SARJAN KZ PEGAWAI PENYIASAT SELESAI

 KES VIRAL FB

Sarjan Kamarudin Zakaria (KZ) Balai Campbell Seremban

Tahniah PDRM!!... Tahniah Sarjan Kamarudin Zakaria (KZ) dari Balai Polis Campbell Seremban Negeri Sembilan berjaya menyelesaikan kes beberapa hari lalu yang kemudiannya Viral di FB mangsa. Tindakan pantas pihak PDRM memanggil pelaku kebalai setelah menerima laporan dan mengambil keterangan dari mangsa sangat-sangat dihargai. Kecekapan pihak PDRM tidak dapat disangkalkan.

Kini, kes berkenaan telah selesai sepenuhnya dengan mendapat kerjasama dari pelaku dan mangsa. Mangsa telah memberi keterangan penuh berkenaan kejadian tempohari dan kemudiannya pelaku telah dipanggil ke balai polis Jalan Campbell Seremban untuk dirakam percakapannya.

Pada hari kejadian, 7 Februari 2019 mangsa telah datang ke balai polis membuat laporan berkenaan pelaku yang telah mengekori kenderaan beliau ke taman kediaman semasa perjalanan pulang kerumah. Kenderaan tersebut dipandu oleh adik angkat bersama adik ipar mangsa. Kejadian berlaku setelah adik-adik beliau tersilap simpang dan memasuki simpang dirumah kediaman pelaku. Ketika membuat pusingan, pelaku telah mengekori kenderaan beliau. Berlaku sedikit kekecohan apabila pelaku telah meminta kad pengenalan mangsa dan mengatakan kenderaan beliau telah dua hari "usha" atau kelihatan berlegar-legar dirumah pelaku. 

Ketika kekecohan berlaku, mangsa telah menelifon pihak polis untuk meminta bantuan. PDRM sememangnya cekap dan pantas. Dalam lingkungan 10 - 15 minit sebuah kereta peronda (MPV) bersama 2 anggota telah sampai untuk membantu menyelesaikan masalah. Mangsa mengambil keputusan untuk membuat laporan kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Ini kerana dakwaan pelaku berkenaan 2 hari kenderaan mangsa berlegar-legar di kediamanya adalah tidak benar kerana mangsa sedang bercuti diluar daerah dan tidak berada ditempat kejadian pada tarikh yang diperkatakan. 

Setelah merekodkan percakapan mangsa, Sarjan Kamarudin Zakaria atau lebih dikenali dengan panggil Sarjan KZ, telah memanggil pelaku untuk datang ke Balai Polis bagi memberi keterangan berkenaan kes ini.

Kes ini telah selesai sepenuhnya apabila pelaku telah mengakui kesilapannya kerana membuat tindakan melulu dengan mengekori kenderaan mangsa apabila mengesyakki kenderaan yang mencurigakan. Pelaku juga mengakui kesilapannya kerana meminta kad pengenalan mangsa dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Manakala mangsa pula telah dinasihatkan untuk memadamkan isu yang menjadi Viral di FB beliau demi menjaga kepentingan semua pihak. Mangsa juga berpuas hati apabila keselamatan beliau terjamin.

Tips apabila kenderaan anda diekori / melihat kenderaan mencurigakan

1. Jangan panik.
2. Terus telifon pihak PDRM dan memberikan butiran lanjut.
3. Jangan buat tindakan sendiri 
4. Terus memandu ketempat selamat sehingga Pihak Polis sampai.
5. Jika melihat kenderaan mencurigakan, terus hubungi pihak polis. Jangan buat tindakan melulu.

Nasihat Sarjan KZ kepada orang awam, hubungilah PDRM jika berlaku sebarang kecemasan. Jangan sekali-kali mengambil tindakan sendiri kerana ia amat berbahaya bagi orang awam, 

PEGAWAI YANG DIBERI KUASA MEMEGANG ATAU MENYIMPAN KAD PENGENALAN ORANG LAIN

Memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah menjadi satu kesalahan, kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.


Gambar: FB Polis Diraja Malaysia

Bonda ucapkan Syabas kepada PDRM!!...Syabass Sarjan Kamarudin Zakaria (KZ) yang berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh singkat. Diharap dimasa akan datang bersama-samalah kita menjaga keselamatan diri. Jika berlaku kecurigaan, ketakutan atau apa-apa yang melibatkan pihak ketiga, cepat-cepat telifon Polis!!...Jangan buat tindakan sendiri. Ianya amat berbahaya kepada diri kita.

Dannnn....Jangan sesekali meminta kad pengenalan pihak ketiga. Ianya satu kesalahan. Anda boleh didakwa.


Terima kasih Sarjan KZ!!


Ketua Balai: ASP Syed Muhd Noor Bin Syed Mahmood.
Balai Polis Seremban
 Polis Diraja Malaysia
 Jalan Cambell, 70200
 Seremban, Negeri
 Sembilan

06-603 3477