Header Ads

Resepi Mee Kari Dari Dapur Bonda Chanteq



Hai pembaca blog Bonda Chanteq, cuti hujung minggu menu apa yang anda hidangkan untuk keluarga? Bonda pula memilih untuk menghidangkan Mee Kari untuk keluarga. Setiap hari makan nasi jemu juga kan. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan.

Bahan-bahan

Minyak untuk menumis
1 biji awang merah dihiris - 
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
100 gram serbuk kari daging - dicairkan
1 Biji santan kelapa
5 biji buah tomato

10 biji telur
Fishcake - dihiris
Fishball - dibelah empat
Daging kembu dihiris
Daging ayam dihiris
Udang - dibuang kulit
Sotong - dihiris
Ubi Kentang - Option, tak letakpun tak apa

Sedikit garam
Mee kuning 
Sayur sawi -
Buah limau kasturi
Taugeh 
Tahu goreng - dihiris nipis
Lada Hijau / Lada merah - dihiris
Daun sup - dihiris
Bawang goreng

Cara masakan

Pertama


Mee kuning, sayur sawi dan taugeh hendaklah dicelur terlebih dahulu. Bagaimana untuk mencelur bahan-bahan ini? Senang sahaja untuk mencelurnya. Didihkan lebih kurang 150ml air dalam periuk, kemudian masukkan taugeh lebih kurang 1 minit. Apabila kelihatan taugeh sudah layu terus angkat dan toskan. 

Gunakan air yang sama untuk mencelur sayur sawi. Lakukan kaedah yang sama dengan taugeh tadi. Masukkan sayur sawi yang telah dipotong kecil dan masukkan didalam air mendidih sehingga layu. Angkat dan toskan.

Untuk celur mee kuning, gunakan air yang sama. Masukkan mee kuning lebih kurang 2-3 minit. Jangan terlalu lama kerana menyebabkan ianya kembang.


Kedua


1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan seketika dan masukkan bahan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing dan naik bau. Kebiasaanya Bonda akan ambil sedikit bawang hiris, bawang putih dan halia untuk ditumbuk halus dan dimasukkan bersama-sama bahan tumis yang ada.

2. Masukkan serbuk kari daging telah dicairkan. Kacau hingga sehingga garing.


3. Masukkan daging, ayam, udang sotong, fishcake, fish ball dan gaul rata. Pastikan bahan-bahan masak sepenuhnya. Kemudian masukkan santan renehkan hingga menggelegak. Pastikan santan segar. Bonda suka gunakan santan yang diperah sendiri. Baru fresh santannya. Jika mahu masukkan ubi kentang, potong kecil dan masukkan sekali kedalam kuah kari. Kacau hingga bahan empok. 



4. Pecahkan telur didalam kuah kari tadi. Masukkan buah tomato. Biarkan mereneh dan kacau sebati. Selepas pecahkan telur, dinasihati jangan kacau terlalu kuat kerana ditakuti telur akan pecah didalam kuah. Kebiasan resepi yang ada akan menggunakan telur rebus, tetapi Bonda lebih suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari dan biarkan ianya sehingga masak.



5. Setelah semuanya siap dimasukkan, maka kuah kari siap dihidangkan!!..Jangan lupa rasa garamnya pula. Pastikan cukup garam diletakkan.

Keistimewaan resepi Bonda ini adalah tidak menggunakan bahan perasa makanan. Sememangnya sejak dari turun temurun, keluarga kami tidak pernah menggunakan bahan perasa seperti ajiomoto dalam masakan. Masak dengan ikhlas dan kasih sayang inshaallah, hasilnya pasti sedap. 














2 comments:

  1. Semalam abah ada request nak makan mee kari...sedapnyaaaa...tapi mee kari style SA kena ada banyak kerang..kerang plak la ni kebanyakkan x fresh kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..buat jgn xbuat...BC xleh makan kerang...nanti hidung gatal2...jadi dlm resepi mmg xletak kerang....yerlah skrg susah nk cari kerang yg fresh

      Delete

Powered by Blogger.