Header Ads

Kepentingan "Wheel Balancing & Tyre Alignment"




Apabila bercakap tentang Lifestyle, bukan tertakluk kepada penampilan diri, cara kehidupan malah penjagaan kenderaan juga adalah tergolong dibawah kategori ini. Masih lagi perkongsian tentang penjagaan kenderaan. Kali ini Bonda kongsikan apakah kepentingannya membuat "Tyre Balancing & Alignment" pada kenderaan anda. Bonda pasti, majoriti dari kita mempunyai kenderaan sendiri dan pasti ramai yang mengabaikan keselamatan apabila tidak mengendahkan untuk menjaga tayar kenderaan.

Jika dilihat dalam gambar diatas, sebelah dari tayar itu telahpun botak ataupun bunga tayar telahpun habis. Manakala sebelah lagi masih cantik bunganya. Mengapa ianya boleh terjadi sedemikian rupa? Jawapannya adalah tayar berkenaan tidak dibuat Alignment. Maka terjadilah tayar 'makan sebelah' atau 'botak sebelah' atau 'tayar haus'.

Gambar diatas adalah tayar yang Bonda gunakan sebelum bertukar kepada tayar baru iaitu TOYO Proxes TR1. Inilah pengalaman yang ditempuh beberapa bulan sebelum menukar ke tayar yang baru. Mengapa ianya terjadi adalah kerana selepas dibaiki dari kerosakan yang memerlukan tayar hadapan dibuka kedua-duanya iaitu menukar 'lower arm', Bonda tidak membuat alignment memandangkan beberapa minggu selepas itu, ada lagi bahagian yang perlu ditukar. Maka, kerana itulah tayar ini 'makan sebelah'. 

Sebenarnya, tayar sebegini adalah tidak selamat untuk pemanduan kita. Ia boleh pecah/meletup pada bila-bila masa dan mengakibatkan kemalangan. Apatah lagi jika bahagian yang botak itu telah mengeluarkan 'bebenang' atau 'dawai'. 

[Baca: TOYO Proxes TR1 Tayar Pilihan Bonda]


Apa itu alignment tayar?

Alignment adalah proses untuk mendapatka Toe dan Camber. Alignment penting untuk memastikan kereta anda berjalan dalam keadaan baik juga mematikan cenkaman tayar pada jalanraya berkesan. Alignment tayar adalah satu sistem yang mengawal roda yang dipasang pada kenderaan. Alignent tayar hadapan bergantung kepada lima faktor;-

1. Sudut Camber
2. Sudut Caster
3. King Pin Inclination / steering axis inclination
4. Toe In / Toe Out
5. Toe out on turn

Bagaimana dapat mengesan Alignment tayar kereta anda bermasalah?

1. Untuk mengesan alignment kereta anda bermasalah mudah sahaja. Ketika memandu, dan cuba lepaskan stearing untuk seketika. Sekiranya stearing dilepaskan dan kereta anda bergerak lurus itu menandakan alignment anda sempurna. Tetapi sekiranya stearing dilepaskan dan kereta anda tidak bergerak lurus ataupun bergerak ketepi ataupun 'mengempor' itu tandanya alignment kereta anda bermasaalah.

2. Ketika anda memberhentikan kereta dan memastikan tayar hadapan lurus, tetapi anda dapati strearing anda tidak lurus. Ini juga salah satu tanda alignment bermasalah.

3. Anda pusingkan strearing ketika kereta parking, anda dapat lihat sebelah tayar botak atau makan sebelah sama ada sisi luar atau sisi dalam.

Disarankan untuk memeriksa alignment tayar setiap tiga bulan. Alignment akan bermasalah sekiranya 

1. Hentakan yang kuat pada sistem suspensi

2. Wear and Tear pada sistem suspensi

3. Kerosakan pada sistem suspensi seprti spring, absorber, skru camber, bushing dan lain-lain.



Bagaimana pula dapat mengesan Balancing tayar kereta anda bermasalah?

Apabila anda memandu dalam had kelajuan 80/kmj ataupun 100/kmj atau pada kelajuan tinggi, anda dapati stearing kereta anda 'begegar' dengan kuat. Ini adalah tanda-tanda bahawa balancing kereta anda sedang bermasalah. Ia merupakan perkara penting untuk memastikan Balancing tayar yang sempurna apabila rim dan tayar dipasang. 

Balancing adalah proses dimana tayar kereta anda diseimbangkan keseluruhannya. Untuk Balancing tayar ini, sebuah mesin khas digunakan untuk memutarkan tayar dan rim kereta anda dan menampal 'pemberat' seperti timah pada rim kereta anda untuk mengimbangi berat pada tayar. Perlu diingatkan balancing tidak berkesan sekiranya rim kereta anda telah bengkok.

Nasihat Bonda terutama kepada wanita yang mempunyai kereta, jangan ambil mudah tentang kondisi tayar kereta anda. Sudah tiba masanya wanita perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang kenderaan.

17 comments:

  1. tq for sharing.
    aida x mahir sgt ni. tapi tau la keperluannya.
    penting.
    kalau nak pemanduan yg terbaik, tayar penting.
    nanti kalau x bebetul jaga, karang satu tayar botak cepat dari yg lain.
    dan mcm problem lah kan.

    ReplyDelete
  2. betul. tak ramai yang menitik beratkan alignment tayar ni sedangkan ianya penting sebab boleh jadi macam dlm gmbr tu.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih la buat post ni. Memang kalau wheel balancing ni serah bulat2 kat suami. Kalau apa apa jadi pun at least kita perempuan ni tahu la juga basic kan?.

    ReplyDelete
  4. kalau sebut pasal tayar, balancing dan alignment memang saya angkat tangan haha. bab ni biasa suami yang pro, tapi tak dinafikan kita pun kene ambil tahu. kalau tak sampai bila2 pun alasan yang sama, tak reti. tq for sharing this info bonda

    ReplyDelete
  5. Ya, sangat penting kedua-dua perkara tu. Lagi-lagi pemandu wanita, memang kena ambil tahu ilmu ni. Jangan tahu pandu je, kena rajin gali ilmu macam ni juga kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. Ini mmg bagus dipelajari lebih2 lagi untuk wanita, kadang bawa kereta sendiri pergi kerja apa2 terjadi kenalah ada ilmu asas pasal kenderaan yg dibawa. Paling tidak tau nyalakan lampu kecemasan. Tq info..

    ReplyDelete
  7. Wah.. Perkongsian yg sangat bagus.. Bab tayar nie mmg satu benda yg penting.. Sbb kenderaan yg kita gunakan utk ke mana2.. Kalau tayar bermasalah mmg mengundang kecelakaan jalan raya.. Jadi kena selalu check tayar kan..

    ReplyDelete
  8. wah.. tq for this entri.. sangat mengingatkan TB betul.. dah lama TB tak baca tentang hal berkaitan penjagaan dan keselamatan kereta... tayar kereta pun memang mintak ditukar tu.. nanti kena buat alignment dan balancing sekali tu

    ReplyDelete
  9. selalu jugak check allignment bila tukar minyak hitam. Kereta memang selalu je terhentak sebab jalan tak elok, penuh dengan construction & lori. Mengelak sebelah sini, masuk lubang sebelah sana.

    ReplyDelete
  10. sebenarnye nd sndri pun xtau mende2 sal keta nie..tau bawak je..tp adela sesekali cik suami bawak kite p kdai keta suh buat alligment la balancing la..kite ikut je..xamik kisah pn..btw, dgn ade nye info nie, baru nad faham knpe kereta kite perlu buat smua tue..thaks for sharing

    ReplyDelete
  11. orang perempuan ni kadang tak ambil tau pasl ni semua..sebnrnya penting kene ambil tau..tq sharing..lepas ni baca lagi..bagi paham..ehhee

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian ini. Banyak yg saya belajar tentang kereta drpd entri ni. Orang perempuan kena tahu jugakkan. Mana tahu emergency kita kena handle semuanya sendiri

    ReplyDelete
  13. this is indeed important. For the safety on road. Not only to ourselves but to the other users on the road too. thanks

    ReplyDelete
  14. Perkara ni jangan pandang remeh kerana nyawa kita bergantung pada nyer juga. I always go for my tyres balancing and service before my long distance drive.

    ReplyDelete
  15. Thanks Bonda share info sebegini. Mesti ramai adik-adik yang tak berapa tahu pasal perkara ini kan. InsyaAllah ramai yang akan mendapat manfaat perkongsian Bonda nie

    ReplyDelete
  16. Kalau alignment & Balancing ni memang penting kalau nak drive pun tak best. sebab tayar kereta rasa tak sedap nak bawa jauh. thanks for sharing

    ReplyDelete
  17. Alignment kalau lari arwah abah pesan kena cpt2 pi betul kan.. Kalau tak nnt makan tayar...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.