Header Ads

Luqman @Kuna Sambut Ulang Tahun Kelahiran ke 21





Sambutan harijadi yang tidak dijangka ini boleh dikatakan sebagai bidan terjun. Bonda memang tidak merancang terlebih dahulu. Spontan terlintas di fikiran untuk meraikan ulangtahun satu-satunya anak tunggal Bonda.



2 Ogos 1998 tarikh keramat yang tidak mungkin dilupakan. 21 satu tahun yang lalu anak ini dilahirkan secara pembedahan setelah hampir 24 jam Bonda didalam labour room. Kenangan melahirkannya adalah yang paling indah didalam hidup Bonda. Melahirkannya adalah pengalaman yang tidak pernah Bonda lupakan. Boleh juga dikatakan trauma sehingga kini. 



Mengimbau kembali detik melahirkan anak ini seperti baru semalam dia dilahirkan. 1 Ogos 1998, jam 11.00 malam Bonda rasa sakit dibahgian ari-ari. Memberitahu suami bahawa Bonda sakit perut, dan kami bersiap ke Hospital. Usai sampai di hospital, Bonda terus dimasukkan ke 'labour room'. Keesokkan harinya doktor sudah memberikan 'induce' sebanyak 10 botol sebagai paksaan baby keluar. Tapi malangnya, baby tidak juga keluar. Maka kami suami isteri membuat keputusan untuk menjalani pembedahan.

Persiapan ke bilik bedah disediakan. Sesudah air ketuban dipecahkan, Bonda ditolak ke bilik pembedahan. Tanpa sedar kerana diberikan 'full bius' 9.00mlm, 2 Ogos 1998 maka lahirlah anak comel ini dengan berat 3.6kg melalui pembedahan. 




Beliau seorang anak yang sangat manja dan baik. Membesarkannya adalah saat yang paling indah yang Bonda akan sentiasa merindukannya. Dia seorang kanak-kanak yang tidak banyak kerenah. Seringkali memahami kesulitan Bondanya.



Kini beliau sudahpun dewasa. Begitu cepat masa berlalu. Tanpa sadar, usia beliau kini sudah menginjak dewasa. Tetapi kemanjaan beliau tetap tidak berubah. Beliau tetap bayi Bonda. Kehadirannya adalah kebahgian buat Bonda sekeluarga. Semoga beliau menjadi anak yang soleh dan istiqomah serta berjaya dunia dan akhirat. Selamat hari lahir anakku. 



Biodata Luqman @Kuna

Nama Samaran: Kuna
Usia : 21 tahun
Tempat Lahir: Hospital Chaudry Medic Centre
Minat: Ola Bola
Kerjaya : Photographer
Pendidikan: Diploma Graphic Design, MSU

34 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..terima kasih follow blog Bonda Chanteq. dah follow https://www.iyaseo.id/
      juga.

      Delete
  2. Have you ever considered about including a little bit more than just your articles?
    I mean, what you say is fundamental and all. Nevertheless imagine if you added some great visuals or videos to give your posts more, "pop"!

    Your content is excellent but with images and videos, this website
    could definitely be one of the greatest in its field.
    Wonderful blog!

    ReplyDelete
  3. happy birthday luqman. baca cerita ni, teringat pula kenangan masa lahirkan anak juga. huhu cepat je masa berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Miszlinda. yaa sgt cepat masa berlalu..pejam celik pejam celik dah pun besar anak Bonda...Rasa mcm baru je habis berpantang.

      Delete
  4. Cepatnya masa berlalu. Happy birthday kuna, semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi kebangaan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. TErima kasih Cikza. mmg cepat sgt kan masa berlalu...cepat juga mama dia tua..hehhehe

      Delete
  5. Walaupon anak dah besar pon kita rasa anak kita kecik lagi. Marina pon first baby induce. Sakitnye. Alhamdulillah second induce baby keluar. Tapi kne vakum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Marina. Besar mana pun anak tu, dia tetap baby pada kita. kadang-kadang lupa anak kita dh besar dh ada kehidupan sendiri.

      Delete
  6. Happy Birthday Luqman Hakeem. Semoga menjadi anak soleh dan sentiasa mendahulukan ibu bapa dalam kehidupan. Have fun bonda!

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir! Semoga menjadi anak yg soleh dan dapat berbakti pada ibu bapa. Sedih pulak saya baca entri ni, teringat pulak dkt mak di kampung. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aerill. aminn inshaallah. Bila teringat mak dikampung, cepat2 call tanyakan khabar...

      Delete
  8. Selamat hari lahir, semoga di murahka rezeki dan mendapat lindungan dari Allah. Insha ALlah. Semoga menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya di dalam dunia yang penuh pancaroba ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Naim. aminn.. Inshaallah semoga doa semua dikabulkan.

      Delete
  9. Heppy bday kuna.. Have a bless one.. May Allah bless everything that u do...

    ReplyDelete
  10. Happy birthday, moga menjadi anak yg soleh dn taat pada ibu bapa. Satu2 anak ya bonda? Sure manja dn ditatang ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TErima kasih kak Hanny. itulah satu-satunya harta dunia akhirat. manja jangan ceritalah...sudah tentu...

      Delete
  11. Eiii sihatnya dia waktu dia lahir ya. Mesti bam bam. Dah besar dia jadi kurus tinggi pulak. Moga your life and anak tunggal baik baik sahaja and permualaan sebagai seorang dewasa ni mematangkan dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha....mmg masa lahirnya besar...sbb tu lah mama kena operat...dh operate kena forceps lagi...sbb besar sangat...

      Delete
  12. Selamat Ulang Tahun Kuna moga menjadi anak yang baik dan berjasa kepada ibu bapa dan juga berguna kepada negara serta ceria dan hidup bahagia aminnnn...

    ReplyDelete
  13. Happy birthday Luqman. Anak tunggal manja dia lain macam kan bonda hehe dia lah racun dan dialah penawar. Saat melahirkannya adalah momen yang tak boleh dilupakan oleh mana-mana ibu. Semoga pertambahan usia ni, Luqman akan terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kinah. betul tu...dialah racun dialah penawar. aminn inshallah

      Delete
  14. Wishing your son Luqman a very Happy Birthday… this is a very touching story telling your unconditional love towards your beloved son… all the best to your family

    ReplyDelete
  15. Happy Birthday Luqman. Semoga menjadi anak yang soleh dan dapat membahagiakan bonda sehingga ke hujung nyawa :)

    ReplyDelete
  16. Selamat hari lahir luwman..semoga menjadi anak yang soleh dan jaga ibu bapa..memnag bila kenang balik macm mana kita lahirkna anak, sekrg diaorang dh besar..hehee..sedih je kan

    ReplyDelete
  17. happy birthday ! more years to count luqman. May Allah ease everything that you done. gituuu, auntie mek cakap omputeh skit wish kat luqman. special gituuu

    ReplyDelete
  18. Happy birthday Lukman, semoga sentiasa menjadi kebanggaan ibu dan membalas jasa ibu yang satu hari nnt.

    ReplyDelete
  19. Happy Birthday handsome man, dah Jadi org bujang semoga dapat berjasa kpd ibu bapa dan menjadi anak soleh

    ReplyDelete
  20. Wah! Happy 21st birthday! and hope that you will work hard to achieve your dream, sentiasa be a good son and jaga your parents.

    ReplyDelete
  21. selamat menyambut hari kelahiran :D

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/09/company-trip-kota-kinabalu-dan-kundasang-sabah.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.