Header Ads

Download MyIPU Apps Untuk Ketahui Kadar Jerebu Di Tempat Anda


Sudah berminggu-minggu negara kita dilanda masalah jerebu yang semakin hari semakin meningkat. Jerebu akibat dari pembakaran hutan di negara jiran memberi kesan yang kepada negara kita secara langsung. 

Seterusnya, jerebu juga menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutama pada pengidap athma. Dinasihatkan agar memakai topeng muka untuk langkah berjaga-jaga.

Kini anda boleh download satu Apps yang dipanggil 'MyIPU' di smart phone anda yang membolehkan kita mendapat maklumat terkini tentang kadar IPU (Index Pencemaran Udara) dikawasan tempat tinggal kita. Ianya adalah indikator tahap kualiti udara di kawasan anda.

MyIPU adalah 'mobile application' yang memberikan maklumat bacaan terkini IPU dikawasan anda melalui bacaan stesen 'Continuous Air Quality Monitoring (CAQM) di Malaysia berdasarkan klasifikasi standard kesihatan. Ianya akan dikemaskini setiap satu jam untuk memberikan bacaan terkini IPU. 














Ini adalah bacaan IPU di daerah Cheras Kuala Lumpur pada 16 September 2019 yang diambil bacaannya semenjak dari jam 10:00 pagi sehingga 8:00 malam. Bacaan IPU semakin meningkat sehingga sehingga mencecah 170 dan ianya adalah amat tidak sihat.

Diharap semua berhati-hati dan jangan lupa memakai topeng muka demi menjaga kesihatan.






19 comments:

  1. Thank you bonda. Done download.
    Tak payah nak guna G.Chrome lagi.
    Jaga diri ye. Kat sini pun IPU agak membimbangkan.

    ReplyDelete
  2. Bagus MyIPU Apps ni .. Sal pun tengah monitor hari-hari sebab jerebu nampak makin membimbangkan. Bukan apa , risau dengan tahap kesihatan anak-anak yang gi sekolah . Ikut hati nak suh duk rumah je...hehehe

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk posting ini. Sekarang ni memang tak boleh nak kemana mana. Teruk sgt udara

    ReplyDelete
  4. Wahh... Memang sangat berguna. Boleh la nak tahu bila sekolah terpaksa ditutup. Kena check bacaan kat sini kalau nampak jerebu macam sangat sangat teruk. Thanks sebab share!

    ReplyDelete
  5. sesak nafas rasanya jerebu ni. apps mmg bagus sbb boleh bagi kita alert dan sentiasa ambil langkah berjaga-jaga .

    Nak keluar pun payah, so cuti sekolah lama pun, terperap je la kat rumah.hmmm...

    ReplyDelete
  6. Skrg ni semua pakai apps..lg senang nak tau update terkini..done download jugak..haritu jerebu lgsg x npk penang bridge..

    ReplyDelete
  7. Sejak Malaysia kena serangan Jerebu tak habis-habis ni kita hari-hari akan buka web tak tahu lak ada aplikasi lagi mudah hehehe. Memang membimbangkan kedaan Jerebu sekarang ni bahaya betul takut nak keluar rumah mata pedih jer...

    ReplyDelete
  8. bagus apps ni..baru tau..boleh donload nanti..jerebu makin menjadi-jadi..teruk..walaupun dah hujan tapi macam tak hilang lagi

    ReplyDelete
  9. Kita xde install apps.. Tengok luar je dah tahu teruk ke x jerebu dekat sini... Hari ini, sekolah anak cuti.. Maka meriah la rumah pagi nie hahahha

    ReplyDelete
  10. Rawlins dah download. Memang sangat memudahkan untuk Rawlins merancang perjalanan sebab Rawlins ni sejenis semput dan kulit mudah alergik pada debu.

    ReplyDelete
  11. berguna sangat ni. apps yang patut ada bagi mereka yang dilanda jerebu. kelantan tak teruk sangat so okei kot kalau tkde pun. huhu

    ReplyDelete
  12. it's hazy everywhere.... hopefully we hv our clean clear air back... still is time to wear mask..

    ReplyDelete
  13. TB dah lama nak download start jerebu hari tu.. tapi tu la.. fon penuh sangat.. huhu.. tak dapat nak download.. so, tengok online je la kalau nak tahu tahap jerebu di kawasan area TB

    ReplyDelete
  14. Mmg berguna applikasi ni. Jerebu skrg ni mmg teruk, tak tau mcm mana cara utk hapuskan. Entah smpai bilalah musim jerebu ni.

    ReplyDelete
  15. Sakit hati sy dgn jerebu ni kak. Hahaha. Btw tq dwngan perkongsian ni. Memang terbaik. Nanti sy nak donlod jugakla

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah mersing tak tahap teruk.
    Bagi mereka yang berada di kawasan jerebu teruk, elok la doWnload apps ni kan.
    Mudah nak buat pantauan.

    ReplyDelete
  17. Baguslah zaman sekarang banyak sangat kemudahan dan ramai juga ambil insiatif nak membantu masalah orang lain. Kalau tengok secara kasar mungkin ramai tak rasa jerebu sangat, tp dengan ada app ni boleh sendiri tengok numbers, so orang akan lebih alert.

    ReplyDelete
  18. Thank you for sharing such useful info! Especially serious haze nowadays. Mouse mommy also feel uncomfortable at my upper respiratory area.

    ReplyDelete
  19. owhhh ini rupanya apps yang selalu dorg uplaod dekat facebook tu. puas cari apps apa lah yg dorg guna utk cek bacaan jerebu. okay lepas nie lebih cakna akan bacaan ipu. be safe everyone !

    ReplyDelete

Powered by Blogger.