Cabut Gigi? Antara Trauma, Takut Atau Berani? Jom Ikuti Kisah Bonda Chanteq Cabut Gigi Di Klinik Pergigian UiTM Sg Buloh

Pengalaman Cabut Gigi Bersama Dr Fais Di Klinik Pakar Pegigian Komprehensif UiTM Sg Buloh




Penjagaan gigi adalah temasuk didalam salah satu gaya hidup manusia dimana ianya adalah penting bagi setiap individu. Bila terasa sakit gigi terutamanya jika disebabkan gigi berlubang apa yang terfikir didalam kotak fikiran kita adalah "cabut gigi". Sebelum itu, ramaikah diantara kita yang akan ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan pergigian bagi menjaga gigi kita? Bonda pasti, ramai dikalangan kita jika tidak benar-benar sakit gigi, kita tidak akan ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan penjagaan awal seperti 'scalling'. Kita akan biarkan sahaja 'karies' beranak pinak di gigi kita. 

Jika diimbas kembali, semasa kita di sekolah rendah setiap beberapa bulan akan ada 'misi' datang ke sekolah untuk check gigi kita. Ketika itu, hampir kesemua kita ketakutan bila 'misi' sampai bersama alatan-alatan pergigian. Betulkan? Bukan kita sahaja yang macam tu, anak-anak kecil kita yang bersekolah juga melalui fasa yang sama seperti kita. Masa inilah kita akan memujuk anak kecil kita supaya jangan takut. (Walhal sebenarnya mak masa kecilpun sama penakut bila misi datang sekolah).

Entry kali Bonda bawakan anda pengalaman cabut gigi yang sudah berbulan-bulan bermasalah kiranya. Nak tahu klinik mana yang menjadi pilihan hati Bonda untuk cabut gigi? Sudah pastinya Klinik / Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh. Kenapa pilih UiTM? Sebab "UiTM Dihatiku"...hahahha...

Jom ikuti prosedur yang perlu Bonda jalani sebelum cabutan dibuat. Sebelum prosedur dijalankan, alatan-alatan mestilah dipastikan telah di 'sterilize' terlebih dahulu dan bebas kuman. Gambar dibawah adalah alatan-alatan untuk mencabut gigi yang akan digunakan. Takutkan?...hahahaha...Seram bila tengok alatan ni...macam-macam saiz ada. Sebelum itu Bonda nak kenalkan doktor yang merawat Bonda iaitu Dr Fais Nasaruddin. 



Sebelum doktor nak cabut gigi graham yang berlubang dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi, maka Dr Fais memberi penerangan cabutan perlu dibuat kerana jika tidak dicabut, Bonda akan menanggung kesakitan. Berbulan-bulan Bonda merana menanggung kesakitan yang amat sangat. Menurut Dr Fais, gigi graham Bonda sudah dijangkiti kuman dan telah bernanah. Sebelum mendapatkan rawatan ini, Bonda terlebih dahulu ke klinik biasa mengambil antibiotik bagi membunuh kuman dan menghilangkan nanah berkenaan. Sekarang, nanah itu telahpun hilang. Jadi cabutan boleh dibuat. 


Menurut Doktor lagi, ketika sakit dan kita tengah makan antibiotik, cabutan tidak akan dibuat ini kerana, ubat pelali tidak akan berfungsi. Jika cabutan dibuat juga ianya seperti mencabut gigi hidup-hidup tanpa 'bius'. Jadi, jika anda mengalami masalah gigi berlubang dan hukumnya untuk dicabut dan ketika itu anda sedang kesakitan akibat 'infection', perlu dirawat jangkitan kuman terlebih dahulu. Setelah benar-benar baik, barulah cabutan akan dibuat. Ok lets forward to the procedure.


1. Suntikan Ubat Pelali / Bius

Nak cerita pasal ubat pelali atau bius yang disuntik kepada Bonda. Bahagian ini adalah yang paling penting. Jika bius yang digunakan tidak sesuai, kemungkinan cabutan ini tidak dapat diteruskan. Kerana Ubat pelali yang digunakan adalah jenis 'high dose'. Kenapa 'high dose?' Kisahnya begini. Bonda mempunyai masalah saraf yang sangat sensitif kepada kesakitan. Ianya juga memberi kesan kepada saraf yang membuatkan menjadi gusi kebas yang lambat befungsi. Kenapa begitu? Tiada jawapan. Dalam sejuta manusia, kes seperti bonda hanya 1%-2%. 

Jika manusia normal selepas disuntik hanya mengambil masa seminit untuk kebas, tetapi tidak Bonda. Jika manusia biasa hanya dengan 1/2 tube sahaja gusi telah kebas tetapi tidak Bonda. Bonda memerlukan lebih kurang 2-3 tube bius "high dose" untuk memerlukan gusi Bonda benar-benar kebas dan mengambil masa lebih kurang 5-10 minit untuk ubat bius berkenaan bertindak balas. Scarrykan?

Tetapi kali ini alhamdulillah Doktor hanya menggunakan 1 tube penuh + 1/2 tube ubat bius untuk suntikan ini. Doktor dah standby 3 tube "high dose" ubat bius. Syukur juga cabutan kali ini tidak mempunyai masalah seperti cabutan yang lepas-lepas. Selepas 5-10 minit, Gusi sudahpun mula kebas. Sakitkah masa injection? Of course sakit. Sebabnya saraf bonda amat sensitif. 

Jikalau manusia biasa mendapat luka atau cedera, mereka akan merasa sakit, kesakitan itu Bonda akan rasai 3-4 kali ganda. Bonda mengalami sakit yang teramat sangat. Sebab itulah, untuk perkhidmatan cabutan gigi ni, seorang Doktor pakar dari Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh yang juga seorang Pensyarah Pergigian iaitu Doktor Fais yang merawat Bonda sejak hampir 10 tahun yang lepas bersedia mengambil kes Bonda ini. Bonda juga memilih untuk tidak menukar Doktor kerana beliau telah begitu memahami masalah saraf yang Bonda alami. 




2. Proses Melonggarkan Gigi

Setelah ubat bius sudah menjalankan peranannya untuk kebaskan gusi setelah mengambil masa lebih kurang 5-10 minit, Proses "melonggarkan" gigi tersebut daripada gusi. Seperti yang kita sedia maklum, gigi punyai akar dan kedudukannya dialam gusi yang mempunyai berbagai-bagai saraf yang mengikat gigi tersebut. Maka gigi tersebut perlu dilonggarkan sebelum cabutan dibuat.


Proses melonggarkan gigi berkenaan mengambil masa dalam 10-15 minit. Setelah betul-betul "longgar", barulah proses cabutan dilakukan. Rasanyaa?...hahahhaa...takut, seram semua ada. Namapun cabut gigikan. Tapi sebenarnya kita tidak perlu takutpun untuk cabut gigi. Yang kita takutkan adalah kesakitan yang akan kita alami. Itu sahaja.





Prosess melonggarkan gigi dari gusi ni menggunakan "tools" khas seperti pencangkuk. Ada 5 Saiz alatan yang digunakan untuk melonggarkan gigi Bonda (tools diluar tray) . Masa ni tak adalah rasa apa sebab ubat bius masih lagi berfungsi.




3. Proses Cabutan 

Setelah gigi graham yang nk dicabut sudahpun "longgar", maka Doktor memulakan proses cabutan. Oleh kerana graham ini telah hilang separuh dari struktur giginya, maka ianya sedikit sukar untuk proses cabutan dilakukan.

Setelah hampir 15 minit usaha menanggalkan gigi berkenaan akhirnya menemui kejayaan!!...haaa masa ni Bonda rasa hilang semua azab dan kesakitan yang berbulan-bulan ditanggung. Rasa dapat kehidupan semula yang berbulan dah hilang....hahahhaha..

Jka disebut bab sakit gigi ni, memang tiada siapapun yang "willing" ke klinik gigi untuk rawatan penjagaa jika tidak mengalami sakit yang tidak boleh ditahan. Kerana itulah, Bonda telah berikan pendedahan kepada anak dan anak-anak saudara berkenaan membuat rawatan pergigian dan penjagaan gigi. Kerana kita memang dari kecil "diomokkan" dan "ditakutkan" berkenaan cabut gigi.

Jika kita perhatikan, tidak ramai dalam masyarakat kita yang prihatin terhadap penjagaan gigi. Ianya adalah salah satu "lifestyle" kita sebenarnya. Lebih kepada kesedaran bertapa pentingnya penjagaan gigi didalam kehidupan.


Untuk cabutan kali ini, Doktor Fais dibantu oleh Doktor Hafiza pelajar postgradnya yang telah menamatkan pengajian MASTER Pergigian. Ianya juga sebagai salah satu latihan kepada beliau untuk kes-kes terpencil seperti Bonda. Memang sangat jarang kes seperti Bonda ini berlaku. Maka, cara pengendaliannya juga berbeza sedikit dari kes biasa. 





Inilah gigi graham Bonda yang berjaya dicabut. Hahahaha...Teruk sungguh keadaannya.
Menurut Dr Fais, ianya sudah tidak boleh diselamatkan lagi dan perlu dicabut.

Berakhirlah penderitaan Bonda selama beberapa bulan ini

4. Penjagaan Selepas Cabutan

Memandangkan proses penyembuhan bagi Bonda tidak seperti orang lain, maka Bonda haruslah lebih berhati-hati. Jika tidak, proses penyembuhan akan melalui saat yang sukar, Maka Bonda memilih untuk menu bubur dan juga ikan bilis goreng yang ditumbuk halus. 

Alhamdulillah cabutan kali ini tidak memerlukan jahitan. Walaupun kesakitannya selepas habis ubat bius agak terasa, tetapi Bonda telah bersedia dengan ubat tahan sakit agar sakitnya tidak berpanjangan. 

Untuk beberapa hari selepas cabutan dibuat, Bonda hanya makan bubur sahaja. Tips untuk yang mencabut gigi elakkan makan ayam atau daging semasa dalam "pantang" kerana ianya mengangkut "bisa". Pada sesetengah orang yang "alah" ayam dan daging seperti Bonda pasti akan merana kesakitaan. 

Atas nasihat Doktor Fais, paling mudah untuk merawat kesat cabutan gigi adalah dengan makan "aiskrim". Ianya akan mengecutkan saraf dan memberhentikan darah. Maka, ianya adalah rawatan "rumah" yang terbaik.







Klinik Pakar Rawatan Komprehensif UiTM Sg Buloh

Tempat Menunggun yang selesa


8 Sebab Bonda pilih UiTM dan tidak klinik lain. 

1. Bonda adalah anak didik UiTM, mestilah pilih yang terbaik...hahahha..
2. Mesra pelanggan
3. Kakitangan yang baik-baik, comel-comel, handsome-handsome belaka
4. Consultancy yang jelas dan puas hati
5. Rawatan yang komprehensif
6. Caj rawatan yang sangat minima dan berpatutan
7. Pelanggan diberi pilihan samada untuk mendapatkan rawatan berbayar atau percuma (yang ini Bonda akan ceritakan didalam Entry Pengalaman Pemakaian Braces Bersama Luqman Hakeem)
8. Layanan Ekslusif




Dr Mohd Fais bin Nasruddin

Jom kenali siapakah Doktor Fais yang merawat Bonda Chanteq.

Nama sebenar adalah Dr Mohd Fais Bin Nasaruddin. Beliau telah berkhidmat didalam sektor pergigian selama 11 tahun, 2 tahun berasama Kementerian Kesiahatan Malaysia dan 9 tahun bersama Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau ketika ini berkhidmat bersama Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan Pergigian Komprehensif (DUG 54). Beliau mempunyai Pendidikan BDS, University Malaya, PhD in restorative dentistry UCC, Ireland. Kepakaran Utama beliau- CAD/CAM dentistry.




Jikalau anda nak tahu, Dr Fais telah merawat Bonda dan keluarga selama hampir 10 tahun. Jadi Bonda memang amat berpuas hati dengan rawatan beliau kerana beliau selalu sahaja memberikan pendapat yang terbaik dan solusi yang patut untuk menangani masalah gigi kami sekeluarga. Beliau juga seorang yang sangat-sangat peramah, baik hati dan suka membantu sekiranya Bonda memerlukan pertolongan bila gigi bermasalah.



Dalam gambar diatas, Dr fais telah memberi peluang kepada anak Bonda untuk merasai pengalaman sebagai pembantu Doktor Pergigian. Satu pendedahan yang tidak pernah lagi anak Bonda dapat dan ianya adalah peluang yang tidak ada selalu. Sambil itu, Dr Fais menerangkan tentang apa yang perlu dibuat, apa permasalahan yang ada kepada anak sebgai pengetahuan beliau. Jadi Bonda amat berterima kasih kepada Dr Fais yang banyak membantu Bonda sekeluarga dalam berdepan dengan masalah pergigian.

Anda yang ingin mendapatkan rawatan pergigian di Klinik Pergigian UiTM Sg Buloh bolehlah datang ke Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh. Pelbagai rawatan disediakan dari peringkat umor kanak-kanak hingga dewasa.

Untuk ketrangan lanjut boleh hubungi:-

Faculty of Dentistry
UiTM Sungai Buloh Campus
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 6126 (ext : 6100/6653/6671/6108)


Tahniah Dr Fais, Tahniah UiTM!!



Share this:

Post a Comment

 
Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq