Mahkamah Syariah -vs- Pejabat Agama - Perbezaan, Peranan, Fungsi | Seperti yang kita semua ketahui, terdapat dua insitusi keagamaan yang penting bagi masyarakat Islam iaitu Mahkamah Syariah dan juga Jabatan Agama Islam / Pejabat Agama. 

Kedua-dua institusi ini saling berkait rapat walaubagaimanapun, terdapat perbezaan dari sudut peranan dan fungsi dua insititusi ini. Walaupun telah banyak maklumat dan informasi diberikan, namun masih ramai masyarakat Islam yang masih keliru berkenaan perbezaan, peranan dan fungsi dua entiti ini. 


Pada masa kini Mahkamah Syariah telah terpisah pentadbiranya dengan Jabatan Agama Islam. Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi (pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat, Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam.


Kedua-dua entiti ini ternyata banyak perbezaannya dari setiap sudut walaupun keduanya bernaung dibawah satu bumbung iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Entry kali ini kita kenali perbezaan, peranan dan fungsi kedua-dua entiti ini. Semoga maklumat ini dapat membantu anda.




Matlamat Penubuhan Mahkamah Syariah

Untuk mewujudkan keadilan dengan mengembalikan hak yang sebpatutnya kepada mereka yang berhak mengikut peraturan syarak.

1. Membicarakan dan memutuskan mana-mana kesalahan jenayah syariah yang dilakukan oleh orang Islam.


2. Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan pro-sidang dalam kes-kes mal (bukan jenayah syariah) seperti yang diperuntukan oleh enekmen.


3. Mendengar dan memutuskan sesuatu rayuan terhadap sesuatu keputusan sama ada melibatkan pembebasan, sabitan atau hukuman.




Bidangkuasa Mahkamah Syariah

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.


Penubuhan Mahkamah Syariah dan Bidangkuasanya untuk menyelesaikan kes-kes yang melibatkan orang-orang Islam. Mahkamah Syariah menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Mahkamah Syariah telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti;



  • Jenayah syariah; 
  • Perkahwinan termasuk kes fasakh, faraq;
  • Penceraian;
  • Kekeluargaan;
  • Hadanah;
  • Harta Sepencarian;
  • Penyelesaian harta pusaka kecil

Akta Makamah Syariah terhadap bidangkuasa Jenayah 1965 pindaan 1984 telah memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman tidak melebihi 3 tahun penjara, denda sehingga RM5,000.00 dan sebat higga 6 sebatan atau mana-mana gabungan kedua-dua hukuman tersebut.



Bidangkuasa Pejabat Agama

Pejabat Agama menjalankan pentadbiran mengikut bidang kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti;


  • Penguatkuasaan dan Pendakwaan kes-kes jenayah syariah;
  • Perkahwinan dan Pembanguna Keluarga;
  • Urusan zakat;
  • Baitulmal;
  • Pengurusan Dakwah;
  • Pendidikan;
  • Pengurusan masjid dan sebagainya 


3 Peringkat Perlaksanaan Mahkamah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah

  • Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
  • Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
  • Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah
  • bicarakan kes-kes di peringkat daerah.


Seksyen 47. Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

(1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.



(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah--

    (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi dua ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan baginya;

    (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan memutuskannya, yang amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah


Mahkamah Tinggi Syariah




  • Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
  • Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
  • Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
  • Menguruskan kes-kes rayuan
  • Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)


  • Seksyen 46. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

    (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Syarie.



    (2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah--

      (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen atau Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang sedang berkuatkuasa, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;

      (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubungan dengan--
        (i) pertunangan, perkahwinan, ruju', perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami isteri;
        (ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);

        (iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;

        (iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

        (v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati Islam;

        (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam;

        (iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

        (v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati Islam;

        (vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang Islam;

        (vii) wakaf atau nazr;

        (viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;

        (ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masing berhak; atau

        (x) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

    Mahkamah Rayuan Syariah

    • Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan
    • Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Syariah
    • Mengurangkan hukuman
    • Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
    • Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM2500 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
    • Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaih oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah) Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.



    Seksyen 48. Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

    (1) Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah Syariah--

      (a) dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pihak pendakwa atau oleh orang yang telah disabitkan, dan rayuan itu boleh sama ada terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana daripadanya;

      (b) dalam bidang kuasa malnya--

        (i)  oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu, jika amaun yang dituntut itu tidak kurang daripada satu ribu ringgit;

        (ii)  dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai taraf diri, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu;

        (iii) dalam semua kes yang berhubungan dengan nafkah orang-orang tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu;

        (iv) tetapi tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telah dibuat dengan persetujuan; dan

      (c) dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah memberikan kebenaran untuk merayu.


    (2) Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh--

      (a) dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan;

      (b) dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan, atau memerintahkan perbicaraan semula.




    Untuk keterangan lanjut sila hubungi


    Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

    Blok C, Kompleks Islam Putrajaya,

    No. 20, Jalan Tunku Abdul Rahman,

    Presint 3,
    62100 Putrajaya, Malaysia.
    Tel: (+603) 8870 9200
    Fax: (+603) 8870 9500
    Email: portaladmin@esyariah.gov.my






    Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.