Header Ads

Syarikat Telco Berlumba Promosi i-Phone 11







Syarikat Telco Berlumba Promosi i-Phone 11 | Semenjak i-phone 11 yang baru dilancarkan mula dijual di Malaysia bermula 27 September 2019 menurut laman web Apple, kini anda berpeluang untuk mendapatkan i-phone 11 yang menjadi trending dan kegilaan ramai ini di Telco pilihan anda. Bagi pencinta i-phone, anda mempunyai pelbagai pilihan untuk mendapatkan diseluruh Telco yang menawarkan pakej telefon bersama plan panggilan samaada di Celcom, Digi, Maxis mahupun U-Mobile. 

Bonda memang pengguna i-Phone sejak beberapa tahun lalu. Mungkin i-Phone 11 ini akan dimasukkan didalam senarai untuk penukaran i-phone sedia ada. Jom kita baca apa kelebihan dan ciri-ciri i-phone 11 ini. Pastinya canggih dan lebih baik dari model i-phone sedia ada. 


Spesifikasi
Dari segi spesifikasi, kesemua model ini dilengkapi dengan processor Apple A13 Bionic yang menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 20% berbanding model sebelum ini.
iPhone 11 juga menampilkan processor yang terbaik pernah dihasilkan buat telefon pintar miliknya sebelum ini.
Mengenai paparan, iPhone 11 masih lagi mengekalkan penggunaan paparan LCD 6.1-inci manakala iPhone 11 Pro menggunakan paparan OLED yang dilengkapi dengan skrin 5.8-inci.
Manakala iPhone 11 Pro Max hadir dengan saiz skrin 6.5-inci.
Menariknya, Apple turut menambah fungsi Super Retina XDR yang menjanjikan kualiti gambar yang lebih menarik berbanding model sebelum ini.
Sebanyak enam warna ditawarkan buat iPhone 11 diperkenalkan termasuk buat iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max.
Warna yang paling menarik perhatian ramai sudah pastinya warna midnight green yang tersedia buat iPhone 11 dan iPhone 11 Pro Max.

Tawaran promosi dari syarikat Telco

Kini anda boleh memilih mana-mana syarikat Telco yang menawarkan pakej telefon bersama plan panggilan. Sekidikit perkongsian tentang tawaran dari syarikat Telco yang menawarkan telefon pintar i-phone 11 ini. Maklumat lanjut boleh layari laman web telco terbabit. 
















3 comments:

  1. Murah jugak pakej Celcom ni, memang mampu sangat lah kalau kawasan yang ada Celcom & nak guna iphone

    ReplyDelete
    Replies
    1. berlumba-lumba telco ni promosi iphone....pilih je mana yang sesuai

      Delete
  2. semua sekarang tengah bersaing tawarkan pakej yang bebaloi2

    ReplyDelete

Powered by Blogger.