Header Ads

Fenomena Kedai RM2 ECO Shop Menjadi Kegilaan Rakyat Malaysia Masa Kini



Sebut saja kedai RM2, siapa yang tidak tahu? Bonda pasti semua rakyat Malaysia sememangnya cukup mengenali kedai yang berwarna merah ini. Ianya lebih popular berbandai kedai-kedai RM2 yang lain. Siapa yang tidak teruja bila masuk ke kedai ECO Shop ni.




Ramai yang mengatakan kedai ni berhantu. Betul ke? Mana tidak berhantunya kalau masuk tidak sah jika tidak membeli walau 1 barang. Tetapi rasanya tidak ada pelanggan yang masuk ke kedai ECO Shop ni membeli hanya 1 barang. Betul tidak pembaca sekalian?

Jikalau Bonda tanyakan pada pembaca blog ini, pasti ramai yang setuju dengan pendapat Bonda. Memang kedai ni 'berhantu' kerana bila masuk saja, ramai yang lupa matlamat dan tujuan asal barangan apa yang hendak dibeli.










Belanja RM50 hampir penuh satu troly. Berbanding jika berbelanja di supermarket lain pasti lebih mahal harganya. Jadi tidak mustahil kedai ini ramai pengunjungnya tidak kira samada awal, pertengahan dan hujung bulan. 






Jika pada awalnya hendak membeli mungkin 5 barangan yang dianggarkan hanya RM10.50, pasti akan terlajak menjadi RM50.00 ataupn RM100.00. Dari barangan yang hendak dibeli hanya 1 bakul, pasti akan terlajak berbakul-bakul. Haaa sebab itulah ramai yang cakap kedai ni berhantu. Terutama kaum wanita yang masuk kedalam kedai ni. Dari estimate time 1/2 jam terlajak berjam-jam sebab asyik memilih barangan mampu milik ini.




Yelah, dizaman ekonomi yang tidak begitu baik ini, wajiblah kita berjimat cermat. Jika ada kedai yang menawarkan harga mampu milik oleh golongan pertengahan dan bawahan ini, mengapa tidak kita berjimat cara begini. Tahniah kepada pemilik kedai ini kerana mampu membantu masalah rakyat Malaysia yang sedang bedepan dengan peningkatan kos sara hidup di negara ini. Benda boleh beli murah kenapa nak beli yang mahal. Betul tak? Sedar tak sedar kelmarin 4 bakul borong barangan. Penuh satu troly. 






Bonda lebih memilih untuk membeli barangan rumah di kedai ECO Shop ini adalah kerana kedai ini menyediakan barangan rumah yang lengkap. Terdapat pelbagai barangan yang boleh dipilih dan ianya kedai yang lengkap. Hampir semua Barangan rumah ada dijual disini. Jadi tidak perlulah untuk Bonda kekedai yang lain. Pelbagai jenis barangan seperti permainan kanak-kanak, barangan dapur hingga barangan keperluan rumah, makanan, barangan runcit, alatulis, alatan service kenderaan dan macam-macam lagi. Kedai ini menjadi pilihan dari kanak-kanak hingga dewasa. 




Sebenarnya Bonda sudah lama berbelanja di kedai ECO shop ni sejak 10 tahun dulu, Asalnya warna kedai ECO ni berwarna kuning. Sekarang telah diseragamkan diseluruh negara dengan warna merah menawan. Kini, kedai ECO Shop RM2 ini menjadi fenomena dikalangan rakyat Malasysia masa kini. Siapa sahaja yang datang ke kedai ini pasti tidak pulang dengan tangan yang kosong.

ECO Shop kini telah mempunyai lebih dari 180 buah kedai diseluruh negara. Secara tidak langsung telah membantu golongan berpendapatan rendah untuk memberli keperluan rumah. ECO Shop memang 'kedai berhantu!!'.


4 comments:

  1. Baru jer terjebak sabtu lepas..bahaya masuk or lalu kedai ni...confirm nak kena singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kedai ni berhatu...hahhahaha...manakan boleh beli barang hanya rm2,10 je....

      Delete
  2. Bahaya ni masuk memang berhantu tak jumpa pintu keluar. Kalau bawak anak2 lagi la seorg satu troly. Tp percaya lah Sgt jimat. Cuma Bila hilang pertimbangan beratus blh habis. Sblm masuk set dlm kepala kawal hawa nafsu. Punca dari nafsu kita. Jgn salah kan sesiapa. ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha....mmg sebelum masuk set dlm kepala nk beli takat bape hengget jeee...tp bila dh masuk dlm tu tetiba lupa diri plak....amikkk suma masuk dlm bakul....bila bayar, tetiba jadi rm100++

      Delete

Powered by Blogger.