Header Ads

TOYO Proxes TR1 Tayar Pilihan Bonda


Bila tayar kereta sudahpun botak, maknanya wajib ditukar demi keselamatan diri. Dalam banyak-banyak jenama tayar di Malaysia ini, Bonda lebih selesa dan gemar menggunakan tayar jenama TOYO untuk kereta Bonda.



Kenapa dalam banyak-banyak jenama tayar yang ada dipasaran Bonda lebih memilih  jenama TOYO berbanding jenama-jenama lain? Pertama sekali tentulah kerana ciri-ciri keselamatan yang didatangkan dengan tayar ini. 

Selama lebih 10 tahun menggunakan kenderaan, pelbagai jenis tayar telah Bonda gunakan. Antaranya Falken, Silverstone, Goodyear, Dunlop dan Mechelin. Walaupun ada antaranya adalah jenama tayar Premium, namun Bonda lebih memilih TOYO sebagai tayar pilihan untuk kereta Bonda. 

Ternyata jenama TOYO ini memenuhi kehendak dan keutamaan Bonda. Ini tidaklah bermakna jenama-jenama lain itu tidak bagus yaa. Ianya terpulang kepada keselesaan seseorang dan tentulah yang utama adalah bajet yang diperuntukkan. Walaupun jenama TOYO ini mempunyai harga yang agak tinggi dipasaran, namun ia tidak menghalang Bonda untuk menggunakannya kerana terbukti keberkesaan dan kualiti jenama ini. Lebih-lebih lagi Bonda gemar memandu di kelajuan yang tinggi. Ternyata tayar TOYO ini sangat-sangat baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. 

Ciri-Ciri Proxes TR1

Proxes TR1 adalah model terbaru yang dilancarkan oleh TOYO Tires pada April 2019 menggantikan model terdahulu Proxes T1R yang juga telah Bonda gunakan pada tahun 2018. Model tayar ini adalah varian terbaru dalam siri tayar prestasi Ultra Sporty TOYO.

Sebenarnya, varian ini direka untuk kegunaan dilitar perlumbaan atau pemanduan santai hujung minggu menggabungkan reka bentuk unik dengan corak bunga tayar asimetrik. Ianya memberikan prestasi mengagumkan terutama ketika memandu dalam keadaan jalan basah dan kestabilan ketika melalui selekoh.

Mempunyai corak alur panjang terbuka dan celahan sisi untuk aliran air pada dinding tayar, Proxes Sport dengan alur lurus lebar untuk cengkaman dan kestabilan ketika selekoh selain melancarkan aliran air mengggunakan teknologi dari Jepun.

Antara ciri lain pula adalah material yang digunakan pada tayar ini diperbuat daripada Super Active Polymer dengan silica tinggi untuk lebih imbangan dan cengkaman serta mengurangkan rintangan ketika putaran. Tayar ini juga berupaya mengurangkan 16% pengendalian ketika permukaan basah dan membrek selain mematuhi piawaian R117 peringkat dua "United Nations Economic Commission For Europe".



Antara ciri paling utama pada Proxes TR1 ini adalah dia mampu mengesan proses kehausan tayar yang ditunjukkan secara visual melalui indikasi lima bintang seperti gambar diatas yang semakin lama ia akan semakin berkurangaan. Apabila sifar bintang menandakan yang tayar ini perlu ditukar. 




Apa erti kod pada sisi tayar kenderaan kita


Kenali erti Kod pada sisi tayar kenderaan kita. Ramai yang tidak mengetahui maksud sebenar yang tertulis pada sisi tayar. Jom Bonda kongsikan kod yang tertera disisi tayar kita. Ini adalah ukuran tayar standard yang digunakan oleh kereta Bonda - Myvi;


Saiz Kelebaran Tayar = 195mm

Ketinggian Tayar = 50mm

Jejari = R

Saiz Rim = 15 inci

Index Muatan = 82 (tayar boleh menampung 475kg)

Kelajuan Maximum = V (240/km/j)



Minggu buatan = minggu ke 114

Tahun buatan = tahun 2019






32 comments:

  1. Tayar kereta ni perlu diperiksa selalu..dah botak wajib tukar.
    Jenis apa bergantung pada bajet semasa. Jenama Toyo ni memang dikenali..mahal sedikit tetapi tahan lasak tak mengapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Yaya. Kena selalu periksa condition tayar masih selamat atau tidak untuk digunakan.

      Delete
  2. wah hebatnya bonda tahu pasal tayar kereta. sampai buat sharing. kalau saya tahu bawa je. masuk kete start enjin zup jalan. cukup masa husband settle semua. hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...alhamdulillah dapat berkongsi ilmu disini.

      Delete
  3. Hari tu pun baru tukar tayar. Melayang duit oii. Huhu. Teringat kod tayar tu belajar dalam kelas rubber engineering dlu. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kita wanita, kita juga kena prihatin dan ambil berat tentang kereta kita.

      Delete
  4. Terbaik, Bonda pun hebat pasal tayar-tayar kete ni. Betul juga, jenama Toyo diantara jenama tayar yang baik dan dipercayai ramai. Harga dia okay dan kualiti pun bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zarin. Bonda dah banyak guna jenama tayar yang lain. tapi bonda memilih tuk menjadi pengguna toyo sahaja kerana kehebatannya.

      Delete
  5. Wajib tukar tayar tu kan Bonda bila dah botak. Penting untuk keselamatan.

    Walaupun TOYO ni mahal, kualitinya bagus. Setanding.

    Ruby baru tahu macam ne nak baca word dan numbers kat tayar tu. Tq bonda sharing. ๐Ÿ˜˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...sharing is caring...quality Toyo ni memang bagus.

      Delete
  6. Terima kasih atas ilmu baru ni. Nak kena ambil tahu jugak sbb walaupun takda kereta lagi, mana tahu di masa hadapan. ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Aerill...elok ada sedikit ilmu tentang kenderaan ni. supaya kita tidak mudah di tipu.

      Delete
  7. Tq for sharing.
    Ilmu baru ni. Aida da bookmark dah. Jap lagi nak cek tayar kereta sendiri.
    Aida ni bukan nyer belek sgt tayar. Hanya tgk tayar ada angin ke tak. Yg lain, blurrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kita wanita, perlu sedikit sebanyak pengetahuan tentang kenderaan ni. supaya jika ada berlaku apa2 kerosakkan kita tidak mudah ditipu.

      Delete
  8. Kita sendiri yang bawa kereta ni tak pernah kisah sangat pasal Tayar hehehehe orang perempuan pula yang lebih arif malu rasanya. Tengok tayar tu bunga lebih cantik dan juga kemas berkualiti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa....xapa Maha...ada ilmu kita kongsi bersama...

      Delete
  9. Selalu main tukar je ikut bajet. Pernah terbaca untuk info tayar tu, tapi tak lekat di dalam ingatan. Next masa nak cek tayar bolehlah rujuk panduan ni. Sekarang pakai tayar Hankook.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hankook pun bagus juga tayarnya...antara yg baik...

      Delete
  10. Siapa tak kenal jenama Toyo kan. Bila baca bab ciri Proxes TR1 ni rasa lagi yakin nk tukar ke toyo lepas ni especially bab lebih cengkaman tu. Rasa lebih selamat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ana...Memandupun rasa confident. lebih-lebih lagi memandu dalam hujan...

      Delete
  11. Bagus atas perkongsian ni... Banyak kedai tayar sekarang rekemen toto tyres ni... Tengok bunga dia pun nampak gagah.. Hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul tu Alia...rasanya bonda akan setia dengan jenama ni

      Delete
  12. Memang ramai cakap toyo paling molek tayarnya. Tapi I sendiri belum pernah cuba lagi. Most of the time I tukar tayar secondhand je hihi lebih murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tayar 2nd pun xada masalah... tapi syu kena berjaga2 sebab selalunya kedai tayar akan cuba menipu kita....kena pastikan tayar tu bukan tayar korek...bahaya

      Delete
  13. Terbaik bonda. Bukan semua wanita tahu tentang kereta.

    Seeloknya kalau tahu pandu kereta mesti kena ambil tahu tentang kereta.

    Paling tidak, kena tahu bila tayar perlu ditukar. kalau tidak, itu yang, tayar botak pun main bawak je.

    ReplyDelete
  14. Nice write up! Good info. Maklumlah orang perempuan ni kalau bab kereta asal boleh je. Tak ambil kisah pun cara cek tayar. Cek angin pun buat derk je apa lagi tayar ๐Ÿ˜† Terima kasih banyak atas infonya. Boleh refer lagi di sini

    ReplyDelete
  15. ni nak balik kampung cuti raya & cuti sekolah kena check dulu tayar elok lagi tak. risau takut tayar dah botak nanti susah nak jalan jauh. bagus bonda share tips ni

    ReplyDelete
  16. Pergh, penting juga eh walaupun nak tengok jenama je. Kalau saya selalunya mana yang paling sesuai dan murah. haha

    ReplyDelete
  17. Thanks for sharing, i have not try tayar jenama ni lagi. Nanti sis check out.

    ReplyDelete
  18. susah nak tengok perempuan tahu pasal kereta. Power la!

    ReplyDelete
  19. wow.. i memang tak tau kereta. Thanks for the info , now i know a bit.. kalau ada apa apa , tak kena tipu lah.. :)

    ReplyDelete
  20. Terima kasih bagitau maklumat pasal tayar ni! Mouse mommy pandai bawa kereta, tapi x tahu pasal tayar ni. Good info to know. Thank you very much!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.