"PENCEN" Terbitan Penjawat Awam


Sebelum pergi lebih jauh lagi, Bonda pasti ramai yang tidak mengetahui tetang Pencen Terbitan bagi Penjawat Awam. Mungkin hanya yang bekerja dengan kerajaan atau sektor awam sahaja tahu dan faham tentang ini. Untuk yang bukan bekerja dengan kerajaan, janganlah anggap ianya tidak penting pada anda untuk anda ambil tahu. Ianya mungkin bukan anda yang bekerja dengan kerajaan, mungkin adik beradik anda, ibu bapa anda, rakan-rakan anda atau juga pasangan anda. 




Jom kita ketahui apakah yang dimaksudkan dengan Pencen Terbitan. Mengikut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Pencen Terbitan adalah tertakluk kepada KEDUDUKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PENCEN;
Faedah Persaraan Terbitan di peruntukan dalam semua undang-undang pencen di Malaysia. Kedudukan peruntukan tersebut dalam dua undang-undang pencen utama sektor awam adalah seperti berikut:


·    Ganjaran Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

·     Pencen Terbitan diperuntukan di bawah Seksyen 14 & 15 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 15 & 16 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)


·      Pencen Tanggungan di peruntukan di bawah Seksyen 18 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 20 Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)




7 Perkara Tentang "PENCEN" Terbitan 

Soalan 1

1. Adakah pencen boleh difaraidkan / diwasiatkan?

Jawapan
Tidak – pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan
(Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988))

Soalan 2
2. Adakah faedah persaraan boleh dicukaikan?

Jawapan
Ganjaran – tidak dicukaikan 
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan, sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan
(Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)

Soalan 3
3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?

Jawapan
Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 4
4. Penerima pencen dipenjarakan, adakah layak terima pencen?

Jawapan
Tidak – penerima pencen tidak layak menerima pencen sehinggalah mendapat pengampunan 
(Punca kuasa – Seksyen 21 Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 5
5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?

Jawapan
Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan GCR dan faedah perbuatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)

Soalan 6
6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?

Jawapan
Ya – tetapi hanya baki 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.
(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))

Soalan 7
7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?

Jawapan
Ya – bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama
(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))


Bagi yang ada ahli keluarga, pasangan yang bekerja dengan kerajaan, ambillah tahu serba sedikit tentang Pencen Terbitan ini. Ianya untuk mengelakkan pertikaian berlaku dikemudian hari apabila penerima pencen tersebut meninggal dunia. 

Diharap perkongsian ini dapat memberi sedikit pengetahuan bagi yang tidak mengetahuinya. 

Sumber: Perkongsian dari Group Whatsapp & Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)