Header Ads

Nak Block Orang Dari Facebook Pages Sendiri? Ikuti 5 Langkah Ini


Hai pembaca blog Bonda Chanteq semua. Bonda pasti ramai sekarang ini mempunyai FB page sendiri. Jika dihitung dengan nisbah, Bonda percaya ramai sudah membuat FB page sendiri untuk mempromosi produk-produk atau servis yang ditawarkan kepada pelanggan. Tahukah anda bahawa anda boleh block orang dari like atau follow FB page anda sekiranya anda merasakan orang itu akan mengganggu gugat page anda. Jom ikuti 5 langkah ini.



Langkah pertama : 

Apa yang perlu anda lakukan adalah, buka FB page anda. Cari button SETTING yang berada di hujung penjuru sebelah kanan sebelah button HELP.  Klik button setting, satu paparan window akan memaparkan beberapa arahan.





Langkah kedua: 

Apabila paparan window telah dibuka satu senarai pilihan boleh dipilih. Anda hendaklah memilih 'people and other pages' seperti didalam gambar diatas. 



Langkah ketiga : 

Satu paparan window akan ke menu 'menu people who like this page' akan terpapar. 




Langkah Keempat : 

Paparan baru menyenaraikan 4 pilihan yang boleh dipilih;

1. People Who Like This Page;
2. People Who Follow This Page;
3. People That Like This Page;
4. Banned People and Pages



Langkah kelima:

Disini anda mempunyai dua pilihan untuk membuang atau menghalang orang dari page anda.

a. Anda boleh memilih untuk membuang atau block orang dari senarai 'People who like this page'. Satu senarai individu yang telah like page anda akan dipaparkan dan anda boleh memilih mana-mana individu yang anda tidak ingini untuk like page anda dengan 'tick' di kotak yang berada di sebelah profile individu terbabit. 




Anda boleh 'tick' individu yang anda tidak ingini 'like' atau 'melihat' page anda. Setelah anda tick individu yang berkenaan, anda boleh pergi ke setting button beada disebelah kotak 'search' and memilih sama ada 'Remove from Page Likes' atau 'Ban from Page'







Setelah pasti pilihan apa yang anda ingin buat, satu notifikasi akan dipaparkan dan anda boleh memilih button confirm sekiranya anda pasti untuk ban atau remove individu yang anda pilih.



b. Selain membuang atau block individu dengan cara memilih dari senarai yang disediakan, and juga boleh  block individu dengan memilih menu 'Banned people and pages'. Anda boleh klik '+ Ban a Person'. 




Satu paparan window akan dipaparkan dan anda boleh menaip nama atau alamat email individu berkenaan. Senarai individu akan dipaparkan untuk pilihan anda.




Setelah anda memilih individu berkenaan, tekan 'save' untuk diaktifkan nama berkenaan dari melihat page anda.

Diharap perkongsian ini dapat membantu menyelesaikan masalah pembaca yang tidak mahu page anda dilihat oleh orang yang tidak berkenaan.




No comments

Powered by Blogger.