Header Ads

Sukan PANNA - Luqman Harap Wakili Negara Di Kejohanan Antarabangsa 'Copenhagen PANNA House' Denmark



Luqman Hakeem Ameer Hussain pemain sukan 'gelecek' bolasepak PANNA (street soccer) berharap dapat mewakili negara ke kejohanan antarabangsa di Denmark tahun hadapan. Beliau ketika ini sedang mempersiapkan diri dalam memantapkan skill gelecek untuk menyertai kejohanan bertaraf dunia itu. 

Saya kini sedang berlatih untuk memantapkan skill yang ada dalam mempersiapkan diri untuk menyertai kejohanan PANNA yang dianjurkan oleh Copenhagen PANNA House, Denmark tahun hadapan. Kejohanan ini adalah acara paling berprestij yang disertai oleh 28 buah negara

Dikenali sebagai Kuna dikalangan warga PANNA, anak muda berdarah campuran Melayu dan India sangat meminati sukan 'Bolasepak PANNA' aktif sejak berusia 16 tahun beranggapan sukan PANNA ini berbeza daripada permainan bola sepak sedia ada kerana perlu lebih fokus terhadap kemahiran yang tinggi untuk 'menggelecek' bola.

Bermain sukan PANNA ini memberikan satu kepuasan kepada saya dalam menunjukkan bakat serta 'skill gelecek' bola dan menjaringkan gol ke pintu gawang lawan. Sukan ini juga adalah sukan 'satu lawan satu'. Matlamat permainan ini adalah menjaringkan seberapa banyak gol ataupun cubaan 'memboloskan' bola dicelah kelengkang lawan.




Pada 1 September lalu, Luqman 21 tahun menjadi JUARA didalam Pesta Futsal Rakyat 2019 di ibu negara dengan meraih pingat emas dan Piala Tun Dr Mahathir Mohamad serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000.00 sekali gus menduduki 'ranking pertama' keseluruhan sukan PANNA musim ini setelah mengalahkan juara dari 3 Zon.




Anak muda ini juga pernah beberapa kali menyertai pertandingan PANNA Championship di Singapupa dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi meralisasikan impian beliau mewakili negara di peringkat Asia dan semata-mata hanya kerana minat yang mendalam didalam sukan ini. Beliau juga akan berlatih hampir setiap hari semata-mata untuk memantapkan skill yang ada.

Sukan PANNA yang masih baru dan kurang dikenali di negara ini menyaksikan perlawanan 'satu lawan satu' memerluka kemahiran gelecek bola yang baik untuk menjaringkan gol pihak lawan. 

Sukan ini memperuntukkan masa selama 3 minit untuk setiap permainan pemain menjaringkan seberapa banyak gol dan sekali gus menjadi pemenang. Tetapi sekiranya bola 'bolos' di celah kelangkang lawan, pemain itu secara automatik kalah dalam permaian itu.

Senarai pemenang mengikut kategori di Gand Finals Pesta Futsal Rakyat 2019


Kejayaan 

2019 - Champion - Panna championship – Grand Final Pesta Futsal Rakyat  Piala Tun Dr Mahathir at KL
2019 - Champion - Panna Championship Zon Timur -- Pesta Futsal Rakyat  Piala Tun Dr Mahathir at PAHANG
2019 -. Top 8 – Best styler Panna Championship 2019 at Pahang 

2018 - Top 8 - EXPY Street Jam Panna Championship at Singapore
2018 -. Top 8 - Malaysia Panna Championship at KL
2018 - Grouping - Keep it Street 2018 Vol.4 Panna Championship at KL

2017 -  3rd Place - Keep it Street Panna Championship 2017 at KL
2017 -  3rd Place - Keep it Street Panna Championship  at KL
2017 - Top 4 - SSM Panna Championship  at Pahang
2017 - Champion - Hari Sukan Negara Panna Ball  at KL
2017 -  Champion - SSM Panna Championship  at Melaka

2016 -  Champion- Street Syndrome Panna Championship at Pahang
2016 -  Top 8 - Keep it Street Panna Championship  at KL
2016 -  Vice Champion- Hari Sukan Negara by Street Syndrome Panna Championship  at Pahang

2015 - Panna Collector - Street Syndrome Panna Championship at Pahang

2015 - Top 8 - Azri Trickster Panna Championship at Singapore


Biodata

Nama Panggilan : KUNA
Tarikh Lahir: 2 Ogos 1998
Umur : 21 TAHUN
Adik Beradik : Anak Tunggal
Kerjaya :  Graphic Designer / Photographer
Pendidikan : Diploma Graphic Design MSU
HOBI : Bolasepak PANNA / Melancong























All the best Kuna!!..semoga beroleh kejayaan dimasa akan datang. Semoga menjadi bintang PANNA yang mencipta nama dalam dunia sukan bolasepak PANNA bukan sahaja di Malaysia malah di Luar Negara.

No comments

Powered by Blogger.