Header Ads

Berkunjung Ke Halfest Sempena Cuti Umum




Sempena cuti hujung minggu beberapa minggu yang lalu, Bonda dan keluarga mengambil kesempatan untuk berkujung ke expo Halfest yang diadakan di Mines Convention Centre. Expo ini mempamerkan pelbagai produk perniagaan halal. Di ekspo ini juga terdapat beberapa syariakat pengeluarkan makana Cina Muslim yang diyakini. Bonda sempat singgah dibeberapa gerai makanan ini dan mencuba menu masakan Cina Muslim. Ternyata ianya sedap belaka.




Tanpa kita ketahui rupa-rupanya banyak syarikat Muslim telah mengeluarkan coklat buatan sendiri dan dijamin halal. Selama ini Bonda hanya mengenali coklat keluaran syarikat-syarikat besar dan ternama. Disini Bonda dapat membeli produk keluaran Muslim yang pelbagai.


Sampai tak tahu hendak memilih produk yang mana. Terlalu banyak pilihan dan semuanya hebat-hebat belaka. Kempen sebegini perlu dilakukan untuk mendidik masyarakat Islam memilih yang Halal itu wajib.



Pihak penganjur juga membekalkan pengunjung dengan bakul tarik supaya senang untuk membeli belah. Ianya satu usaha murni yang membantu pengunjung dalam meringankan bebanan membawa barang belian yang banyak. Ini baru permulaan, telah hampir penuh bakul kami.

Disini juga disediakan ruangan medan selera kepada pengunjung supaya boleh berehat sebentar sementara menyambung semula mencari barang keperluan yang diperlukan. Tanpa sedar, lebih dari 6 jam kami disana. Kerana terlalu asyik meneliti produk-produk keluaran Muslim yang jenamanya kita tidak pernah dengar.




Syabas kepada penganjur yang berusaha keras menjayakan Halfest ini. Diharap diadakan setiap tahun agar dapat membantu mempromosikan produk-produk keluarn Muslim.




6 comments:

  1. Ruginya tak dapat pergi. Macam2 boleh cari kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sheayang....banyak produk yg kita xpernah dgr jenamanya....

      Delete
  2. Best sgt....byk pilihan produk makanan...rambang mata dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak semua nk beli...harga pn boleh tahan murah

      Delete

Powered by Blogger.