Header Ads

Jangan Aniaya Rakan Sekerja! Balasannya Sekelip Mata!



Jangan Aniaya Rakan Sekerja! Balasan Sekelip Mata! | Pernah alami keadaan ditindas rakan sekerja ataupun boss anda? Bonda percaya, pasti ramai telah melalui pengamalan ngeri ini. Gara-gara itu ada yang sanggup meletakkan jawatan dan ada pula dikenakan pelbagai tindakan kerana kesalahan kecil yang diperbesarkan. Malah, ada juga hingga dibuang kerja.

Ianya boleh sahaja berlaku dikalangan kita semua tidak mengenal bangsa atau agama. Kebiasaannya ianya berpunca dari sikap iri hati melihat kejayaan orang lain ataupun sifat tidak boleh orang lain lebih dari dia.

Entry kali ini Bonda ingin kongsikan pengalaman sahabat berhadapan dengan ketua yang bermuka-muka ketika bekerja Semoga perkongsian ini menjadi iktibar kepada kita semua dan semoga kita dapat menjaga hati supaya tidak merasa iri kepada orang lain.




Memulakan kerjaya

Sahabat Bonda bernama Ameera ditakdirkan bertugas di bahagian penyelengaraan bangunan dimana satu bidang baru yang belum pernah beliau diceburi. Tidak mempunyai sebarang pengalaman maka ianya adalah satu cabaran besar buat beliau. Berkat sifat jatidiri dan suka mempelajari bidang baru yang bukan kebiasaanya, berkat semangat, beliau meneruskan kerjaya itu walaupun pada dasarnya agak sukar kerana tidak mempunyai latar belakang kejuruteraan. Apatah lagi ditugaskan didalam syarikat 'multinasional'.

Tapi ternyata beliau mampu untuk menggalas tanggungjawap sebagai penyelaras fasiliti ditempat kerja beliau. Beliau tidak sikitpun merasa kekok untuk menjalankan tugas yang diamanahkan. 

Mempunyai rakan sekerja yang baik juga adalah rezeki yang telah tuhan tentukan. Mempunyai seorang ketua yang baik juga adalah impian setiap pekerja. Pada zahirnya kelihatan ketua Ameera seorang yang amat baik, memahami dan banyak memberikan panduan. Tetapi lama kelamaan terserlah keperibadiannya yang tidak baik. Bermula episod 'aniaya' keatas Ameera.







Ditikam Belakang

Diberikan status PEMERHATIAN selama 1 bulan kerana gara-gara enggan melakukan kerja yang BUKAN tanggungjawabnya sebaliknya ianya adalah tanggungjawab ketuanya, Ameera telah diberikan status dalam PEMERHATIAN. Tempoh 'probation period' selama tiga bulan telah dilanjutkan dan jawatan Ameera tidak dapat disahkan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh beliau lapor diri.

Perasaan beliau ketika itu? Pasti marah dan sakit hati kerana beliau telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menlakukan tugasan beliau dan menjaga prestasi kerja beliau. Beliau sungguh rasa dianiaya oleh ketua beliau kerana alasan yang diberikan didalam laporan prestasi beliau kebanyakkannya bohong belaka. 

Ameera tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mendiamkan diri kerana ingin selamat. Jika tidak beliau pasti akan diberhentikan kerja sekiranya tidak disahkan jawatan dalam tempoh yang ditetapkan dan juga telah mendapat status dalam pemerhatian. Ameera meneruskan tugasan beliau walaupun dengan rasa sakit hati kerana terpaksa membuat kerja-kerja ketuanya yang bukan di dalam deskripsi kerja beliau secara tidak langsung telah mengganggu tugas hakiki beliau.

Disamping itu, ketua Ameera ini sangat suka memburuk-burukkan rakan-rakan sekerja termasuk ketua atasan mereka. Pada ketua Ameera ini, semua orang tidak betul, hanya dia seorang sahaja yang betul.






KARMA

Kini, sekelip mata balasan Tuhan atau KARMA mungkin itulah perkataan yang sesuai dan mudah difahami telah memburu ketua Ameera yang mempunyai hati yang tidak baik terhadap orang bawahannya. Sekarang ini, apa sahaja yang telah ketuanya itu ucapkan sebelum ini berbalik kepada dirinya sendiri.

Setelah beberapa bulan berlalu, ketua Ameera telah diberikan 'show cause letter' oleh ibu pejabat kerana didapati bersalah melakukan kesalahan dan  telah dikenakan tindakan tatatertib. Kini ketua Ameera juga didalam PEMERHATIAN pihak atasan.

Moral of the story, kita janganlah mengaiaya orang yang tidak bersalah kerana KARMA pasti akan mengejar kehidupan sehingga sampai waktunya. What you give, you get back kata pepatah. Whats goes around comes around kata bidalan. Sesungguhnya balasan tuhan itu tidak menunggu waktu yang lama. Baru beberapa hari setelah ketuanya itu mengaiaya Ameera sehingga hampir dibuang kerja, kini beliau pula mendapat balasan setimpal.





Janganlah kita suka menjadi orang  yang suka melihat kejatuhan dan kehancuran orang lain. Janganlah juga menjadi seorang yang berjaya naik ke tempat yang lebih tinggi dengan menindas dan memijak orang lain kelak tuhan akan membalasnya.

Semoga perkongsian ini menjadi iktibar kepada kita semua.





Gambar : Google

33 comments:

  1. hmm. bab tikam belakang ni mek pernah kena. daripada situ terus susah nak percayakan orang. kiranya tak berhusnuzon sangat lah kalau dengan kenalan baru. proved me you are right is your choice, to trust ue is my decision.

    ReplyDelete
  2. Memang geram kalau ada oang perangai macam ni dalam organisasi. Alhamdulillah environment yaya okay dan kalau perangai mana yang tak semenggah tu masih boleh tolerate haha. Yang penting kena banyak doa yang baik-baik semoga yang baik-baik juga yang datang kat kita. Doakan untuk orang lain juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu...pengamalan mengajar kita supaya berhati-hati.

      Delete
  3. Replies
    1. tq sis...nanti bonda jalan kesana n follow...

      Delete
  4. ermm keciannya dengan nasib Ameera tuh tapi tak perlah kena senantiasa sabar dan percaya pada karma. what you give then you will get back

    ReplyDelete
  5. Pernah jadi puncanya orang screenshot komen kat FB personal then forward kat boss. Tak kutuk bos pun tapi bos terasa. Apa boleh buat.. berhenti kerja lepas tu. Malas nak hadap bos gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian nyaa...xbaikkan ada kawan mcm ni...xapalah...sabar jee..inshallah ada balasannya nanti..

      Delete
  6. salah satu rezeki adalah punya kawan kawan yang baik dan memahami. setakat ni belum jumpa kawa yang tikam belakang, dan minta jauhkanlah hendaknya. boleh stress dibuatnya kan bonda

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah....mudah-mudahan dikurniakan rakan-rakan yang baik...

      Delete
  7. Aduiiii mintak jauhlahhh dugaaan macam ni kan

    ReplyDelete
  8. Di mana mana sahaja ada orang yg ada PHD...rasanya semua mengalami spt Ameera. Sekarang ni Allah bayar cash... jadi hati2 jgn nk busuk hati sgt ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu....rambut sama hitam...hati lain-lain...xboleh nk jangka apa akan berlaku..

      Delete
  9. paling tak suka officemate jenis kaki buli ni. lepas tu tak ada team work. amboi ingat company ayah dia punya ke. sebab tu BBL hanya anggap kawan kerja just kawan kerja kat office je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahha....mmg ramai yg mcm tu...bonda pun pernah juga kena buli kt tempat keje...

      Delete
  10. Setakat ni tak pernah lagi jumpa rakan sekerja yang jenis tikam belakang. Alhamdulillah semua nya ok je. tapi tu dulu la. sekarnag ni dah tak kerja so memang kalau nak tikam, tikam diri sendiri jela nampaknya.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha...lawak laa dikbee ni....sabar jelah

      Delete
  11. Walaupun pernah menghadapi situasi yg sama, AM lebih ambil langkah berdiam diri. Bukan bermaksud kalah tapi jaga aib dia n yakin balasan tuhan pasti ada.. AM yakin AM xperlu membalas setiap perbuatannya kerana Allah tue Maha pengasih lagi maha penyayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu AM...kita xyah balas...tunggu dan lihat je..

      Delete
  12. Betul tu. Saya mmg setuju beradalah di mana2 tapi jangan jadi gunting dlm lipatan. Terutama aniaya org. Sbb nasib kita akan datang tak tahu macam mana

    ReplyDelete
  13. selalu sangat terkena time keje dulu haha.sebab tu malas nak kerja bawah orang dah sebab dah serik dianiayai hehe

    ReplyDelete
  14. selalu jugak alami benda yang sama. dianiayai tanpa sebab. tapi Alhamdulillah, kifarah yang berlaku selepas itu. apa2pun semoga kita semua dapat hadapi situasi ini dengan tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...yg pentin sabar...inshallah karma akan datang..

      Delete
  15. Kesiannya Ameera. Allah nak uji. Tapi Allah sebaik-baik pengadil kan. Tak perlu Ameera balas. Tuhan dah tolong dah. By the way, semua Quotes tu win lah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syahida...semoga jadi panduan kepada kita semua..

      Delete
  16. Inilah apa yang cuba saya ketengahkan juga dalam cerpen saya bonda... berdasarkan kisah benar seorang sahabat juga... well... for myself pun, ada juga benda cenggini yan gsaya alami dan alhamdulillah, memang dapat tengok sendiri balasannya kat depan mata... raas kesian dengan orang yang tak kesian dengan dirinya sendiri... terus-menerus buat benda negatif hanya untuk naik... pathetic sangatttt... stop la doing all this... kan bonda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu maz....orang mcm gini hati dia blm ada kepuasan...suka tengok orang lain susah...semoga kita dijauhkan...

      Delete

Powered by Blogger.