Header Ads

Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ke 2 Akan Dikreditkan Bermula Selasa 28 Mei 2019

Bantuan Sara Hidup (BSH) akan di bayar kedalam akaun penerima bermula Selasa 28 Mei 2019




Berita baik bagi penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2019. Bayaran fasa kedua BHS akan dikreditkan ke akaun penerima pada Selasa 28 Mei 2019. Ianya berita yang mengembirakan kepada penerima yang akan menyambut Aidilfitri tidak beberapa hari lagi. 






Dibawah program BSH 2019 ini, 3 kategori penerima BSH telah mendapat bantuan iaitu:

1.  Pendapatan isi rumah kurang dari RM2,000.00 layak menerima bantuan RM1,000.00;

2. Pendapatan isi rumah bermula RM2,001.00 sehingga RM3,000.00 layak menerima bantuan sebanyak RM700.00.
3.  Pendatapan isi rumah RM3001.00 sehingga RM4,000.00 layak menerima bantuan RM500.00.

Bagi kategori berkenaan, kerajaan juga akan memberikan RM120.00 untuk setiap kanak-kanak dibawah umur 18 tahun, terhad kepada empat orang ank bagi satu keluarga.


Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon akan dilakukan secara automatik oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akaun pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019.





Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataan media bertarikh 24 Mei 2019 menyebut;


Pembayaran fasa kedua ini akan melibatkan hampir 3.6 juta penerima BSH dengan anggara peruntukan sebanya RM1.42 Billion. Kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima BSH yang berumur 18 tahun kebawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.
Beliau juga menyatakan bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019. Dengan adanya proses rayuan ini, sebahgian daripada yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan brserta dokumen yang berkaitan untuk diverifikasi semula oleh LHDN.  



Minggu lalu, penjawat awam Grade 56 kebawah telah menerima dan menikmati Bantuan Khas Hari Raya 2019 sebanyak RN450.00 manakala pesara kerajaan menerima RM225.00 yang telah dibayar Jumaat 24 Mei 2019. Bonda mengucapkan syabas kepada kerajaan yang prihatin kepada rakyat yang akan menyambut Aidilfitri 10 hari lagi. 


Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol:
1-800-88-2747 atau
email kepada: bhs@treasury.gov.my






6 comments:

  1. Alhamdulillah.. Bolehlah membantu mereka yang memerlukan.. Tambah nak raya nie..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah rezeki ramadan dan persiapan menyambut Aidil fitri

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah pada yg layak menerima tapi ramai juga yg kategori layak masih belum terima. masih ke sana sini check di kaunter bank dgn org ramai giler. moga dipermudahkan urusan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn..semoga dipermudahkan semua urusan nya

      Delete

Powered by Blogger.