Header Ads

Aibkan Bekas Pasangan Di Media Sosial Selepas Bercerai? Anda Mungkin Dikenakan Tindakan Defamation Act


Anda telah bercerai? Merasa tidak berpuashati dengan tingkahlaku dan tindakan bekas pasangan anda? Maka anda melampiaskan rasa amarah dan dendam terhadap bekas pasangan anda dimana-mana laman sosial untuk memuaskan hati anda dan mungkin anda ingin jadikan pengalaman anda sebagai pengajaran bagi orang lain.

Tetapi, pernahkah anda terfikir apa yang anda coretkan di laman sosial media atau socmed akan memberikan kesan undang-undang terhadap diri anda? 





Mungkin anda tidak pernah terfikir ianya akan terjadi. Ini adalah kerana anda merasakan anda mempunyai HAK MUTLAK untuk menulis apa sahaja yang anda rasakan benar dan dapat memberi kepuasan terhadap diri anda di laman media sosial anda.  Benar, laman sosial media anda adalah hak peribadi anda dan anda bebas untuk menulis apa sahaja yang ada dalam fikiran anda. 

Sudah menjadi trend apabila sesebuah perkahwinan berdepan dengan pelbagai konflik rumahtangga, bergaduh atau tidak puas hati, bersilsih faham lebih-lebih lagi pasangan yang telah bercerai atau dalam proses untuk bercerai samada bekas isteri atau bekas suami, maka terlahirlah status-status, kenyataan-kenyataan yang mengutuk, mencela pasangan masing-masing samada di FACEBOOK, TWITTER, INSTAGRAM dan sebagainya. 


Adakah ada berasa puas apabila dapat membongkarkan segala keburukkan bekas pasangan anda di dada media sosial? Mungkin anda merasakan ianya satu kepuasan apabila dalam menulis dan meluahkan rasa marah yang adakalanya diikuti dengan rasa dendam terhadap bekas pasangan anda. 






Tetapi tahukah anda, sekiranya bekas pasangan anda membaca kenyataan anda di media sosial dan merasakan diri mereka telah di AIBKAN, anda mungkin boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah DEFAMATION ACT ataupun dikenali sebagai AKTA FITNAH 1957.

Bagaimanakah tindakan undang-undang DEFAMATION ACT atau AKTA FITNAH 1957 ini BERKEMUNGKINAN boleh dikenakan terhadap anda?


Apa sahaja tindakan 'menyebarkan' dan 'menyampaikan' perkara yang memalukan dan berbentuk fitnah kepada pihak lain dengan niat untuk memalukan dan menjatuhkan reputasi seseorang, ianya dipanggil 'defamation' (defamasi).




Saudara saudari sekalian, janganlah mudah untuk menyebarkan aib pasangan anda selepas bercerai. Tidak kira samada di laman sosial facebook, group whatsapp atau mesej, berhati-hatilah dalam menceritakan keburukan pihak ketiga.



Mungkin anda tidak berniat untuk memalukan atau mengaibkan, mungkin anda ingin berkongsi pengalaman bersama rakan group lain, tetapi, ianya boleh memudaratkan anda. Berhati-hatilah. Berfikir sebelum bertindak.







17 comments:

  1. kalau berpisah dengan dendam.. pasti media sosial akan jadi platform melepas geram.. kena bijak dalam membuat apa saja tindakan..

    ReplyDelete
  2. Good information sharing. Bagus lah. Sekrang x boley la pasangan yg bercerai aib kan ex masing2 Di social media.

    ReplyDelete
  3. ada kelebihannya bila ada akta sebegini sebab ianya melindungi hak dan privasi individu.. tapi tu lah, kalau nak bercerita untuk pengajaran orang lain pun kena berjaga-jaga la..

    ReplyDelete
  4. Even though the couple is divorce now, we should not defame our partner. He/she is still our friends and should divorce in good terms.

    ReplyDelete
  5. Betul, bila kita buka aib orang sebenarnya seperti membuka aib sendiri. Hidup ni kena lebih bersikap terbuka dan saling bermaafan . Nice sharing!

    ReplyDelete
  6. Zaman sekarang bila dah ada platform media sosial beginilah jadinya. Biasa dok simpan sendiri, bila dah ada peluang, dicerita pula di medsos. Pernah dengar Akta ni dibahaskan tempohari. Yang penting nak tulis apa-apa kenalah berhati2 dan jaga privasi semua pihak. Huhu.

    ReplyDelete
  7. Sekarang ramai je guna social media sebagai medium untuk mengaibkan orang or ex pasangan dan sebagainya, bagus juga akta macam ni

    ReplyDelete
  8. Bagus juga ada undang-undang macam ni. Tak perlulah memburukkan masing-masing di media sosial. Tak menyelesaikan apa-apa masalah pon.

    ReplyDelete
  9. Nak tulis kat media sosial sekarang kena hati-hati. Cerita keburukan orang tak perlu lah dibagitau pada semua. Simpan untuk diri sendiri je. Bagus ada akta gini.

    ReplyDelete
  10. ni mesti tak boleh move on lepas bercerai. sabar jelah. nasib baik ada undang-undang boleh kita ambil untuk pihak tak bertanggungjawab nie

    ReplyDelete
  11. Bagus info ni, boleh share dengan kawan-kawan tentang info nih ramai yang tak tahu...kena rajin baca artikel macam ni br ada pendedahan terima kasih info sangat berguna

    ReplyDelete
  12. Betul, nak tulis sekrg kene berhati-hati.Kalau marah kenela cepat2 ambil wudhuk dan tenagkan fikiran. Bgus ada tindakan mcm ni..sekurnagnya ex pasangan kita tu takde buat onar lagi

    ReplyDelete
  13. Bagus ada akta sebegini. Kan ada cara yang betul nak meluah perasaan pun. Kalau dah semua nak citer online, habis la kehidupan ye tak. Hati-hati, ada yang memerhati

    ReplyDelete
  14. Elok la.... Takkan Masa bercinta, berkahwin elok elok.. Dah bercerai, takkan semua benda negatif, nak di ceritakan ke seantero dunia.
    Hargailah sikit Masa Masa Indah Berdua dulu

    ReplyDelete
  15. Bila baca ayat pertama tu "Anda telah bercerai?" Saya macam, kahwin pun belum. haha. Apa2pun memang perkongsian yg sangat menarik. Nanti saya share dengan rakan-rakan yg sudah berkahwin dan berada di ambang penceraian.

    ReplyDelete
  16. Bagi AM.. Andai kata tiada jodoh, Just rahsia laki bini remain rahsia sampai bila2..sbb any reaction yg berlaku, impaknya lebih pada anak2.. Kesian diaorg..

    ReplyDelete
  17. bagusss ! lepasnie tak adalah pasangan yg bercerai saling mengaibkan partner masing2 di social media. time bercinta bukan main semua wangi. time dh xsayang, habis semua benda busuk

    ReplyDelete

Powered by Blogger.