Header Ads

Review Drama Lelakimu Yang Dulu Slot Akasia TV3




Baru habis drama Kau Yang Pertama. Tak sempat review drama tu. Tapi puas hati dengan episod akhir yang membongkar segala perlakuan jahat menantu kesayangan Mommy Ayyan. Ok dah habis episod tu. Kita sambung pula dengan drama lakonan hero Malaya ini.

Sekarang tengah hangat drama baru lakonan Sharnaz Ahmad dengan Nelydia Senrose. Bonda memang minat sangat dengan lakonan Sharnaz sejak dia mula-mula berlakon dulu. Pada Bonda beliau seorang yang berbakat besar dalam lakonan. Jadi setiap drama yang dilakonkan, seboleh-bolehnya Bonda akan ikuti. 

Kali ini Drama Lelakimu Yang Dulu pula menghiasi Slot Akasia TV3. Jadi Bonda juga takkan lepaskan peluang untuk mengikuti drama baru lakonan hero hebat ini. Jom kita intai-intai sinopsis drama ini.



Judul: Lelakimu Yang Dulu

Episod : 28 Episod
Pengarah : Eoon Shuhaini (FDAM)
Penerbit : Lt. Kol. Bersekutu (PA) Arisz Ab Rahman
Pelakon: Sharnaz Ahmad, Nelydia Senrose, Ungku Hariz, Reen Rahim, Azizah Mahzan, Dato' Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee


Lelakimu Yang Dulu mengisahkan tentang kehidupan Hazrul seorang anak angkat kepada Haji Fuad yang telah dianggap sebagai anak sendiri. Manakala Daliya seorang wanita yang dibesarkan dirumah anak yatim bertemu jodoh dengan Hazrul dan mendirikan rumahtangga tanpa pengetahuan keluarga Hazrul.

Konflik antara Hazrul dan Daliya melanda apabila Hazrul ditangkap kerana dituduh merogol. Semasa dipenjara, Daliya datang untuk menuntut cerai tetapi tidak dipersetujui oleh Hazrul. Daliya kemudian melarikan diri dan disahkan hamil anak Hazrul. Namun, dalam kekusutan itu, Daliya dipertemukan dengan Ibu Maryam, Nazli dan Zana apabila Daliya jatuh pengsan dihadapan kereta Nazli. 

Semenjak itu, Daliya terus tinggal bersama Ibu Maryam sekeluarga dan bekerja di kilang jahitan langsir keluarga itu. Walaubagaimanapun Zana anak Ibu Maryam tidak menyukai Daliya kerana cemburu. Daliya tinggal bersama Ibu Maryam sehinggalah Ishraf lahir dan membersar sebagai cucu dirumah itu.

Masa berlalu, tiga tahun kemudian Hazrul dibebaskan setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan laporan perubatan dan tidak dapat membuktikan tuduhan merogol tersebut dan menukar pertuduhan kepada mencabul berdasarkan rakaman cctv dan saksi mata. 

Tanpa disangka Hazrul telah ternampak Daliya di pusat beli belah dan semenjak itulah Hazrul mula mencari tahu tentang Daliya dan dibantu Idlan yang mempunyai rakan-rakan yang menjadi perisik. Atas pertolongan Idlan, Hazrul bukan sahaja mendapat tahu dimana tempat kerja dan tempat tinggal Daliya, bahkan Hazrul juga mengetahui bahawa Ishraf adalah anak kandungnya.

Semenjak itu, Hazrul mengintai dan mengikuti kemana sahaja Daliya pergi. Atas nasihat Idlan, Hazrul tidak berputus asa dan cuba untuk memujuk kembali Daliya. Tetapi malangnya Daliya telah membulatkan hati membuang Hazrul dari kehidupannya bahkan memberitahu Hazrul bahawa Ishraf bukanlah anak Hazrul. 

Selepas 5 episod ditayangkan, pelbagai persoalan yang bermain difikiran dimana dalam masa yang sama Zana mengenali siapakah Hazrul. Jadi jangan lupa saksikan 28 episod drama ini yang penuh dengan teka teki. Siapakah yang menelifon Nazli yang membuatkan Nazli berang? Siapakah Zana yang mengenali Hazrul? Apakah kaitan keluarga Ibu Maryam dan Hazrul? Apakah benar Hazrul telah melakukan perbuatan rogol seperti yang Daliya fikirkan? Mengapakah Hazru merahsiakan perkara sebenar tentang tuduhan yang dikenakan keatasnya?

Sama-samalah kita menantikan episod seterusnya yang penuh dengan debaran sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel 'Lelakimu Yang Dulu' tulisan Farah Dariana ini. Bonda pasti ianya adalah sebuah drama yang penuh dengan nilai dan pengajaran. 




Sinopsis dari Novel Lelakimu Yang Dulu

Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah.

"Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya

Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara.

Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya.

"I nak jumpa anak I!" - Hazrul

"Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya.

Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

"I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul

"Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya

"Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?

No comments

Powered by Blogger.