Review Film: PASKAL Filem Aksi Ketenteraan Malaysia Terbaik 2018 Setanding Filem Antarabangsa

PASKAL Filem Aksi Ketenteraan Malaysia Terbaik 2018



PASKAL...Filem ketenteraan Malaysia terbaik abad ini. Bonda pasti, ramai yang telah menonton filem ini dan sangat-sangat berpuas hati dengan jalan penceritaannya. Bonda adalah antara orang-orang terakhir yang pergi menonton filem ini. 

Dek kerana kesibukan sampai tidak punya waktu untuk menonton lebih awal. Teruja dengan komen dan review teman-teman yang telah pergi menonton lebih awal. Walaupun terlambat, Bonda dapat juga menonton filem ini. Walaupun terlewat untuk mengulas tentang kehebatan filem ini, Bonda tetap ingin melakukannya. 




10 Bintang Untuk PASKAL

Rating? Bonda bagi 10 Bintang!!...Tidak banyak filem ketenteraan Malaysia yang di tayangkan. JIka anda dibesarkan di era tahun 80an, pasti sinonim dengan filem Prebet Lapok filem ketenteraan komedi. Filem yang menarik dizaman era 80an.

2018 menyaksikan filem ketenteraan terbaik pada hemat Bonda. Jarang sekali Bonda menonton genre filem sebegini kerana tidak mampu melihat aksi ganas. Tetapi kali ini Bonda amat teruja dan seronok dengan jalan penceritaannya.

Setaraf Filem Antarabangsa

Filem aksi yang mempamerkan keberanian dan semangat kenegaraan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Filem ini bagi Bonda setaraf filem Antarabangsa! Babak-babak yang dilakonkan adalah penuh dengan aksi cemas, sedih, gembira yang dilakonkan dengan baik sekali oleh pelakon-pelakon hebat.

Filem ini memperlihatkan bagaimana pengorbanan seorang anggota tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga memberikan penonton satu pengajaran berkenaan semangat berpasukan dan juga pengkhianatan terhadap pasukan yang berlaku dikalangan anggota terlibat apabila matlamat tidak tercapai. 

Filem yang berdurasi selama 1 jam 55 minit ini penuh dengan aksi-aksi yang tidak seminitpun Bonda tertingal plot jalan ceritanya. Ini kerana garapan penceritaan terlalu mendalam dan bermakna. Penjiwaan watak-watak yang dilakonkan juga amat berkesan. Setiap pelakon hebat ini berjaya membawakan watak mereka dengan baik.




Berdasarkan Kisah Benar

Jika selama ini kita tidak pernah tahu siapakah tulang belakang didalam pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia yang menyelesaikan kes-kes jenayah lanun yang berlaku dilautan, Pasukan Khas Laut atau dikenali sebagai PASKAL adalah pasukannya. Kini kita amat berbangga dengan kejayaan dan pencaian kumpulan ini menjaga perairan Malaysia. Sudah pasti filem ini diinspirasikan dari kisah benar kejayaan pasukan ini dalam mempertahankan perairan negara kita. 

Filem yang diarahkan oleh pengarah dan penerbit muda Andrian Teh dibintangi oleh pelakon hebat Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Gambit Saifullah, Taufik Hanafi, Hafizul Kamal dan ramai lagi bakat besar yang berjaya membawakan watak dengan baik. Filem ini telah diinspirasikan dari kisah sebenar sepasukan anggota unit elit PASKAL dalam misi merampas semula kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.



Raih RM2juga Kutipan Hari Pembukaan

Hari pembukaan sahaja menyaksikan filem ini meraih pendapatan sebanyak RM2juta!  Filem yang telah ditayangkan pada 27 September 2018 ini, hanya 18 hari tayangan, filem ini berjaya meraih RM22juta turut ditayangkan di Singapura, Turki dan Brunei. Filem ini menjadi filem ketiga tertinggi jumlah kutipannya sebanyak RM30juta.



Menonton Lebih Dari Sekali

Menerusi posting rakan-rakan di media sosial, ramai yang mengakui menonton filem ini lebih dari sekali. Termasuk juga ahli keluarga Bonda. Dek kerana ingin menemankan Bonda yang ketinggalan ini, maka ahli keluarga Bonda bersedia menonton untuk kali kedua kerana mereka berkata "inilah filem ketenteraan terbaik Malaysia. Ianya lain dari filem-filem yang ada di pawagam!"

Filem ini memperlihatkan latihan ketenteraan yang sebenar yang kita semua tidak ketahui. Malah tidak terjangkau difikiran kita kemampuan dan semangat anggota PASKAL ini menyertai latihan ketenteraan yang benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal.



Sinopsis

Filem ini mengisahkan Left Komander Arman anggota pasukan PASKAL (TLDM) berniat untuk berhenti kerja kerana rakannya telah terkorban dan diberhentikan. Arman bagaimanapun terhimpit dengan misi terakhir yang perlu dilaksanakan iaitu misi merampas kembali kapal Dagang MV Bunga Laurel yang telah dirampas oleh lanun Somalia di Teluk Aden. Disamping itu, ibunya juga tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya telah terkorban ketika menjadi anggota PASKAL. 

Tajuk: PASKAL THE MOVIE
Genre: Aksi
Pengarah: Andrian Teh
Produksi : Asia Tropical Films Sdn Bhd
Pelakon : Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Nam Ron, Amerul Affendi, Sherry Aljeffri, Dato Sri Eizlan Yusof, Tiger Chen Hu, Steve Yap, Fabian Loo




Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengarah dan team produksi yang berjaya membawakan sebuah filem ketenteraan bertaraf antarabangsa. Filem yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Filem yang meninggalkan memori yang mendalam pada yang menontonnya. 

SYABASS PASKAL!!



32 comments:

  1. bagus citer ni.
    sedih.
    geram.
    berani.
    semangat kenegaraan tu yg penting.
    berkorban keluarga utk negara.
    tak mudah. keluarga kena redha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...dlm banyak2 filem, bonda rasa ini paling best jln penceritaannya

      Delete
    2. citer nyer tak streotaip.
      moreover, dari kisah benar.
      tu yg best.

      Delete
  2. tak tengok2 lagi citer ni hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti netflix akan ada...bonda pn rasa nk ulang lagi

      Delete
  3. Anak gi tengok citer ni anjuran sekolah lepas tu ada beberapa pelakon paskal datang. Best la bebudak sekolah selfie dengan abang Paskal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh mesti seronok dpt jumpa pelakon paskal...mesti jadi inspirasi pada anak2 nk jadi mcm team paskal jgk

      Delete
  4. memang best paskal ni. airah tengok sekali je. nak tengok kali kedua tapi asyik busy tak ada masa. ramai jugak yang tak tengok lagi cerita ni walaupun kutipan filem ni wow sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...mmg best sgt filem ni....Bonda bukanlah penggemar cerita perang2 ni...tp cerita ni bnyak pengajarannya

      Delete
  5. tak pernah tengok cerita ni, cuma banyak baca review je. CNY ni harap boleh bawa Papa pergi tengok wayang kat kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti panjang boleh laa pergi bawa papa chris tgk wayang...

      Delete
  6. long time didnt go for movies glad you sharing here. I am sure it's an interesting movie to watch, soldiers movie my kids like to watch. Yeah CNY soon can plan to go for movie date too with family and friends.

    ReplyDelete
  7. Teringin nak tengok. Haritu suami ada download ke apa ntah. Dia ada pelawa suh tengok. Tapi kita pulak takde mood sebab risau nak operate.
    Nanti nak tengok la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe boleh tgk nanti mimie....tp mmg best filem ni...Bonda rekomen

      Delete
  8. I haven't watch this movie yet. But heard lot of good reviews about it. Will watch it soon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess...this is nice movie...Malaysian action movie..

      Delete
  9. Ai Paskal ni rasa dah lama dah habis tayang kat pawagam pun baru baca review kat sini heheheheh tapi mungkin raya tahun ni atau hari kemerdekaan negara tahun ni filem ini akan di tayangkan kat tv lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...mmg dh lama habis dh maha...baru ni laa ada kesempatan nk menulisnya sbb filem best sgt...rasa nk share gak experience Bonda...lambat pn xpe

      Delete
  10. Liez memang nak g tgk hari tu tapi dugaan kalau ada nak kecik ni..takboleh duduk diam..memang taKde rezeki tengok dekat wayang.. harap tgk dekat astro 1stje.. best jugak jalan ceritanya..filem2 action macam ni mmg seronok tgk..

    ReplyDelete
  11. Sis lagi le..belum tengok tengok sampai swkarang. Orang kata best. Nampak gaya kena tengok gak ni..

    ReplyDelete
  12. PASKAL mmg one of the best. On its on league betul. Kitorang husband wife lama tak tgk wayang tp mmg anniversary gi wayang berdua. Last year kitorang pilih movie ni la. Mmg x menyesal pilih Paskal jadi pilihan tgk wayang setahun sekali ni.

    ReplyDelete
  13. Saya tengok kat wayang dah toga kali Kat rumah berkali kali. Hahaha tak lermah jemu tengok paskal .Banyak dah tenfpk filem ketenteraan tapi filem paskal memang yang paling best dan terbaik .Tak jemu tengok berulang kali

    ReplyDelete
  14. Antara cerita melayu yang best. Sangat rekomen pada masyarakat malaysia utk menontonnya. Blh menanam semangat patriotik

    ReplyDelete
  15. wa the PASKAL movie seems so interesting. I have not watch it yet. I want to go watch it in coming holiday hehe. the artists macam leng chai wei haha

    ReplyDelete
  16. Setuju sgt Paskal dinobatkan sbg filem terbaik. 2,3 kali tgk pun tak bosan filem ni

    ReplyDelete
  17. PASKAL memang layak dinobatkan sebagai filem terbaik - sungguh menunjukkan semangat patriotisme yang wajib ada dalam setiap diri kita. Chaiyok PASKAL!

    ReplyDelete
  18. Ini adalah filem terbaik Malaysia yang ruby tonton setelah beberapa lama sibuk melayan filem omputeh dan tamil. Hehehe. Memang terbaik tengok cinematography filem ni. Kualiti video mereka pun jelas setiap babak. I like!

    ReplyDelete
  19. Dek kerana kekangan masa n kerja AM masih belum berpeluang nak tgk filem PASKAL nie.. Jeles tgk sebab ramai yg berpeluang menonton.. Harap AM xtertgglan sgt ke belakang..

    ReplyDelete
  20. blm tgk lagi movie ni sampai sekarang. byk org ckp best.

    ReplyDelete
  21. Sayangnya saya belum sempat untuk menonton filem ini...huhuhu

    ReplyDelete
  22. wow is that really that good? too bad i have not got the chance to watch it yet. hopefully they are still in the cinema.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.