Header Ads

Resepi Bubur Ayam Mekdi Hidangan Ketika Demam




Hai semua pembaca. Sekarang ni musim demam. Satu keluarga Bonda silih berganti demammnya. Bila demam ni tekakpun tak selesa nak terima makanan. Bubur sahajalah yang boleh dihidangkan. Bonda sediakan bubur ayam ala-ala mekdi untuk melayan tekak yang tak berapa berselera ni. Jom kita tinjau-tinjau sikit apa resepinya. 


Bahan - bahan 

Bawang Putih 
Bawang Merah
Halia
Isi ayam - dipotong dadu
Kiub Ayam Knorr
Air secukupnya
Daun Sup
Garam secukupnya


Resepi ni sangat senang dan mudah. Kebiasaannya Bonda akan memasak bubur kosong atau bubur putih terlebih dahulu supaya apabila sup ayam siap, bubur juga sudah tersedia. Ada yang tak tau masak bubur?


Cara masak bubur


Ambil satu cawan beras atau lebih (ikut berapa orang nak makan) biasanya 1 cawan beras adalah untuk hidangan untuk 4-5 orang, basuh bersih, masukkan dalam periuk, masukkan air (letakkan air yang lebih banyak) biarkan mereneh sampai beras bertukar menjadi bubur.






Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia hingga lumat. 






2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga garing.





3. Masukkan Kiub Ayam Knorr dalam yang ditumis tadi. Gaul rata.





4. Masukkn ayam yang dipotong dadu. Kacau hingga ayam empok.







5. Masukkan air, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Hiris daun sup dan taburkan dalam sup ayam yang sedang mereneh. 









6. Tuangkan sup ayam kedalam bubur yang telah masak. Biarkan mereneh dan gaul sebati.







7. Sedia untk dihidangkan.




Daaaa...dah jadi dah bubur ayam ala-ala mekdi Bonda Chanteq..jikalau nak rasa pedas sikit boleh taburkan hirisan cili merah, hijau juga bawang goreng. Oleh kerana 3 bahan akhir ni tak ada dalam peti ais, maka apa yang ada sajalah digunankan. 









14 comments:

  1. salam singgah sini sis, tiba- tiba yang tak demam pun teringin nak makan jugak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis...jemput2 cuba resepi simple2 je ni...

      Delete
  2. Hari ini bt bubur jgk tapi xde sup. Nnti boleh terei bubur mekdi style bonda plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe....sila2...tukar menu bubur...baru selera

      Delete
  3. Malam ni nak masak bubur ayam laaa...boleh bawak bekal pi keja esok jugak..badan tengah x sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tekak xsedap ni nng bubur je laa yg sedap nk makan...

      Delete
  4. Org demam x lalu mkn ni... Org x demam yg berselera... hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu....masa demam ni, yg demam dh tentu lah makan buburnya...adik bongsu bonda xdemam pn mintak jgk bubur org demam

      Delete
  5. kalau demam memang bubur tu la yg paling best skali

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu sheila....bubur je lah yg boleh lalu kt tekak masa demam-demam ni

      Delete
  6. kalau x demam pun ade orang hulur bubur cemni x tolak. sedaaap..!! skrng ptg dok hujan. layannyaa makan bubur panas =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...betul tu...kalo x demam pn bonda rajin juga bwt bubur ni...tukar2 selera..

      Delete

Powered by Blogger.