Berita yang diumumkan oleh kerajaan pada 16 Mei 2019 yang lalu benar-benar memberi satu kelegaan buat penjawat awam yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. Pada pengumuman tersebut, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450.00 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam bagi Gred 56 dan kebawah sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

Manakala bagi persara kerajaan juga akan menerima habuan sebanyak RM225.00 sebagai bantuan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi. Ianya melibatkan lebih 800 ribu pesara kerajaan yang telah menabur bakti kepada negara.

Menurut kenyataan akhbar dari Pejabat Perdana Menteri itu, bayaran Bantuan Khas Hari Raya ini akan dibuat pada 24 Mei 2019 iaitu hari ini kepada semua penjawat awam dan juga pesara. Dihari Jumaat yang mulia ini, ramai penjawat awam akan bergembira menerima bantuan kewangan ini yang sedikit sebanyak akan mengurankan beban dalam membuat persediaan sempena Aidilfitri yang hanya tinggal lebih kurang 12 hari sahaja lagi.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan ini melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanya RM855 juta. Pemberian ini diberikan selepas Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan  menghantar surat kepada Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan berhubung isu ini dan berharap kerajaan dapat memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.