Header Ads

Resepi Kari Kepala Ikan Tenggiri Ala Mamak Bonda Chanteq



Cuti umum selama tiga hari sempena hari Kemerdekaan ke 62 negara kita dan sambutan Maal Hijrah 14411H ni, apa kata anda semua mencuba resepi kari kepala ikan tenggiri ala mamak versi Bonda Chanteq? Pasti ramai yang terpesona dengan keenakkannya.

Bonda pasti ramai yang gemarkan masakan kari kepala ikan ala mamak. Dalam kebanyakkan menu makanan India Muslim, masakan kari kepala ikan adalah menu masakan kegemaran Bonda. Sesekali Bonda pasti akan memasak kari kepala ikan untuk keluarga tersayang. Bonda belajar masak resepi kari kepala ikan mamak ni sejak 21 tahun dulu dan masih utuh hingga hari ini.

Anak bujang Bonda pasti akan bertambah nasi bila setiap kali Bonda masak lauk kegemarannya. Bila ditanya 'sedapkah masakan mama'. Pasti anak Bonda memberikan jawapan 'masakan paling sedap dalam dunia'. Alhamdulillah. Tiada apa yang menggembirakan hati seorang ibu melainkan dapat menyediakan masakan paling sedap untuk anak tersayang.

Entry kali ini, Bonda ingin kongsikan masakan kegemaran Bonda dan keluarga. Semoga ianya juga dapat memberikan inspirasi kepada anda untuk mencuba resepi ini.




 Bahan-Bahannya

Alba Campur
Serbuk Kari (dicairkan)
Air Asam Jawa (pekat)
Halia (dihiris)
Bawang Putih (dihiris)
Bawang Merah (dihiris)
Serai (tiadapun tidak mengapa)
Buah Tomato
Sayur Bendi
Santan Pekat
Minyak untuk menumis
Kepala Ikan Tenggiri





Cara-cara masakan

  • Panaskan minyak. 
  • Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan alba campur hingga wangi. 
  • Masukkan serbuk kari yang telah dicairkan. Kacau sebati. 
  • Tunggu hingga mendidih, masukkan air asam jawa (pastikan air asam jawa jangan terlalu cair) masukkan kepala ikan tenggiri. 
  • Kemudian, masukkan pula santan, buah tomato dan sayur bendi, biarkan mendidih hingga masak. 
  • Untuk masakan kari mamak ni, penggunaan santan pekat hanya sedikit sahaja tidak sama seperti kari Melayu. Manakala lebihkan penggunaan serbuk kari.



Jemput makan semua!!


2 comments:

  1. pergh sedap nya. ni kalau dicicah dengan peknga (org kedah panggil), confirm sedap terangkat. hahaha

    ReplyDelete
  2. Perghhhh...sodap..ni kalau dapat kat SA kepala ikan memang orang lain x merasa la...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.