Header Ads

Struktur Bangunan Masjid Sultan Abu Bakar Johor Berusia Lebih 100 Tahun





Masjid Abu Bakar, Johor
Masjid Abu Bakar bukan sahaja terkenal kerana seni binanya yang menarik tetapi juga kedudukannya di pinggir Selat Tebrau dan kedewasaan usianya. Walaupun kini usianya telah melebihi 100 tahun namun keaslian bentuk seni binanya tetap tidak berubah dan sentiasa teguh berbanding dengan bangunan Istana Besar yang berhampiran dengannya yang telah pun diubahsuaikan.



Masjid ini mula dibina pada tahun 1893. Upacara perletakan batu asas Masjid Abu Bakar telah disempurnakan pada 1 Muharram 1310 Hijrah bersamaan 26 Julai 1892 Masehi dan siap sepenuhnya pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab ke atas pembinaan masjid ini ialah YB Dato' Yahya Awaluddin. Manakala pelukis pelan dan kerja-kerja pembangunan masjid oleh Tuan Haji Mohamad Arif bin Punak.


Masjid yang menelan belanja sebanyak RM 400,000 ini telah dibuka dengan rasmi oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dan diberi nama Masjid Abu Bakar mengambil sempena nama ayahanda baginda Almarhum Sultan Abu Bakar yang menitahkan pembinaan masjid ini.



Masjid Abu Bakar ini mula digunakan buat pertama kalinya pada hari Jumaat 1 Syawal 1317 Hijrah bersamaan 2 Februari 1900 Masehi untuk Sembahyang Jumaat. Masjid ini dapat menampung lebih 2500 orang jemaah bagi satu-satu waktu. Masjid yang masih teguh dan digunakan sehingga kini ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk masjid-masjid di Asia Barat. Masjid Abu Bakar mempunyai menara dua tingkat iaitu bulat di bahagian atas dan empat segi di bahagian bawah serta berkubah.




Empat buah menara berkubah masjid ini juga dihiasi dengan lampu-lampu yang diimport dari Turki serta ukiran-ukiran yang menarik pada tiang-tiangnya khasnya pada mimbar tempat khatib membaca khutbah. Manakala batu marmar yang menghiasi masjid juga diimport dari Itali dan tempat bara dari Negeri China. Ukiran-ukiran yang terdapat di masjid ini dikatakan ada persamaannya dengan ukiran-ukiran yang terdapat di Masjid Sultan Hassan, Mesir dan juga Masjid Imam Shafie.






Selain itu, ruang beranda juga disediakan untuk pelawat-pelawat yang ingin melihat di sekeliling masjid dan untuk para jemaah beristirehat. Bagi tujuan menjaga kebersihan masjid, tempat mengambil wuduk dikhususkan di bahagian bawah masjid. Di sebelah tempat mengambil wuduk ini disediakan satu ambin untuk para pelawat atau musafir beristirehat. Satu lagi keistimewaan masjid ini ialah suasananya yang sejuk dan nyaman sepanjang masa walaupun ketika musim panas, ini disebabkan kedudukannya di atas bukit.







Kini masjid yang hampir mencapai usia melebihi 100 tahun ini tetap setia mengabadikan diri kepada penduduk-penduduk bandar Johor Bahru dan sentiasa mengajak orang ramai mengingati Tuhan menerusi azan yang berkumandang dari puncak menaranya pada setiap kali masuknya waktu solat.

21 comments:

  1. Tengs sharing bondachanteq, info yg sangat menarik. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wsalam Ematunz...salam persahabatan...terima kasih sudi menjenguk di sini...nanti bonda ke sana pula yaa...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, sejuk mata memandang .. masih utuh . Tak pernah jejak lagi ,moga tercapai hasrat nak ke sini suatu hari nanti

    ReplyDelete
  4. Cantiknya seni bina masjid ni. Walaupun dah berusia tapi masih kukuh dan ciri-ciri klasik yang ada memang sangat menawan dan menenangkan

    ReplyDelete
  5. cantiknya masjid abu bakar ni! Luar dengan dalam dijaga dengan baik. Bila masjid cantik dan selesa macamni baru rasa best nak beribadah berjemaah dan buat aktiviti lain

    ReplyDelete
  6. Lama sgt tak pergi masjid sultan abu bakar ni. Dari zaman bujang sampai ke anak 1 masih tutup. Lama betul amek masa nak renovation. Rindu nak datang masjid ni

    ReplyDelete
  7. WAh. Betul sejarah masjid ni. Tak pernah sampai lagi. Nampaknye kena letak dlm wishlist la lepas ni. Tak pernah ke luar negara pon dh dpt tengok ke aslian masjid lama ni

    ReplyDelete
  8. A'ahh msjid nie lbh dari 100 tahun..kite mmbsar 18 tahun kt jb..masih cantik dan tersergam indah masjid sultan abu bakar nie..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah cantiknya Masjid ni kita baru tahu hehehe tengok pada design dan juga rekabentuk luaran tu memang betul usia 100 tahun tu kita tak pernah masuk bila tengok dah terpesona cantik masih utuh..

    ReplyDelete
  10. Baru Ruby tahu usia masjid abu bakar ni dah lebih 100 tahun.

    Nama je duk Johor sebelum ni (sebelum kawin), tapi tak tahu. Jejak pun tak pernah, padahal dekat dengan BBU tu.

    Bila nengok picture yang Bonda share ni, cantik senibina dia. Sejuk mata tiap kali lihat masjid

    ReplyDelete
  11. Cantik sungguh senibina lama ya. Ahamdulillah masih utuh dan berfungsi utk kegunaan rakyat sehingga kini. Tak pernah lagi masuk dlm perkarangan masjid nie. Nanti kalau ada kesemptan nak jenguklah.

    ReplyDelete
  12. pernah baca di blog mana ntah.
    indah nyer ye. sgt kolonial rekabentuk nyer.
    sgt rapi dijaga setiap penjuru masjid. terbaik.
    ni mesti kekal sampai bila. tambahbaik dari semasa ke semasa.
    kalau aida ke JB nanti, confirm akan singgah sini.
    now, menjadi satu kewajipan aida & asben, ke mana kami gi, tak lupa nak singgah masjid yg terkenal di satu2 tempat.

    ReplyDelete
  13. Senibina macam ni dah jarang nampak. Cantik dengan keunikan tradisional kan. Luas sungguh ruang dalam dia. usia lebih 100 tahun utuh utk semua jemaah solat. Nanti kalau berkesempatan nak visit.

    ReplyDelete
  14. K mid memang suka tengok senibina masjid nie...sikit masa dulu masjid nie masa k mid pergi masih renovate...sekarang nampaknya cantik sungguh :)

    ReplyDelete
  15. Wahhh.. cantiknya tempat bersejarah dijaga elok. Suka sebenarnya tengok bangunan lama-lama ni, dia bawa balik ke masa lampau, zaman atok moyang kita dulu. Nanti kalau ke Johor nak lawat masjid ni.

    ReplyDelete
  16. Dah lbh 100 thn masjid abu bakar masih cantik dan gah

    ReplyDelete
  17. dah 100 tahun ye, tapi bila dah dibaik pulih memang boleh tahan beratus tahun ni. tapi macam sayang rupa sebenarnya masjid ni dah tak boleh nak bayangkan..

    ReplyDelete
  18. Cantiknyaaaa.. walaupun dah berusia, tetapi sangat terjaga rapi masjid ni..
    Terbaik sangat sebab setiap pengunjung yang hadir ke situ dapat menggunakannya dengan sebaiknya..
    Dinding luarannya pun nampak seperti baru je..
    Moga ianya terus terjaga dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  19. wahh.. walaupun dah berusi 100 tahun bangunan ni tapi ia tetap nampak kukuh kan.. cantik dan TB suka sangat tengok senibina bangunan lama macam ni.. nampak unik, klasik dan kukuh

    ReplyDelete
  20. Wow walaupun dah 100 tahun tapi tetap gagah and very well maintain. Bersih and cat pun nampak sangat baru.

    ReplyDelete
  21. Lia pernah singgah masjid ni sebelum ni masa pergi johor. masa tu temankan kawan nak buat outdoor photoshoot kat sini. Memang senibina masjid ni lawa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.