AME 2019: Khai Bahar, Siti Nordiana Ungguli Top Top MeleTOP ERA 2019

Tahniah Khai Bahar & Siti Nordina!!


Anugerah Top Top MeleTOP milik Khai Bahar dan Siti Noordiana
Gambar: Kosmo



Malam tadi telah berlangsungnya acara Anugerah Meletop Era 2019 yang telah menyaksikan lakaran sejarah buat pemenang-pemenang!!.. 

Anugerah yang paling paling berprestej ini bagi menghargai bakat insan seni tanah air yang sangat dinanti-nantikan telah telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi. Anugerah utama telah dimiliki oleh selebriti yanng semakin popular iaitu Khai Bahar dan Siti Nordiana masing-masing merangkul anugerah utama Top Top MeleTOP Era 2019 dengan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.00 berserta trofi.

Anugerah ini dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan juga Neelofa. Acara ini tambah berseri dengan persembahan artis-artis hebat seperti Ella, Sufian Suhaimi, Heal Husaini, Misha Omar, Syafiq Farhain dan ramai lagi.

Manakala acara penutup diserikan dengan kehadiran kumpulan Exist yang telah membuat "reunion" dengan semua anggota asal kumpulan tersebut.


AME 2019 kali ini meraikan ikon dangdut M. Daud Kilau sebagai pemenang Anugerah Khas MeleTOP!.


SENARAI PENUH PEMENANG AME 2019:
1. Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar
2. Top Top MeleTOP Wanita: Siti Nordiana
3. Fesyen MeleTOP: Syafiq Kyle
4. Artis Baharu MeleTOP: Eyra Hazali
5. Couple MeleTOP: Nur Fazura dan Fattah Amin
6. Si Cilik MeleTOP: Yusoff Al Qardawi
7. Program Radio MeleTOP: Johara Pagi Era
8. Grup/Duo MeleTOP: Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah
9. Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
10. Lagu MeleTOP: Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
11. Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
12. Drama TV MeleTOP: Lelaki Kiriman Tuhan
13. Hos MeleTOP: Siti Nordiana
14. Artis Lawak MeleTOP: Jep Sepahtu
15. Pelakon TV MeleTOP: Syafiq Kyle
16. Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle
17. Filem MeleTOP: Munafik 2
18. Penyampai Radio MeleTOP: Johan
Bonda ucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang AME 2019!


    Share this:

    Post a Comment

     
    Designed By OddThemes and Gooyaabi Templates | Copyright ® Bonda Chanteq