Header Ads

Physiogel Hypoallergenic Cream Untuk Kulit Kering, Terlalu Kering Dan Kulit Sensitif




Tempohari Bonda ada dapat free gift dari seorang kenalan. Dalam banyak-banyak barangan yang ada dlam paper bag tu, Bonda amat tertarik dengan Physiogel Hypoallergenic Cream ni. Jika dibaca dari labelnya, cream ini dibuat khas untuk yang mempunyai jenis kulit kering, terlalu kering dan juga kulit sensitif.

Bonda nk kongsikan tentang kulit sensitif. Mungkin ramai diluar sana mempunyai masalah kulit sensitif macam Bonda ni. Amatlah sukar nak mencari pencuci muka, krim pelembab yang sesuai dengan kulit muka Bonda. Salah beli, pasti kulit akan seperti terbakar. Alahai....ruginya buang duit. 

Memandangkan kulit muka Bonda ni sangat-sangat sensitif, dan hanya cream Nevea je yang selama ni dapat membantu jadi krim pelembab, Bonda cuba pula Physiogel Hypoallergenic Cream ni. Lagipun dapat percumakan. Hahahahaha....

Percuma atau tidak itu tidak menjadi keutamaan. Yang penting cream ni sesuai ke tidak dengan kulit muka Bonda yang cerewet ni (macam tuan dia) hahahha...


Bonda pun memberanikan diri mencalitkan sedikit ke tangan dan sapukan ke kulit muka. Dalam hati berdoa agar ianya bersesuaian. Alhamdulillah....Setelah beberapa minit, meletakkan Physiogel Hypoallergenic Cream, kulit muka bonda tidak memberikan apa-apa riaksi. Ini bermakna ianya sesuai dengan kondisi kulit muka bonda.

Apa itu Physiogel Hypoallergenic Cream?

Physiogel Hypoallergenic Cream adalah krim pelembap untuk kegunaan harian yang dirumus khas untuk kulit kering kepada kulit terlalu kering dan kulit sensitif. 


Ianya mengandungi SPF15 dan telah terbukti secara klinikal dapat mempertahankan kulit dari dehydration and environmental aggressors. Menjadikan kulit kurang sensitif. Mengembalikan kecerahan kulit dan menjadikan kulit lebih bercahaya. Ianya tidak mengandungi bahan pengawet, minyak wangi atau bahan pewarna.




Physiogel Hypoallergenic Cream ada dijual di WATSON.



Diperbuat di Ireland Oleh Stiefel (Skin Science Solutions)

A GSK Company
Brentford, UK



10 comments:

  1. Belum pernah dengar produk ni... memang sesuai untuk kulit kering ya... mesti berita ni boleh gembirakan mereka yg ada masalah kulit sentiasa kering. Bole la cuba produk ni kan?

    ReplyDelete
  2. Wah pernah nampak ni tapi belum cuba lagi. Saya ada masalah kulit kering sampai kadang mengelupas.. thankyou kongsi.

    ReplyDelete
  3. Menarik ini, kulit Naim kekadang kering dengan cuaca yang tidak menentu ini. Jika ada Watsons boleh Naim cari lepas ini. :)

    ReplyDelete
  4. Bonda, kulit nina pun kering. 1st time dengar pasal brand ni. Macam best jer.... Mahal tak? Beli mana ehhh? Tertarik lak nak try, mana lah tau kot serasi

    ReplyDelete
  5. Pertama kali tengok produk ni.. Bagusla sangat untuk yang alami maslah kulit kering.. Boleh try ni.. Nampak menarik pulak..

    ReplyDelete
  6. tak pernah dengar tapi nampak dari packaging ianya produk yang bagus. tapak kaki mek memang mudah kering. kalau tak jaga rapi, mesti merekah.

    ReplyDelete
  7. produk ini untuk kulit sensitif ya...ok nanti nak inform kat adik sebab adik mmg ada masalah kulit. mana tahu lebpas cuba jadi ok sikit kulit dia..

    ReplyDelete
  8. Macam menarik, saya mmg mencari produk yg macam ni untuk kulit saya. Bolehlah cuba lepas ni. Thanks share ya

    ReplyDelete
  9. Eh ada untuk wajah also. Selama ni macam brand hiruscar punya style tu yg more ke parut rupanya untuk sensitif skin semua. Baru tau~

    ReplyDelete
  10. Saya ada masalah sensitive skin kat tangan. Selalu kering je. Kalau pegang cili mesti pedih. Sekarang kalau nak masak atau potong cili, kene pkai handglove. Sakit . Tapi kene sentiasa pakai lotion baru kulit tak kering.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.