, bagus la. Sangat membantu untuk kami yg tak tahu ni.

    ReplyDelete
  11. Kita xpernha tau pulak psl pencen sbb parents kerja swasta, tapi thank you ye Kak for sharing psl pencen ni, mana la tau nanti nak masuk keje government plak ke.

    ReplyDelete
  12. i think this is also why some opted to go for EPF instead of pension. but as #yourfinancedoctor, it's really up to individual, so long as they have consider all the pros and cons like you mentioned above.

    ReplyDelete
  13. walaupun kita bukan penjawat awam, kene ambil tau juga apa mkannya pencen penjawat awam ni..hehee..baru tau pasal ni..boleh share dengan kawan2

    ReplyDelete
  14. Wahhhhhh bonda kongsikan info ini, anyway..tak semua penjawat awam tahu isu pencen ini. Ramai lagi keliru dengan penggunaan pencen ini :D

    ReplyDelete
  15. Ooo banyak juga yang saya baru tahu... Bagus info ini dikongsi bersama.. at least orang google lepas ni ,boleh dapat tahu tentang pencen ni

    ReplyDelete
  16. Wahhhh banyak info baharu berkenaan pencen saya dapat hari nie. Selama nie cuma tahu gitu2 je. Dan tak tahu pulak banyak “pantang larang” nya. Memang masyuk lah ada duit pencen. Xde lah pesara hilang pendapatan begitu sahaja.

    ReplyDelete
  17. Thanks Kak Zayn share bende ni. Walaupun belum lagi bergelar sebagai penjawat awam. Atleast dpt info baru! Boleh share kt kawan2 nnti. hehehe

    ReplyDelete
  18. Artikel ni bagus dan wajib dibaca oleh semua penjawat awam atau sesiapa yang ada keluarga penjawat awam. Saya sebagai pekerja sendiri memang takda la merasa pencen hehe

    ReplyDelete
  19. Oh baru tahu, saya kene bagitahu dekat family members dan kawan lah, ramai kerja kerajaan tapi tak tahu info ni.

    ReplyDelete
  20. Oooo.. .Thanks for the explaination.. Kakak saya keja gov as doc tapi dia tak amik pencen.. But instead she opted for EPF scheme sbb from her calculations it will benefits her more. Maybe she has another thought of it. Well yes.. She's very calculative when it involved her savings..

    ReplyDelete
  21. it's really a great useful article about pencen... it's an eye opener article for many of us, know more knowledge..

    ReplyDelete

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq